Syukur sangat. Semalam, Suami Mia dah bayar zakat fitrah untuk kami sekeluarga kat masjid yang berdekatan dengan rumah. Kat Johor nilai zakat fitrahnya RM8.00 seorang.
Di sini Mia kongsikan Kelebihan Membayar Zakat [Sumber - https://www.facebook.com/baitulmuslimdotcom/posts/572179992794436]
- Mendapat rahmat daripada Allah SWT - dengan berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang.
- Mengeratkan kasih sayang - orang yang kaya dan senang membantu orang yang miskin dan fakir. Yang kaya akan turut merasai kepayahan dan kedaifan yang dilalui oleh saudara seislam tersebut.
- Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah SWT telah menjanjikan balasan Syurga yang tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.
- Membersihkan hati dan harta daripada perkara yang merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada orang yang berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yang berada di hati kita.
Dah bayar ke belum? Jangan last minute tau. Esok dah nak raya ni....
selesai sudah tanggungjawab... alhamdulillah...
6 Comments
Alhamdulillah. .
ReplyDeleteAlhamdulillah dah byr dah
ReplyDeleteSalam lebaran kak mia ! :D
ReplyDeleteTq share. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah dah settle puasa hari tu :)
ReplyDeleteassalamualaikum mia.....perkongsian yg baik...
ReplyDelete