Ramadhan Bakal Pergi


Ramadhan bakal pergi
Berlalu meninggalkan diri
Lailatul qadar malam dinanti
Penuh keagungan dirai

Ramadhan bakal pergi
Menangis seorang diri
Tatkala malam menghampiri
Terasa kerdil diri ini

Ramadhan bakal pergi
Kesayuan tidak terperi
Seolah tidak mahu ia pergi
Walau Syawal jelmakan diri

Ramadhan bakal pergi
Redha dengan sepenuh hati
Tertanya di benak hati
Moga tahun depan berjumpa lagi

puisi ciptaan Mia tentang Ramadhan yang bakal pergi...

Post a Comment

8 Comments

  1. sedih sangat. masa Ramadhan lah masa yang rasa dekattt sangat dengan ALLAH. T__T

    bukan bermakna bulan lain tak dekat, tapi bulan Ramadhan lagi penuh barakah.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...inshaAllah moga dipanjangkn usia berjumpa lg bln Ramadhan di tahun depan...:)

    ReplyDelete
  3. sekejapnya rasa tahun ni... rasa macam baru berapa hari je kita berpuasa :(

    ReplyDelete
  4. harap berkesempatan bertemu ramadhan lagi

    ReplyDelete
  5. ketupat rendang kueh bahulu,
    enak dimakan bersama keluarga,
    wahai teman wahai saudaraku,
    mari bermaafan dihari raya.

    #kosongkosong kalau ada yang terasa hati dengan komen ana ya..

    ReplyDelete
  6. Lailatul Qadar malam dinanti,
    Seluruh alam membeku senyap sunyi,
    Maaf dan keampunan dipohon pada Ilahi,
    Semoga Allah meredhai hakikat insani.

    ReplyDelete
  7. Bulan Ramadhan tahun ini macam cepat je berlalu :/

    ReplyDelete