Semalam yang sibuk teramat, balik rumah terus lepak. Sebabnya... semalam ada aktiviti mengemas stor dengan 3 orang pelajar praktikal. Seronok kemas ramai-ramai ni. Akan lebih mesra dengan mereka. Sebagai penyelia, Mia takkan biarkan mereka. Mia akan buat sama-sama dengan mereka. Sweet sangat moment tu. The sweetest thing ever. Love them so much. Bayangkan kalau dah kemas stor, tentulah nak kena susun, apa yang tak patut dibuang, yang boleh diguna dimasukkan ke dalam kotak, yang nak dilupuskan diasing dan ditag. Terasa macam main lego. Sebab sentiasa fikir nak susun dengan cara yang terbaik supaya nampak luas ruangan dalam stor tu. Stor tu kecik je tak besar mana. Boleh pula susun kotak bertenggek-tenggek sampai ke atas, tenaga perempuan tidak sekuat mana tapi kalau sama-sama buat, tentu boleh. Walaupun pada mulanya rasa macam, boleh ke.. nak kemas ni...
Nampak kan... betul-betul penat ni. Dah siap mengemas, perut pun berbunyi. Mia bawa pelajar praktikal makan kat Kopitiam Giant Tampoi. Lunch tengahari kat situ.
muka orang penat mengemas
Mia makan mee kari
Tira dan Lina makan ni
Wana makan ni
Bila tiba bab makan memang heaven betul. Habis licin selamat masuk dalam perut. Alhamdulillah... kenyang...
mood syukur... stor ict dah sweet sangat sekarang ni..
15 Comments
Aikk sdpnya plak mknan tu
ReplyDeletewahh bestnya dapat penyelia mcm kak miaa. untung betul dorang prektikal kat sana.
ReplyDeletebetul tu, bestnyer dpt supervisor mcm kak mia, mmg heaven ;)
Deletebuat kerja ramai-ramai, semua bole jadi mudah kan kak mia...^_^
ReplyDeletemesti penyelia yang belanja makan ni. murah rezeki :)
ReplyDeletemoning singgah pagi
ReplyDeleteKalo licin tu memang lapar sungguh..
ReplyDeletePelajar praktikal tu tahu Mia tak kedekut itu yg tambah rajin:)
ReplyDeleteSeronok kalau saling bantu ni kan. ;D
ReplyDeleteSedapppppp!
assalamualaikum mia.. .mmg terbaik ...tolong menolong sesama sendiri mmg bagus...lebih cepat siap kalau ramai2 buatkn...:)
ReplyDeletewahh bestnya.. betul bila buat kerja bersama-sama kita akan rasa seronok sangat.. yang susah pun rasa mudah..yang penat pun kurang rasa penatnya..
ReplyDeleteWow buat saya lapar makanan tu.. ehe
ReplyDeleteAsalam mia hadui sedapnya..ala tak aci lah pelatih mana lelaki tu tak ada ke? atau tak mahu bergambar dengan mat mana2 ke..hehehe joke ja ya
ReplyDeleteDah penat, bila dapat makanan senang hati jadinya. Hehe. Baiknya Kak Mia. Bolehlah buat praktikal kt sana nanti :p
ReplyDeletelepas mengemas topup tenaga balik :)
ReplyDelete