Kata orang kalau dah minat, tidak kiralah macam mana sekalipun tetap akan berblog. Percaya tak? Pada mulanya Mia anggap blog ini macam biasa sahaja pada tahun 2007 hingga 2009. Update blog bila suka dan bila perlu. Tetapi pada tahun 2010, Mia kembali aktif berblog selepas Sofea dah berusia beberapa bulan dan ketika sedang belajar secara jarak-jauh di Open University Malaysia.
Memandangkan terlalu minat dengan programming, Mia takut kalau-kalau kemahiran itu terbiar begitu sahaja, maka dengan adanya blog sekurang-kurangnya masih tidak lupa pada coding html, javascript dan mana-mana web programming.
Keseronokan belajar dan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi semasa belajar 4 tahun di OUM membuatkan Mia ingin berkongsi diari dan tips belajar Mia untuk dijadikan inspirasi kepada pelajar-pelajar lain.
Dari segi kerja juga, Mia kongsikan pengalaman kerja yang pelbagai di bidang teknologi maklumat dari sudut sektor kerajaan.
Kerana Mia minat berblog dan suka bercerita, maka terhasillah blog ini. Banyak suka duka yang Mia lalui. Pengalaman di bidang teknologi maklumat tidak pernah disia-siakan dan semuanya diaplikasikan ke blog ini. Walaupun blog ini pada zahirnya nampak simple tetapi sekarang sudah mengandungi lebih 3000 entri yang pelbagai.
Bila dah minat, tentu kita akan sentiasa menghargai blog dan pengunjung kita. Itulah aset maya yang kita ada. The precious ever.... dan terapi stres Mia yang terbaik.
Kerana minatlah, Mia memperkenalkan segmen copy paste dan didikan mentor-protege. Rasa happy dapat membantu blogger-blogger lain dengan berterusan.
Sungguhpun begitu, Mia tidak pernah mendabik dada. Sentiasa mensyukuri dengan kurniaanNya dan mohon agar sentiasa diilhamkan idea setiap kali nak update blog. Alhamdulillah....
memang minat sangat.....
33 Comments
Alhamdulillah kak . Saya pun aktif sejak akhir tahun lepas . Tapi sekarang tak aktif sangat sebab sekolah kan ?
ReplyDeleteBtw , jemput kak singgah baca entri .
http://mrssuperawesome.blogspot.com/2014/02/slow-slow.html
takpe dear.... slowly pun ok...
DeleteKalau dah minat kita share untuk ilmu yg dipelajari....
ReplyDeletebetul tu... kak sukma...
Deletepaly pun minat gak.. !
ReplyDeleteContest SEO Muslim Niaga
ooo... bagus tu paly...
Deletetahniah kak mia...kalau dah minat...semua benda kita takkan fikir dah.. :D
ReplyDeletethanks sally... macam tu la kiranya...
Deletewah kak. Saya pun baru join dunia blogger. Suka singgah blog kak. Simple and best!
ReplyDeleteMeh lah singgah blog saya.
www.ianfaizal.com
www.tonton.ianfaizal.com
www.8share.ianfaizal.com
InsyaAllah saya akan sentiasa baca entry kak mia
terima kasih ianfaizal.... nanti bila senang2 kak mia akan ke sana...
Delete<333 qila pun minat baca blog kak miaa :D hihihi :D
ReplyDeleteterharunya.... thanks sangat2 ya qilah...
Deletebila kita suka..susah pun jdi suka,,
ReplyDeletebetul tu jie.... tq ya...
DeleteSharing is caring, that's what I found about blogging.
ReplyDeletethanks SD... yuppp... blog is more towards sharing experience, knowledge as well as others..
DeleteYeah... Sy pun krna minat dan suka berkngsi mka sbb tu lahirnya blog ni...
ReplyDeletesamalah.... terima kasih maria..
Deleteakak nie hapdet blog time x bz jaa..time bos otstesen, hehehe..klu x, memg besawang jelah...
ReplyDeleteBerblog memang terapi yang bagus..
ReplyDeletekita pun dah mula jatuh cinta pada blog..blog kak mia jadi inspirasi
ReplyDeleteAssalammualaikum... kak mia,
ReplyDeletemoga kak mia sukses berblog ..
pls: walaupun satu oum JB tp x pernah berjumpa ..
salam kak mia,sebab minat lah saya terus berblogging sehingga kini...
ReplyDeletetetiba rasa nak jadi protege mia jugak.... org yg tak lokek ilmu ni sgt disenangi org kan? alhamdulillah Allah kurnikan kita kebolehan yg boleh di share dgn org lain...
ReplyDeletekak mia... nak jadi protege boleh?? anyway... really need ur help kak mia untuk setting my blog balik biar tersusun. tak tau nak minta tolong siapa... sbb bab ni mmg emmy sgt slow. harap2 kak mia boleh bantu... huuhuhu
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah pagi Isnin Kak Mia...Diana mula suka dunia ni,..masa mula2 lagi join..suka baca entri yang menarik di setiap blog yang Diana singgah...
ReplyDeletesaya kembali aktif setelah kian lama buat blog tapi tak de upadte, dari blog akak la saya bnyak belajar belajar bnda baru, terima kasih kak, saya sangat hargai nya.
ReplyDeletebagusnya kak mia..
ReplyDeleteSebab minat jugaklah saya berblog ni ;D hee
ReplyDeleteassalamualaikum mia...bagusnya moga akan terus berblogging...;)
ReplyDeleteapakah resep biar blog ramai pengunjung?
ReplyDeletedari minat itulah kita boleh berjaya :)
ReplyDeleteSemoga menjadi inspirasi kpd semua blogger.. :)
ReplyDelete