Rajin pula Suami Mia beli pisang hari ini. Sofea memang suka makan. Bagus kalau kita makan pisang. Banyak khasiat dan kelebihannya. Mengandungi banyak nutrien dan vitamin yang menyihatkan badan.
Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gmserabut, dan 116 kcal tenaga.
Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.
Sumber : SINI
Hmmm... jarang makan buah pisang kat rumah ni. Selalunya buah tembikai. Buah penting untuk kesihatan badan kita.
dapat vitamin original dari buah... (^_^)
17 Comments
Pisang baik untuk digestion dan banyak beri tenaga. :)
ReplyDeleteBuat pencake pun sdp ni
ReplyDeleteSy tgh suka mkn pisang skrg ni... Hehe... Mesti de stok kat umah... Hehe.. Sebelum tido bngun tido makan pisang... Pisang dpt naikkan berat badan sy juga.. Hehhe
ReplyDeletePisang pon bagus untuk sistem penghadaman...
ReplyDeleteAnak lelaki kita suke sgt mkn pisang
ReplyDeletemakan sebagai sarapan pun ok. ehehe
ReplyDeletepisang memang baik untuk perut kan
ReplyDelete:)
Kalau gemuruh..bagus makan pisang...
ReplyDeleteWah !!! Saya paling suka goreng pisang dan cekodok pisang.
ReplyDeletepisang mmg sedap..lame dah x makan pisang :(
ReplyDeletesaya baca, sebelum interview, try lah makan buah pisang. pisang merelax kan kita...
ReplyDeleteSedap pisang ;)
ReplyDeletedapat pisang kecik2 ni syiok je makan depan tv sambil tengok drama... sedap !
ReplyDeleteSuka makan buah pisang ni terutamanya bila sistem penghadaman kurang stabil...hehe
ReplyDeleteassalamualaikum mia...betul tu makan pisang ni baik utk pencernaan kita...:)
ReplyDeleteSuka jugak makan pisang..takpun buat banana milk shake
ReplyDeleteSedap! Mieza pun suka pisang.. Kalau dah makan tak reti berhenti.. Hehehe..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™