10 Tips Untuk Amalan Ibu Bapa

Perkongsian di dalam group whatsapp yang menarik buat tatapan pengunjung blog ini. 10 tips untuk amalan ibu bapa oleh Prof Dr. Muhaya.


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

#silakan  share untuk manfaat kita bersama.....

tips yang bagus untuk diamalkan ni...

Post a Comment

42 Comments

  1. tips yg menarik dan bagus utk diamalkan buat kaum ibu (dan bapa), kak @mia liana.. :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian tips yang bagus..thanks Mia.

    ReplyDelete
  3. Tips ni sgt bguna kpd ibu bapa dan bakal ibu bapa.. alhmdulillah. .

    ReplyDelete
  4. Nice tips kak mia... Insha Allah kita amalkan bersama scra istiqamah ilmu bermnfaat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih maria... sama2 la kita amalkannya...

      Delete
  5. Ya betul tu... kebanyakkannya semua saya buat pada anak-anak... alhamdulillah setakat ni... banyak manfaatnya... antara lain mengajar kita menjadi seorang ibubapa yang penyayang dan penyabar... insyaAllah, anak mudah diajar dan ikut kata :)

    ReplyDelete
  6. Tq k.mia..info yang amat berguna sekali..kdg ambil mudah..tapi jika amalkan secara istiqamah..InsyaAllah..untuk hari esok

    ReplyDelete
  7. emua ibu bapa nakkan yg terbaik utk anak2 mereka . done follow back sini ( 10975 ) . thanks sudi follow blog saya . maaf sbb lambat singgah sini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp.... itulah yang sebaiknya. terima kasih ya..

      Delete
  8. Assalamualaikum dan salam singgah sini Kak Mia..tips yang baik dan harus di amalkan kepada semua ibubapa..terima kasih Kak Mia atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  9. Info yg amat2 berguna, terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. Nice tip mia ...ada yg dah diamalkan...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah syukur satu perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada para ibu bapa dan bakal2 ibu bapa. Amin x3 Yarobbil Alamin

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mia...perkongsian yg baik ni...:)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak mia, thanks for this tips. in shaa Allah. berguna sangat untuk semua orang~~~

    ReplyDelete
  14. Salam...perkongsian yang menarik.....

    ReplyDelete
  15. Sgt bermanfaat.. t kasih atas perkongsian Mia..

    ReplyDelete
  16. perkongsian ilmu yg sgt bagus nie kak...

    ReplyDelete
  17. terima kasih berkongsi kak mia..bolehlah jadikan amalan :)

    ReplyDelete