Suasana raya terasa kini
Sedikit masa lagi
Sangat dinanti
Kemeriahan Aidilfitri
Suasana raya terasa kini
Sanak saudara berkumpul kembali
Terbayang keseronokan tambah seri
Riuh rendah menggamit memori
Suasana raya terasa kini
Kanak-kanak paling gembira sekali
Duit raya angan di hati
Dah berkira raya rumah mana nanti
Suasana raya terasa kini
Balik kampung sila hati-hati
Tidak tahu bahaya yang menanti
Moga selamat sampai ke destinasi
Suasana raya terasa kini
1 Syawal kan tiba pasti
Sambutlah dengan keriangan hati
Selamat Hari Raya Aidilfitri
nukilan puisi dari Mia... salam lebaran buat semua..
7 Comments
Eh eh..dah rasa macam esok pulak nak raya baca puisi kak mia ni
ReplyDeletemasing masing tak sabar nak raya kan.
ReplyDeleteHari raya di sambut bersederhana sahaja...
ReplyDeleteTidak semeriah dulu2... sederhana sahaja...
ReplyDeleteAssalamualaikum mia...selamat hari raya mia....tahun ni mama beraya ala kadar jer...kurang bersemangat raya ni tanpa ayahanda....:(
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSalam Lebaran buat Mia sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)
Selamat Hari Raya ye ^^
ReplyDelete