Tak Jadi Outstation Ke Melaka


Setelah fikir masak-masak dan bincang dengan Bos Mia, nampaknya Mia tak jadi outstation ke Melaka minggu ini. Bukannya suka-suka buat keputusan ini, ada komitmen lain yang harus dibuat di pejabat. Bos Mia akan pergi seorang. 

Bayangkan Unit ICT ada berapa kerat je. Nampak macam tak ada kerja, tetapi sebenarnya ada. Cuma yang duduk kat Unit ini saja yang tahu betapa tunggang langgangnya kami. Nasib ada budak praktikal, kalau tak ada memang pengsan lah. Unit ini ada 4 orang sahaja tetapi nak cover pejabat-pejabat cawangan dan negeri satu Malaysia. Juruteknik seorang sahaja. Dah mohon pertambahan perjawatan tetapi tidak diluluskan. Mungkin sebab berada di aliran pertanian, kepentingan ICT itu tidak nampak.

Sedihnya, sebab itu Mia mohon kat tempat lain untuk kenaikan ke gred 41 sejak habis belajar jarak jauh di Open University Malaysia. Setiap hari berdoa tak putus-putus. Tahun ini nak cuba usaha lebih keras lagi. Tak mahu sampai ke tua dengan gred F29... Tolong doakan Mia ya....

cubalah duduk satu hari di Unit ICT... nanti tahulah  rasanya macam mana...

Post a Comment

39 Comments

  1. teringin juga nak berada di unit ICT ni even study engineering.Takde rezeki mungkin..Takpe Kak Mia,selagi terdaya do your best! Fiza doakan moga Kak Mia dapat dapat kenaikan nanti ye..aminn

    Bila ICT dah makin meluas digunakan,baru orang nampak kot kak.Kata dunia dah makin canggih dan berteknologi kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan fizah.... terima kasih ya sudi doakan kak mia.. amin...

      Delete
  2. sy pon tak nak duk kat ict dept...hheee...semuga segalanya berakhir dgn yg terbaik...

    ReplyDelete
  3. ada beberapa blogger wish birthday akak, harini birthday akak yer?
    Selamat Hari Lahir Kak Mia...
    Semoga diberkati umur,
    Dimurahkan rezeki
    Serta
    Dipermudahkan segala urusan...
    Insya Allah, aamiinn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp... hari ni birthday kak mia...

      amin... terima kasih ya..

      Delete
  4. hehehe...sama la yg macam dok construction HQ ni..hikhik :P

    ReplyDelete
  5. I wish u luck kak... usaha dan doa dan doa dan doa.. In shaa Allah apa yg kita impikan tercapai :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak mia, selamat hari lahir. semoga sihat selalu, sukses dalam hidup dan bahagia bersama keluarga tercinta :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila.... amin... terima kasih ya..

      Delete
  7. Semoga kak Mia berjaya..
    Amin..

    ReplyDelete
  8. moga sempena kelahiran kak mia hari nie ada rezki buat kak mia..kot2 dapat naik pangkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... nampaknya itulah harapan kak mia... tq ya asha...

      Delete
  9. assalamualaikum mia...moga sentiasa berjaya...:)

    ReplyDelete
  10. slmt hari lahir MIA ---- always happy with yr family

    ReplyDelete
  11. kite same F29 :) sedih bile org ckp IT xde keje. Sedikit tertekan. BTW Happy Birthday Mia!!Semoga rezeki F41 itu milik Mia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. kita berkongsi perasaan yang sama. thanks ya diana....

      Delete
  12. insyallah dengan berkat usaha akak, insyallah Allah permudahkan semua nya.. :-)

    ReplyDelete
  13. banyak karenah birokrasi dalam sistem perjawatan sekarang, tu yg dorang anggap ICT tak berapa penting.....

    ReplyDelete
  14. Insyaallah rezeki tu akan sampai suatu hari nanti..

    ReplyDelete