Tutorial Follow Blog Melalui Reading List

Tutorial Follow Blog Melalui Reading List

Memandangkan blogger yang menggunakan platform blogspot sekarang ini agak sukar untuk follow blog melalui widget Google Friend Connect, di sini Mia ada nak tunjukkan tutorial cara-cara nak follow blog melalui penggunaan Reading List. Kiranya ini macam cara lain atau alternatif yang paling sesuai untuk follow blog bila butang follower Google Friend Connect menghadapi masalah.

Cara ini amat mudah sebab segala operasi yang dilakukan hanya di dalam dashboard blogger sahaja. Paling menyenangkan sekali apabila kita nak follow lebih daripada satu blog dalam satu masa.

Jom tengok cara-caranya dan sila klik pada gambar untuk besarkan.


Di bahagian utama dashboard blogger, sila pergi ke ruangan Reading List, klik pada butang Add untuk follow blog.

Masukkan URL blog yang hendak di follow. Sekiranya ada lebih daripada satu blog yang hendak di follow, sila klik pada butang + Add. Selepas siap, klik pada butang Follow. Dalam tutorial ini, Mia hanya tunjukkan cara-cara untuk follow satu blog bagi memudahkan pemahaman.


Blog yang dimasukkan tadi akan terpapar dalam Reading List blog kita. Senang kita nak terjah entri terkini nanti.

Bila disemak kat Follower Widget Google Friend Connect blog tersebut, sudah kelihatan icon follower Mia di situ. Mia adalah follower yang ke 270. Yeay.... sukanya dah boleh follow.

Nampaknya, tutorial simple ini akan dapat membantu anda ketika blogwalking untuk follow ke blog yang baru pertama kali diterjah. Selamat mencuba cara ini ya....

*kemungkinan besar ada sesetengah blog tidak boleh menggunakan cara ini..

sesi mengajar....

Post a Comment

58 Comments

  1. sy dah cuba buat mcm ni dulu tp ia melarang kita yg dah follow 300 blog dari menggunakannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu memang ada problem macam tu, tapi sekarang ini bila mia cuba buat, boleh pula.. lagilah mia dah banyak sangat follow blog orang.... takpelah.. kita cuba mana yang boleh ya.. thanks for the info abe..

      Delete
  2. lya akan cuba cara kak mia nie..kot2 berkesan kan

    ReplyDelete
  3. still tak boleh kak mia,sebab dah melebihi 300 blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke? pesal kak mia boleh follow pulak... hmmm..

      Delete
  4. Terima kasih follow Kak Mia! Dah follow balik :)

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...kak mia,

    terima kasih atas tutorial nie...

    mselim3

    ReplyDelete
  6. terima kasih berkongsi kak mia...nanti saya nak cuba...harap2 bole la....^_^

    ReplyDelete
  7. pernah jugak buat cara macam ni..kalau line lembab..cara ini lebih mudah..

    ReplyDelete
  8. Actually I found out another method, which is click on Options, then pop up new window, and click Follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo sounds great.. will try that out too... tq SD..

      Delete
  9. xbole la kak mia.. anis dh terkena limit 300 follow tu.. xtau nk buat mcm mne.. sedihnyee xdpt follow back...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tak boleh ek... kena guna cari lain la nampaknya...

      Delete
  10. Kenapa ada orang boleh follow blog kita dan ada orang tak boleh follow... is it something wrong with our blog or their blogs?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde kaitan pun wafa... widget google friend connect yang sedang bermasalah ni... huhuhu pendapat mia la...

      Delete
  11. Thanks ye :) Singgah sini, jemput singgah blog awksweetgitu.blogspot.com =D

    Support each other =)

    ReplyDelete
  12. owg baru tahu boleh terus jadi follower.. igtkan utk reading list je.. tq kak, ilmu baru nie..

    ReplyDelete
  13. Jarang guna cara ni ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo takpe sally... cara ni yang paling tak famous... huhuhu

      Delete
  14. Replies
    1. agak2 la ramainya... janganlah sampai ramai sangat... huhuhu

      Delete
  15. tq share this yer Mia !~

    ReplyDelete
  16. Pelajaran yang amat berguna. Tak payah susah-susah cari widget follow tuh.....kekadang ada yang tak letak. Nice sharing dan amat memudahkan.

    ReplyDelete
  17. InshaAllah nak jadi yang ke 11000 :P

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... dah booking siang2 ya... nanti pm kak mia..

      Delete
  18. Assalamualaikum Kak Mia...first time Diana join dalam dunia blogger ni..Diana nak follow blog dengan guna cara ni..tapi dah smpai ke yang 300blog dah tak boleh buat..tapi skarg belum pernah lagi buat balik cara ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam diana... kak mia pun sama juga dulu. sekarang ni baru cuba lagi... boleh pulak... tengok keadaan kot.

      Delete
  19. Sy xde mslh bab nk.follow ni.. Tpi bab bloglist je x selesai lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ok... uikkk nape dengan bloglist tu? blog feed problem ke..

      Delete
  20. assalamualaikum mia...nak cuba juga nanti...:)

    ReplyDelete
  21. lately blogspot sangat problem..lepas satu satu settle, prob lain pulak datang

    ReplyDelete
  22. Boleh cuba juga cara saya, dengan letak widget follower ini menggunakan HTML/javascript .... in Sha Allah, akan ok ...

    ReplyDelete