Kopi Biji Kurma Homemade



Kopi biji kurma homemade. Dah nak raya dah ni. Kurma yang dimakan di bulan ramadhan ni, bijinya dikumpulkan. Nak buat kopi dari biji kurma sendiri kat rumah. Khasiat dan kelebihan kopi jenis ini banyak. Jadi.. apalah salahnya daripada biji kurma dibuang begitu sahaja lebih baik kita jadikan kopi.

Jom kita tengok cara-cara nak buat kopi dari biji kurma di rumah.


Mula-mula kenalah kumpulkan seberapa banyak biji kurma. Setiap kali sahur dan buka, biji kurma dikumpulkan. Nak dekat raya, barulah dapat banyak sikit. Gigih mengumpul ni demi hasrat nak buat kopi dari biji kurma sendiri.

Lepas itu, biji-biji kurma tadi dicuci dulu dan dijemur sehingga betul-betul kering.

Bila dah kering, kita goreng tanpa minyak di atas kuali. Kiranya kita sangan biji-biji kurma ini.


Sangan dengan api yang sederhana. Jangan guna api besar nanti cepat hangus. Sambil-sambil itu kita gaul dengan sudip supaya panasnya sekata.


Kita teruskan sangan sehingga biji-biji kurma bertukar warna hitam dan telah masak sepenuhnya. Biarkan ianya sejuk seketika.


Kemudian, kita blender kering biji-biji kurma ini sehingga halus.


Wahhh... dah siap dah kopi dari biji kurma kita ni. Suka dengan bau aroma kopi ini. Percayalah, bila dah buat air kopi rasanya memang sedap. Yang penting, tiada kafein.

Selepas ini, dah boleh buat sendiri lah ya.. Mia pun baru kali pertama buat ini. Alhamdulillah.. menjadi... (^_^)

Kopi dari biji kurma ini boleh dikategorikan sebagai minuman kesihatan kerana mengandungi banyak khasiat dan kelebihan [Sumber].

Antaranya :
  • Memberi tenaga segera
  • Memulihkan tenaga syahwat
  • Menyembuhkan kencing manis
  • Memberi tenaga kepada lelaki dan wanita
  • Menghilangkan letih dan lesu
  • Menghangatkan badan
  • Mengendurkan saraf yang tegang
  • Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin
  • Menyembuhkan sakit perut
  • Menyegarkan badan / tidak mengantuk
  • Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan gout
  • Menyembuhkan sakit kepala / migrain
  • Melancarkan peredaran darah

selamat mencuba.. senang dan mudah...

Post a Comment

23 Comments

  1. Ilmu baru ni kak mia..terima kasih sharing..

    ReplyDelete
  2. Perghhh...kak Mia org pertama yg sally nmpk buat lepas tgk kat fb dulu...sally nak simpan tak kesampaian...hahaha

    ReplyDelete
  3. Ternyata BIJI KURMA bisa juga ya mba dibiki jadi KOPI..kretive sekali..salut.

    ReplyDelete
  4. Wahhhh. TerimaKasih share. Boleh cuba lepas ni.

    ReplyDelete
  5. Lepas ni kena simpan biji kurma. Nak try gak buat kopi dr biji kurma ni...

    ReplyDelete
  6. Good sharing sis...rasa dia mcm kopi x? ;)

    ReplyDelete
  7. Good sharing sis...rasa dia mcm kopi x? ;)

    ReplyDelete
  8. Boleh try nanti. Thanks yer Mia atas info nie ^-^

    ReplyDelete
  9. wow menariknya, saya suka kopi! :D

    ReplyDelete
  10. Wah sedap yeh? kena cuba ni. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  11. wah..dah jadi ya..teringin nak buat tp x simpan2 bijinya..mesti sedapkan kopi ni

    ReplyDelete
  12. Wah, macam sedap ja ni! =D Sayang laa biji kurma yang sudah terbuang tuu..

    ReplyDelete
  13. Wau jika biji kurma bisa jadi kopi
    Ekonomis sudah pasti
    Karena hemat kopi asli
    Rasa tetap sedap wangi

    ReplyDelete
  14. nk kena kumpul byk2 gak la biji kurma ni...nk buat gak

    ReplyDelete
  15. xpernah buat lagi...boleh la rietta cuba lepas nie...kat rumah mmg mnum kopi....

    ReplyDelete
  16. banyak khasiat kurma ni..biji pun boleh buat kopi. pasni makan kurma kena kumpul biji kurma :)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum mia...bestnya kalau mcm ni senang boleh buat sendiri jer kn...

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum... kak mia,

    banyak khasiat biji kurma nie kan... boleh cuba nie nanti..

    mselim3

    ReplyDelete
  19. ooo., ini ceritanya., ptut la wife aku kumpul biji kurma., nk buat kopi gak la tu kot.,

    ReplyDelete