malam yang sunyi
tiada unggas berbunyi
langit gelap tiada seri
umpama bulan tidak menyinari
termangu seorang sendiri
terkebil mata berkedip lagi
menagih idea di hujung jari
update blog di malam hari
blog ini hanya biasa
lahir dari naluri tanpa sengaja
luahan hati tuan empunya
sajian bacaan buat pengunjungnya
dalam kesibukan digagahi jua
walau entri pendek termampu seadanya
berkobar ingin mengarangnya
tetap akur pada kekangan masa
kehidupan blogger lumrahnya
ada suka
ada duka
dikongsi bersama
pengunjung tercinta
suntikan semangat waja
penyambung riwayat fana
blog kekal bernyawa
sehingga ke nafas terakhirnya
puisi rintihan seorang blogger dari Mia malam ini...
15 Comments
nice.. mcam syair pun ada.. :)
ReplyDeleteItulah realiti menjadi seorang blogger..sesetengah menganggap menjadi blogger sekadar suka suka..atau untuk memenuhi ruang masa..namun jangan kita lupa ia juga menjadi kerjaya..bukan mudah..tidak senang..perlu semangat yang tinggi..
ReplyDeletePndainya berpuisi
ReplyDeletePndainya berpuisi
ReplyDeleteterbaik..
ReplyDeletehahaha..bila sang blogger berpuitis...
ReplyDeleteTandus kering idea yer sis..
ReplyDeletetp boleh hasilkan puisi yg puitis...
betul tu kak mia. kena pula selepas raya...
ReplyDeletetapi insyaallah akan kembali menguatkan semangat demi perkongsian berguna
Bila update blog tengah malam atau awal pagi, entry tu boleh jadi beremosi.. kihkihkih..
ReplyDeletelumrah seorang blogger..ada tenggelam timbulnya..kadang takde idea tapi rajin..bila ada idea..malas pulak..begitulah..
ReplyDeleteassalamualaikum mia.....yer sokong sangat...mcm biskut pula sekejap ada sekejap x ada kn...
ReplyDeleteSedap puisi, berkongsi pengalaman untuk manfaat bersama :D
ReplyDeleteBila hilang idea, keluar puisi.. Kita ok la tu...
ReplyDeleteLumrah seorang blogger...pandai kak mia berpuisi
ReplyDeletepandainya mia berpuisi.. tapi ada benda jugak tak boleh bersama..
ReplyDelete