Ada masanya ketidaksempurnaan itulah yang paling sempurna. Terimalah segalanya seadanya... semuanya bersifat sementara.
Jangan tangisi sesuatu yang berlaku... kerana air mata akan datang lagi, dan ketawa pun akan menjengah semula.
Selang seli ini akan datang dan pergi. Mengajar kita tentang "sederhana". Semuanya akan fana.
Mengharap jangan terlalu tinggi, meratap jangan terlalu lama... hadapi segalanya dengan berpada-pada.
Kita akan selalu berada di dua antara... antara gembira dan berduka. Antara senyum dan air mata.
"Ya Allah, aku memohon perlindungan denganaMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku memohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang."
muhasabah diri...
7 Comments
Terima apa adanya 😁
ReplyDeleteamin..
ReplyDeleteassalamualaikum mia...redha dgn apa yg ada...:)
ReplyDeleteSinggah petang...
ReplyDeleteKita bersyukur atas apa yang diberi :)
terima kasih atas perkongsian... menarik dan bermakna
ReplyDeletesentiasa redha dengan aturanNYA... :)
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa bersyukur dengan segalanya :)
ReplyDelete