Happy Mentor's Day Wish Dari Blogger Protege


Seronoknya... hari ini Mia dapat kad ucapan guru a.k.a Happy Mentor's Day dari blogger protege didikan Mia iaitu Eraz, Farah, Sally dan Ainim. Tersentuh rasanya hati ini. Mereka beramai-ramai wish kat facebook dan Farah ada buat entri khas Happy Mentor's Day Kak Mia Liana!!! di SINI.

Sebagai mentor mereka dalam dunia blog ini sejak tahun lepas. Mia tak berani nak katakan yang Mia ini seorang blogger yang berjaya sebab ilmu blog ini terlalu meluas dan banyak lagi yang Mia belum terokai. Apa yang Mia didik adalah berdasarkan ilmu pengetahuan yang Mia ada dan juga pengalaman berblog Mia. Susah senang... turun dan naik untuk sampai ke tahap sekarang ini. Bukannya mudah dan perlu banyak kesabaran di samping kena rajin berusaha dan belajar demi memantapkan blog ini.

Mungkin ada yang berpendapat blog ini blog biasa-biasa saja, tetapi dalam blog ini menyimpan banyak liku-liku perjalanan hidup Mia sebagai seorang blogger personal yang menceritakan tentang apa sahaja yang Mia rasa perlu untuk dikongsikan dengan pengunjung blog.

Buat blogger protege, yang kini telah pun selesai dididik oleh Mia, terima kasih kerana sudi praktikkan apa yang telah diajar. Ilmu itu harus dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Selebihnya, usaha dari diri sendiri itu yang akan mencorakkan hala tuju blog itu ke mana... Tahniah pada keempat-empat blogger protege yang gigih berusaha untuk mencapai ke tahap yang diingini. InsyaAllah, usaha itu tangga kejayaan.

belum putuskan lagi untuk ambil protege baru... izinkan Mia berehat dulu...

Hadiah bernilai RM10,020.00 untuk dimenangi. 
Klik SINI untuk join.

Post a Comment

27 Comments

  1. assalamualaikum mia...selamat hari guru mia..;)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari mentor ;D hee

    ReplyDelete
  3. Thank you so much Kak Mia..akan usaha untuk naikkan semula kedudukan saya

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru kak, asalkan memberi ilmu, itu adalah cikgu ;)

    ReplyDelete
  5. Happy mentor's day kak mia...I love you! ;)

    ReplyDelete
  6. kak mia pun sebahagian guru jugak, selamat hari guru kak :)

    ReplyDelete
  7. seronok bila anak didik berjaya dan terasa dihargai :)

    ReplyDelete
  8. happy mom day mia... jasa mentor ni akan dikenang selalu...

    ReplyDelete