Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sekiranya kita ingin memantapkan blog kita. Salah satu caranya ialah dengan gaya penulisan tersendiri. Bila kita banyak membaca, sudah tentu kita boleh menulis sendiri. Carilah bahan bacaan yang digemari. Mungkin baca suratkhabar, artikel, baca entri blog yang berinformasi atau apa-apa saja bahan bacaan. Pada mulanya susah atau blank ketika menulis disebabkan ketandusan idea atau tidak tahu nak tulis macam mana sedangkan idea banyak di benak kepala. Tapi lama-kelamaan, bila kita selalu membaca dan praktikkan menulis pasti boleh nanti.
Tentu ada sedikit perasaan jeles bila bertandang ke blog orang lain, dengan entrinya yang panjang jela, mesej yang disampaikan jelas serta gaya penulisannya yang cukup teliti. Maksud Mia di sini ialah kategori entri yang berkualiti. Kalau baca rasa bestnya karangan dia ni... dalam hati akan bercakap begitu. Kalau blogger mampu buat seperti itu iaitu mampu membangkitkan perasaan sedemikian pada pengunjung, nescaya memang terbaiklah penulisan anda. Itulah kepuasan yang dicari. Pengunjung suka dengan gaya penulisan kita yang tersendiri.
Ada juga yang buat entri santai-santai dan tidaklah panjang jela juga mampu dikategorikan sebagai entri berkualiti jika maklumat yang disampaikan benar-benar membantu pengunjung.
Blogger bukan setakat menulis sahaja ke dalam blog kerana ianya boleh berikan impak yang besar bila apa yang ditulisnya mampu mempengaruhi pengunjung. Ada pelbagai jenis penulisan. Terpulang pada kita nak tulisnya macam mana asalkan ianya bersesuaian dengan apa yang nak kita sampaikan.
Sekadar pandangan Mia saja, seharusnya blogger perlu ada gaya penulisan yang tersendiri kerana itu melambangkan identiti sebenar blogger.
pikatlah pengunjung dengan penulisan kita sendiri....
Entri berkaitan :
37 Comments
setuju dengan gaya dan style kita kan
ReplyDeletegaya penulisan kita turut mencerminkan peribadi kita ...
ReplyDeleteterima kasih kak mia atas tips yang diberikan :)
ReplyDeletecx setuju kak mia. cx pon da mula nmpk apa yg boleh dilakukan ntk pop up idea tg sbnrnye sedia ada :) tq kak mia :)
ReplyDeletethanks utk tips ni mia... (^_^)
ReplyDeletebenar..
ReplyDeleteBetul tu ;)
ReplyDeleteWow !!! Satu tips berblog yang bagus dan mantap
ReplyDeleteIsmailDotCom
Salam singgah sini Kak Mia...menarik perkongsian ini Kak Mia...
ReplyDeleteBetul.
ReplyDeleteyup memang kena ada style yang tersendiri, baru ramai nak datang bertamu di blog comel kita nie...
ReplyDeletethanks for info mia
betul sis. setuju 200%
ReplyDeletepada blogger yang jenis copycat mmg sangat kasihan sebab diaorag tak ada identiti dan masih meniru identiti orang
P/s: lama x visit blog sis
betul tu kak mia.. mcm sy suka baca point form :) jimat masa huhu
ReplyDeleteyup betul kak mia.setuju sangat.
ReplyDeletesetuju..yg penting masing2 ada keunikan tersendiri..:-)
ReplyDeleteyes..tepat kak mia..
ReplyDeletesetuju...kadang2 ikut mood juga,
ReplyDeletekalau rasa2 mau tulis tu kdg2 x sedar dah terpanjang lebar penulisan tu..hahaha
betul tu..
ReplyDeletegaya penulisan adalah kekuatan blog itu sendiri :)
ReplyDeleteterbaik :D
ReplyDeleteassalamualaikum mia...benar tu sokong apa yg mia katakan...:)
ReplyDeletesetuju..gaya penulisan tersendiri itu lah kekuatan pada blog..yang penting tak boleh hipokrit dan kena ikhlas ketika menulis.. :)
ReplyDeleteterima kasih beri tips..
ReplyDeletesetuju Kak Mia.. Lain orang, lain gayanya.. Jadi je diri sendiri, tak perlu nak tiru kan :)
ReplyDeleteBetul tu kak mia... Tapi biasanya ada kekangan nk tulis best2... Kna relex dan xleh tension nk tulia entry... Bru smpai apa yg nk ditulis...
ReplyDeleteSetuju tu...
ReplyDeleteZumal masih belajar nak menulis dengan baik... Harap mampu tarik pembaca...
ReplyDeletethanks for the advise kak...Insha Allah akan cuba perbaiki mutu penulisan
ReplyDeleteSetuju~! Setiap blogger sepatutnya ada gaya penulisan dan identiti sendiri, bukan main copy paste saja. ;D
ReplyDeletesy xthu lah blog sy tu menarik ke x...ekeke
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ni kak mia..
ReplyDeletesntiase berikan info bergune tok ayu...
Yezza! Betul2! Saya setuju 200%.. Skang ni tengah gila lagi bakat menulis.. Pikir2 strategi nak bai orang rasa seronok baca hasil tulisan di blog.. Bukan mudah tu.. Huhu..
ReplyDeleteRosmizaAliDotCom
Setuju.. practice makes perfect reading ideas from other blogger pun membantu..
ReplyDeletethank you Mia banyak aula belajar kat sini
Tq Kak tipsnya, sukar juga nak tarik pengunjung. Bab penulisan lya msh lemah prlu byk bljr
ReplyDeleteThanks Kak Mia. Belajar untuk tulis sendiri :)
ReplyDeletegaya sendiri, betul tu.. tapi shad kadang2 lost bila menulis, tak tau gaya apa dah.. hehe :D
ReplyDeletebukan mudah untuk memikat pembaca dari hasil tulisan kita, cn masih belajar ttg penulisan berkualiti ni, walaupun masa spm dapat A1 dalam BM, tapi itu tak menjamin kita akan menghasilkan penulisan yang sentiasa berkualiti ;)
ReplyDelete