Bak kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Amboi... berperibahasa pula Mia ni. Tapi betul kan kalau kita didik anak-anak kita dari kecil tentu lagi senang kan. Macam itulah nak terapkan pada Sofea pula. Kali ini, ayahnya nak Sofea mula berlatih memanah. Macam pelik je kan. Tapi itulah hakikatnya. Memang dah hajat ayahnya nak Sofea belajar dan berlatih memanah di usia 6 tahun. Sebelum puasa dah survey set memanah kanak-kanak untuk Sofea. Seminggu sebelum raya terus beli set memanah tradisional kanak-kanak @ traditional archery set for children. Bow @ busar fibreglass panjang 40 inci made in china dan arrow @ anak panah fibreglass panjang 32 inci. Siap dengan target memanah, target PE foam 2 kaki x 2 kaki dengan tebal 5cm.
Mula-mula agak kekok juga. Tetapi lama-kelamaan sudah semakin nampak prestasinya. Satu permulaan yang baik buat Sofea. Chaiyuk.... support you always dear..
Dah semakin pandai memanah dengan gaya tersendiri. Banyak belajar dari video di youtube dan dari ayahnya.
Macam inilah Sofea berlatih memanah kat luar rumah.
you go girl.....
17 Comments
Wah.. Aktiviti menarik ni.. Nak beli juga la set ni utk ank..
ReplyDeleteAlhamdulillah..practice make perfect kan..go..go..go..
ReplyDeleteUntungnya sofea,kecik2 dah belajar memanah..siap ada set memanah sendiri lg :)
ReplyDeleteBestnya..kecik-kecil dah di terapkan aktiviti macam nie,
ReplyDeletebagus untuk mendisiplinkan diri..kalau dah ade minat,nak jadi penyambung generasi atlet memanah malaysia pon boleh nie,hehehe
gud luck sis and sofea:)
wah mcm best je sofea belajar memanah ni...
ReplyDeletememanah ni memang bagus, kalau diterapkan dari umur muda macam ni memang banyak kelebihannya! go sofea!
ReplyDeleteMeluangkan masa dengan aktiviti yang menarik agar anak tidak bosan dan tidak bergantung pada gadjet yang ada.. ;)
ReplyDeleteWah, beruntung Sofea ada ayah yang supportive. Ath rasa aktiviti ni memang bagus, dan lagi bagus bila diperkenalkan dari kecil lagi. Lagi banyak aktiviti diperkenalkan lagi bagus untuk Sofea. Tak lah jadi macam Ath ni, tahu berbasikal saja. -_-"
ReplyDeletebagus sukan memanah ni.kena focus..seronoklah tengok Sofea memanah ni
ReplyDeletewahh.... best ni.. kecil lagi dh dilatih..lentur buluh biar dari rebungnya.. tahniah ye!
ReplyDeletejom jenguk blog kita.. www.farhainiah.blogspot.com
Wahhh....bestnya dik sofea belajar memanah....
ReplyDeleteassalamualaikum mia...wah bestnya kecik2 dah pandai belajar memanah...:)
ReplyDeletekalau dia suka okla..hehee..tengok pun die macam happy je
ReplyDeleteseronoknya Sofea.. ok laa belajar dari kecil, in shaa Allah nanti boleh jadi atlet Malaysia dalam acara memanah nih..
ReplyDeleteBeli kt mana ek set tu n brp hrga??
ReplyDeleteAsslm... Mana ada jual set memanah mcm anak puan gunakan tu? Blh bg nama kedai@syrkt yg jual set tu... Tq
ReplyDeleteblh tahu beli kt mana
ReplyDelete