Idea Buat Puisi

Bila dibelek-belek kat SINI, dah banyak juga puisi yang Mia hasilkan. Bila dibaca tersenyum seorang. Ada antaranya yang berbentuk nasihat, membebel, luahan perasaan, memuji dan perihal persekitaran.


Alamak tiba-tiba terkesima. Tak tahu macam mana nak jawab komen dari Invisible Me dan MyCherita. Itu yang lambat dijawab.

Sebenarnya Mia pun tak tahu macam mana boleh berpuisi. Bila idea muncul, terus cepat-cepat buat entri draft sebelum idea itu hilang. Ternyata Mia hanya berpuisi sekadar biasa. Bukannya gempak sangat pun. Tapi Mia suka sebab ianya hasil Mia sendiri dan setiap puisi amat bermakna buat Mia.

Tips? Tak ada tips pun. Hanya untuk suka-suka dan hiburkan hati. Penggunaan perkataan yang simple tapi terkesan di hati pengunjung.

Terima kasih kerana sudi baca semua puisi Mia.

sebenarnya Mia segan... huhuhu

Post a Comment

38 Comments

  1. dulu selalu hantar karya kat majalah sekolah ae?

    ReplyDelete
  2. Saya pun kadang-kadang suka-suka juga buat puisi, tapi zaman sekolah dulu la...

    ReplyDelete
  3. awh T_T
    qila suka puisi hihiihihi nak try buat gak ah.
    tp confirm hancus hiks

    ReplyDelete
  4. puisi boleh menghiburkan hati yang berduka. boleh juga untuk menyindir :D

    ReplyDelete
  5. Hehe, kak Mia, saye buat puisi fail. Lagipun saye ni budak perempuan yang kasar sikit. Hehe.

    Jemput ke blog saye rasabagus.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. ilham dtg scra tba2 la ne???btl 2 kak Mia,kna tls cpt2 hlng nti.hehehehehe

    ReplyDelete
  7. saya memang tak reti PUISI...pantan ada lah reti sikit...hahahaha

    ReplyDelete
  8. Hehe. Terjawab. IM pun kadang-kadang menaip ala-ala puisi tapi tak tau lah jadi ke tak puisinya :p

    ReplyDelete
  9. Kalau dah minat. semua benda kita buat senang, tu yang xda tips tuh, kan, hihi

    ReplyDelete
  10. dulu sll jugak tulis puisi pndk cam mia ni. skrang x dak idea dah

    ReplyDelete
  11. teringat masa zaman sekolah dulu akak selalu tulis puisi dan pantun.... salin kat buku, pernah hantar karya kat majalah kuntum dan majalah dewan remaja....bila idea datang kena cepat-cepat tulis nanti hilang....hihi

    ReplyDelete
  12. Kdg2 puisi ni spontan je.. Tmbh2 bila dok layan perasaan..

    ReplyDelete
  13. akak memang ada bakat semulajadi..jika org mcm saya nie tiba-tiba nak buat puisi, memang pecah kepala nak memikirkan nya..3hari 3malam pun tak selesai.. tahniah kak, teruskan usaha akak,jgn sia-siakan bakat yang ada.. ( p/s : lepas nie boleh la cuba bidang tulisan lirik lagi pulak, mana tahu boleh jadi mcm LY dan BAIDURI pula.. ^_^ )

    ReplyDelete
  14. datang dari hati,proses melalui minda dan menterjemah melalui penulisan..nice :)

    ReplyDelete
  15. Hehe.. Eraz susah nak create puisi ni..

    ReplyDelete
  16. kadang-kadang idea tu datang, terus luahkan.. jangan disimpan.. :)

    ReplyDelete
  17. Puisi dpt memenangkan jiwa & merehatkan minda.. :)

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum mia...mama pun ada juga buat sikit2...

    ReplyDelete