Keletang.. keletung duduk di dapur seorang diri. Maka inilah hasilnya. Seronok kalau masak di hujung minggu ini. Dapat merasa betapa indahnya aktiviti memasak di dapur.
Hari ini Mia masa ayam masak kicap. Bubuh kentang (dah digoreng dulu) dalam tu. Sebelum itu ayam di goreng separuh masak selepas diperap dengan rencah tumbuk (halia + kunyit + garam). Sofea dan Suami Mia sangat favourite dengan ayam masakan macam ni. Kemudian barulah Mia buat kuah kicap macam biasa. Rencahnya Mia tumbuk dan digoreng sehingga naik bau bersama rempah tumis. Bubuh kicap, air dan sos tomato (supaya ada rasa masam). Siap dah kuah kita kemudian masukkan ayam dan kentang tadi. Biarkan didih sehingga ayam masak sepenuhnya.
Untuk sayur pula Mia masak kobis dan lobak masak air je. Nak galakkan Sofea makan sayur. Agak susah sikit kalau nak makan sayur. Itu yang bubuh lobak supaya nampak lebih menarik.
Menu sambal pula Mia buat sambal ketok. Suka sangat sambal ini sebab ianya pembuka selera makan. Nak-nak bila dimakan panas-panas. Betul-betul terangkat. Resepinya ada di SINI.
Paling puas hati bila suami dan anak berselera makan. Siap tambah lagi. Alangkah bestnya kalau dapat jadi surirumahtangga setiap hari.
mood puas memasak...
19 Comments
waaa. .sedapnya kak. .hehe
ReplyDeleteSinggah petang Kak Mia....sedap tu Kak...
ReplyDeleteAyam masak kicapp..best tu
ReplyDeletewaaa..sedapnyaa :)
ReplyDeleteSedap tuh walaupun simple.. hari nih buat masak lemak cili padi ketam ngan ikan masak asam.. tak berapa sihat, buat ala kadar jer..
ReplyDeleteAssalamualaikum mia....mmg nampak menyelerakan...
ReplyDeleteada resipi hari ini..entry khas hari raya haji..enak nampaknya tu Mia..
ReplyDeleteNampak sedap kak mia...bole la cuba camni
ReplyDeleteSedapppp ;)
ReplyDeleteohh fav ayu tuu
ReplyDeleteuwaa...nampak menyelerakan betul! terliuq!! :)
ReplyDeletenampak sedap hingga menjilat jari...
ReplyDeletelapaq pulak tengok..
ReplyDeleteLama pulak tak makan sambal ketuk tu..sedap
ReplyDeleteKombinasi lauk pauk yang menyelerakan...yumyummy
ReplyDeletesedapnya :D
ReplyDeleteBestkn memasak Kak slh satu hobi lya hhee
ReplyDeletemasak sendiri memang puas hati kan.
ReplyDeleteSedapnya sambal ketok tu.. Nanti boleh cuba resepi ni plak.. Tenkiu kak Mia! ^_^
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™