Di kala hati sedang sedih, makan hati dan kecewa pasti ada banyak yang negatif tentang diri kita. Kalau kita tak boleh nak tanganinya pun bahaya juga takut jadi benda lain, parah kan. Macam-macam yang kita boleh buat tanpa kita sedar.
Jadi, di sini Mia kongsikan tips yang boleh membantu untuk menenangkan dan positifkan diri. Bolehlah cuba praktikkan nanti ya. Hidup ini hanya sekali. Perlulah gembira dan ceria walaupun hati gundah gulana. Jom baca perkongsian dari facebook untuk pengunjung blog ini.
Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong habis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ini, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa anda minta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, terkadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal.
Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahupun sudah berada di alam kedua), anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunyai hanphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.
Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, ia turut meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.
Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu, ataupun… anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on…
Ubah Fikiran
Kita tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk jawabnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
Hati Mesti ‘Keras’
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
[Sumber]
tips yang amat berguna dan banyak membantu.. tak percaya... cubalah... yakin boleh!
12 Comments
salam singgah malam kak mia...wahh...bagus tips ni...terima kasih atas perkongsian ini kak mia..
ReplyDeleteBetul kak mia..setuju..cuba pandang pada sisi positive. .
ReplyDeletewahhh.....terima kasih dengan tips ni,,,,
ReplyDeletepikir positif
ReplyDeleteSalam kakak, macam mana sebenarnya nak latih minda untuk lupakan memori-memori kurang indah tu? Kalau tiba-tiba terkenang?
ReplyDeleteTerima kasih atas kongsian. =)
terima kasih atas tips ! i really need it just now ..
ReplyDeletestress tadi macam nak baling phone sebab main candy crush tak lepas level ;') hihi
tips yang bagus.. tapi nak lakukannya memang agak sukar..
ReplyDeletebagus tips ni..
ReplyDeleteassalamualaikum mia...perkongsian yang baik ni...
ReplyDeleteThanks for the tips Kak Mia
ReplyDeletehi mia liana..if this blog still working..can we meet..saya sedih sebab saya sentiasa sorang. can u help me
ReplyDeletestill working dear. sila inbox mia ya..
Delete