Dalam usaha mengekalkan misi untuk konsisten berblog, sudah semestinya kita sebagai blogger sentiasa terfikir untuk membuat entri autopublish. Betul kan? Contoh seperti Mia. Mia cuba tetapkan untuk update 4 entri sehari sebagai kekerapan update blog yang sesuai untuk Mia.
Seperti yang Mia katakan tadi bukan senang untuk maintain update blog 4 entri sehari walaupun kebanyakannya Mia lebih selesa update secara mobile. Lebih-lebih lagi apabila ianya perlulah konsisten setiap hari. Kalau dah betul-betul sibuk, memang tak boleh buat apa, update yang termampu sajalah.
Kalau tak dapat buat entri autopublish sudah tentunya Mia akan buat entri backdated. Mungkin ada sesetengah blogger memandang remeh perkara ini. Terpulanglah. Tapi bagi Mia ianya amat penting demi memastikan misi untuk update blog tercapai. Dah namanya blogger personal, tentulah akan berkongsi cerita tentang kehidupan sendiri atau apa sahaja yang dirasakan perlu. Blog adalah segalanya. Sebab itu Mia lebih selesa dengan niche blogger personal.
Kaedah membuat entri backdated lebih kurang sama dengan buat entri autopublish cuma di ruangan tarikh dan masa sahaja yang kita backdated maksudnya tarikhnya kita ke belakangkan. Contohnya sepatutnya Mia perlu update satu lagi entri sebelum tengah malam tadi tapi entah macam mana tidak sempat nak buat entri autopublish sebelum tidur. Faham-faham sajalah bila dah ada di rumah, komitmen keluarga itu lebih utama. Sedar-sedar bangun awal pagi ni, barulah sempat nak buat entri tu dan Mia backdated kan ke tarikh semalam jam 11.59 malam. Entri itu ada di SINI.
Mungkin rasa entri ini macam tidak fresh atau segar maklumlah sebab di backdated tetapi sekurang-kurangnya boleh juga memenuhi misi untuk konsisten update blog.
Itulah lumrah dan hakikatnya menjadi blogger separuh masa, terkadang ada juga kekangan masa dan komitmen lain. Bukan boleh menghadap blog 24 jam. Sebab itulah ada pilihan untuk update blog secara terus, autopublish atau pun backdated.
Selamat berblog secara konsisten.... (^_^)
pentingnya entri backdated...
36 Comments
tulah kan kak mia..kalau dah busy memang tak menyempat..update mana yang sempat..bagus jugak cara backdated ni :)
ReplyDeleteAssalamualaikum mia...betul tu kekadang mama pun ada buat entri auto publish ni senang...
ReplyDeletesaya pun nak buat, tak penah buat lagi.
ReplyDeleteTak pernah lg buat entry backdated. Hee
ReplyDeleteye la kan.. naknya kita ni working wife n mum..kekangan masa tu kdg2 membtskan utk berblog ..tak nak nti sibuk dgn blog, kebajikan family pula terabai..
ReplyDeletePerlu ada keseimbangan kesemuanya...kerjaya, blog, keluarga dan pemakanan seharian.
ReplyDeletex sempat update semasa - mmg jadi terkadang - masa menceburui
ReplyDeleteCN pernah buat gak entry backdated ni, ingat gaji je ke boleh backdated? heheh
ReplyDeleteTak pernah lgi lya buat nnt nak try juga
ReplyDeletetak pernah lagi konsisten 4 entry sehari kak mia.satu hari pun dah alhamdulillah..kekangan masa untuk berblog dan kekadang busy dengan kerja dan keluarga..sesekali entry backdated ok jugak kan
ReplyDeletesalam. setuju pendapat sis tu....
ReplyDeletesy mmg xpnh buat hehe..sbb mls menebal hahaha
ReplyDeleterajin aku update, malaih kalu diam2 duduk setel. Aku xjadikan ianya komitmen,tapi jadikan ia tempat santai..rasa nak tulih tulihh..heh heh heh
ReplyDeletehee..betul..kekadang tu simpan dalam draft je..tah bile nak publish..
ReplyDeletesaya setuju... bila da kering sgt idea, rs mcm nk recycle je entry2 lama ;-)
ReplyDeletewahh..komitmen 4 entri sehari tu kak.. memang mencabar.. nak buat 1 entri sehari pun saya letih..huhu.. tapi apa yg akak terangkan ini, baru la saya paham dan akan saya prktikkan selepas ini.. memang ada kepentingan backdated entri ini.. ^_^
ReplyDeleteAyie mencuba sekrng nie 2 or 3...
ReplyDeletesebb sekrng pon dah mula nak aktif blikkan.Insha Allah
thank mia share....rietta igtkan backdated to, bak dated story...hehehe....
ReplyDeletepernah buat, & sependapat, cuma tak kerap :)
ReplyDeletesejak buat blog baru , dh jarang buat macam tu , huhu
ReplyDeleteoh itu maksudnya
ReplyDeletebaru faham. pernah buat dulu. tapi dulu la
sekarang ni busy jer memang 2 bukan auto jer
btw, sis salam ramadhan
lama x bw blog rakan2
Oh, pernah buat auto je ;D hee
ReplyDeletejujur..syira mmg slalu buat entry auopublish :) so setiap hari akan ade entry dr blog syira
ReplyDeleteThanks kak mia.. Ilmu baru ni..
ReplyDeleteterima kasih kak mia..
ReplyDeletebuat time rajin..:)
ReplyDeleteTips yang menarik ;)
ReplyDeletekak mia nak tanya. ade reason ke kak mia update 4 entri sehari?
ReplyDeletewahhh... soalan cepu emas ni... hmmm... ada sebabnya... pm kak mia ok..
Deletehehehe ok dah pm akak :)
Deleteorait dear... harap jawapan tu menepati..
Deletebetul tue kak mia. kadang2 kekangan kerja mengatasi segalanya kan kak.
ReplyDeleteIdea banyak.. Tapi x sempat nk karang :) Pastu idea dah terlupa or x releven masa itu..
ReplyDeleteBagus juga entries backdate ni kan
ReplyDeleteNampkny yg kita ni Jenis konsisten
bagus jugak acara nih...sy nih byk entry tertangguh...tak terpublish atau backdated pun
ReplyDeletePernah juga buat sekali sebab nak juga update setiap hari.. terketar-ketar nak buat sebab rasa macam entri jadi tak segar xD
ReplyDelete