Hati Ini Terlalu Sangat Kecewa


Sebenarnya kan... Mia terlalu sangat kecewa. Minta maaf jika entri ini terasa begitu personal. Entri ini juga bukan untuk menagih simpati sesiapa pun. Sila abaikan entri ini dan tidak perlulah membacanya. Ini hanya luahan dari hati Mia yang Mia rasa dah tak boleh tahan lagi kerja kat sini sebab ICT tidak penting dalam organisasi ini. 

Bayangkan kerja semakin lama semakin banyak. Nak itu.. Nak ini. Terbaru, nak guna door access dan attendance system. Tetapi orangnya hanya berapa kerat sahaja. Seorang pegawai. 2 orang penolong pegawai, seorang juruteknik dan seorang pembantu tadbir. Ditambah pula dengan kerja yang bukan ICT pun ada juga. Kenapa ya.. orang-orang macam ni asyik pentingkan diri sendiri. Tahu nak pc, notebook, kamera, ipad, internet, broadband. Pulak tu nak cover lagi satu Malaysia, bukannya satu pejabat. Banyak pejabat dan ada di kebanyakan negeri. Belum lagi dengan sistem-sistem yang ada yang perlu dimaintain. Dengan aircond bilik server yang uzur dan siling bocor. Belum lagi dengan peralatan ICT yang rosak, untuk dibaiki. Belum lagi rekod aset dan inventori untuk setiap peralatan ICT. Pengurusan stok juga. Laman web lagi. Rekabentuk grafik. Sistem emel. Buat bajet dan laporan. Sistem kad rawatan klinik dengan printer evolys yang asyik meragam. Tup-tup kena buat kad pekerja yang ada cip untuk door access. Bayangkan lah. Belum lagi kerja-kerja ad-hoc lagi. Buat video dan sound editting. Nasib ada pelajar praktikal. Itupun kena ajar mereka untuk bantu kerja-kerja Unit ICT. Kalau tak ada pelajar praktikal, tak tahulah nak cakap macam mana lagi...

Buat kerja memang ikhlas. Tetapi asyik ditindas buat itu. Buat ini. Seorang buat macam-macam benda. Tidak macam jabatan lain ada klasifikasi kerja tersendiri. Manalah larat, kan.. Bila bersuara untuk mempertahankan hak, tetapi tidak diendahkan. Dah buat penstrukturan semula kali kedua pun tidak berjaya. Gred E yang lebih diutamakan. Sangat sedih.

Setiap masa berdoa agar dapat kenaikan kerjaya ke gred 41 di tempat lain. Kat tempat sendiri dah terang-teranglah tak ada peluang. Nak tunggu berapa lama lagi. Sejak dari 2005 hinggga 2014. Gred F29. Mia dah cukup demoralise sekarang. Cukuplah sudah apa yang Mia alami ini. Dah tak tertanggung rasanya. Ikutkan hati, nak saja berhenti terus. Lebih rela kerja dengan sektor swasta. Bila dah terikat dengan pencen, macam inilah. Yang kaki bodek.. sedara mara.. boleh hidup senang lenang. Cepat naik pangkat. Yang boleh buat kerja, selamanya akan buat kerja.

Tolonglah bawa Mia pergi dari sini. Hanya blog saja tempat Mia mengadu. Dah mohon kerja mana-mana sejak 2012 tetapi tidak berjaya juga. Tahun ini tahun terakhir Mia mencuba. Kalau tak dapat juga, Mia terpaksa pergi mana-mana walaupun ke sektor swasta. Tak kisahlah kalau tak dapat pencen nanti. Yang penting Mia nak pergi ke tempat orang yang boleh menghargai ICT. Tahu kepentingan ICT.

Tiba-tiba teringat masa kerja kat Kuala Lumpur dulu di sebuah company cina yang sangat berprestij dan paling gah. Tak perlu Mia sebut di sini. Memang semua tahu company ini. Walaupun Mia seorang Melayu, tetapi layanan tetap mesra dan Bos Mia terlalu sayangkan Mia sebab semua projek yag susah, Mia boleh handle dan boleh belajar benda baru dalam masa cepat. Gaji pun memang tip top walaupun diploma lanjutan saja. Walaupun staf yang lain semuanya lepasan ijazah luar negara. Terlalu seronok sangat masa itu jadi Software Engineer. Bekerja dengan orang-orang ICT. I did really missed that moment. Bos Mia ada pesan sebelum Mia berhenti kerja dulu kerana dapat kerja kerajaan di Johor. "There could be sometimes. If it really exists in the future... If there is no one could ever appreciate you, dear.... Do come back. You are so precious to me. It's hard to let you go". Dia tahu kebolehan Mia ini boleh pergi jauh lagi. Terharunya. Jangan salah faham pula. Bukannya Mia ini bagus sangat. Mia suka berusaha dan belajar benda baru. Dari situ timbulnya pengalaman yang berharga dalam hidup ini.

Hanya blog saja yang boleh menggembirakan hati ini. Ilmu yang ada tidak pernah disia-siakan. Hati ini terlalu sangat kecewa di sini dan tidak boleh dirawat lagi. Sedang banyakkan istighfar... Mohon petunjuk dariNya...

luahan hati saja... usah dipertikaikan...

Post a Comment

34 Comments

  1. Itulah warna wrni khdpan..keep strong!!

    ReplyDelete
  2. Banyak sgt kerenahnya Mia...kerenah org, kerenah birokrasi...nilah jadinya bila benda simple org jadikan complicated. Yg jd mangsanya kita yg kena buat keje ni jugak...sabar yek Mia..

    ReplyDelete
  3. sabar ye mia.. ada hikmah disebalik setiap kesulitan.. insyaAllah ada sesuatu yg baik menunggu mia..=)

    ReplyDelete
  4. Alhamdillilah...satu ujian yang berat dapat mia tempuh...para nabi, rasul dan terutama Mariam ibu isa lebih berat lagi dugaannya. Tetapi mereka semua teramat tinggi darjatnya disisi ALLAH. Satu petikkan " kamu kata kamu beriman sedangkan kamu belum diuji" . Insya'allah Allah akan menghadiahkan sesuatu yang lebih berharga kepada mia. Aminx3

    ReplyDelete
  5. Menteri kangkung...ketua pengarah kangkung...guna kabel untuk kepentingan diri dan sedara mara. Kalau sedara mara...baru kerja 2 tahun dan tak reti buat kerja...bileh naik pangkat...kangkung betullah...

    ReplyDelete
  6. Kalau saya pun tension kerja macam tu. Sabar sajalah, Allah suka orang yang sabar ni :)

    ReplyDelete
  7. Jarang baca entri kak mia yang macam ini. Nampak sangat kak mia sedang bersedih hati dan kecewa. Kesian kak mia. Sabar ye, kak mia. InsyaAllah..moga Allah dipermudahkan segala urusan kak mia terutama hasrat kak mia nak dapatkan kerja baru tu.

    ReplyDelete
  8. Saya pun pernah kena macam akak ni. Dia tau kita boleh buat kerja...memang selamanyaaa buat kerja. Sampai satu tahap saya hilang sabar, saya resign dan terus sambung master. Bos sampai skrg email dok pujuk2 datang balik. Acaner tu kak?

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum sis miaa.. mm. Sis mia tabahkn hati mu.. even zara xbrada dlm keadaan sis mia.. zara doakn ktabahn hati kak mia ttp utuh d sana.. amin. Zara xtay nk kata cmana..hnya doa zara dpt kirimkn spy tekann sis mia bkurgn sdikit.. insyallah. .

    ReplyDelete
  10. hmm... they just don't know who they are messing with .. someone like u can survive and excel any where! cuma bertenang dulu...

    ReplyDelete
  11. be strong kak..lumrah hidup orang bekerja..kekadang diatas..dibawah...sabar ye kak

    ReplyDelete
  12. Same ape yg sy rase ict xpenting dimata mereka padehal gajet yg mereka gunekan based on IT jugak. Keep strong fren!!

    ReplyDelete
  13. inilah lumrah sebuah kehidupan. sabar dan tabah menghadapinya. Insya'allah pasti ada ruang terbaik untuk kak mia suatu hr nanti. Cepat atau lambat je. kita hanya merancang, tuhan yang menentukan segalanya

    ReplyDelete
  14. Beranikan diri utk mengambil langkah pertama ke fasa baru. Jgn mengharap pada orang yg tak tau menghargai, kerana rupanya diluar sana masih luas rezeki Allah sedia utk kita..

    ReplyDelete
  15. Be strong Kak Mia..Saya baca pun sakit hati. Lumrah bila kita cuma org bawahan. Pihak atasan mengarah sesuka hati tanpa fikir buruk baiknya sesuatu tindakan.
    Saya doakan semoga akak akan dapat kerja baru yang sesuai dengan kelayakan akak

    ReplyDelete
  16. ICT..it takes special agencies to appreciate that particular knowledge as someone like you can work out something outstanding work.like ur used to be employer :) or else,benda yang jadi sekarang pada Sis Mia , luas range tugas yang sis kena cover sorang2 dalam 1 masa.makan dalam.semoga bersabar sebelum ketibaan rezeki dari employer yang lebih profisien :)

    ReplyDelete
  17. Sometimes you can't see the outside from the inside, no matter how you try it. You have to get out first, only then you'll be able to see the world and the opportunities it offers. (apa yang kau merepek ni labu)

    Teringat lagu Celine Dion lak:

    I can read your mind and I know your story
    I see what you're going through
    It's an uphill climb, and I'm feeling sorry
    But I know it will come to you

    Don't surrender 'cause you can win ....

    ReplyDelete
  18. Semoga Allah sentiasa memberi ketabahan & semoga diberikan jln keluar yg sebaik2nya.. aamiin..

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum mia...sabar yer mia itu semua dugaan dan mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian itu...moga mia akan berjaya dimana saja jika mia bertukar kerja...be strong mia don't give up...

    ReplyDelete
  20. sedih baca luahan kak mia..moga Allah bukakan pintu rezki kak mia kat tempat lain insyallah

    ReplyDelete
  21. yang... apply post sementara utk projek AGF laa... nak pakai org tu...

    ReplyDelete
  22. Salam,

    rilex kak... mana2 pun ada ujian... bukan hidup kalau tak diuji... Let us count the blessing from Allah too...

    p/s: share with you dis "tot"... hope it helps u in some cure n healing ahead...
    ********************************************************************************************

    So should I be thankful for the good clothes I wear or the Gucci bag I carry? Maybe the good food I can eat? Oh wait, what about the opportunity to study at a reputable university or being employed at a good company? Hey, did I mention my caring and wonderful parents or my cool siblings who are my best friends? Hold on, I completely forgot about the blessing of Islam in my life; How Allah guided my heart to His path! AlhamdulilLah(praise be to God).
    Tired of counting already?!
    No wonder Allah said in the Qur’an that if we were to count the favors of Allah, we will not do justice to even one favor! (14:34)
    Yes, we are all struggling with something and I feel ya, my brother/sister in Islam. Maybe it’s been months and you are still looking for a decent job. Maybe you are a single brother/sister struggling to fight off temptations while there seems to be no progress in the ‘marriage’ part of your life and you are tired of searching for that ‘right’ person. Maybe you have been trying for years and still with no success in conceiving a baby. It could be anything. Anything that makes you feel that sense of unhappiness and dissatisfaction. A gap between what you desire to happen and what is happening in reality. And I feel your pain and I will never underestimate it.
    But brothers and sisters, I request you all to take concrete steps to change your situation. Do something about it right now! You know how?
    “…If you are grateful, I will surely increase you [in favor]…” (Qur’an, 14:7)
    Here’s how:
     Shift your focus.
     Pay attention to the wonderful things you have, as opposed to what you don’t have.
    Believe me, you will get lost in the counting of those blessings even if you’re a math expert!
    And then, when you genuinely appreciate the blessings you enjoy and, in turn, appreciate how Merciful He, your Lord, has always been to you, He will do as promised inshaAllah (God willing); He will increase you in various ways in life. Trust me, with a positive and grateful mindset, you will feel His barakah (blessing) in your life constantly and that will make you a much happier human being. You will enjoy the days and nights of this fleeting life that doesn’t want to slow down! You will kick away depression from your life and make way for activism and energy!
    And most importantly, you will be able to remember your Lord consistently and His consciousness will become ingrained in your lifestyle inshaAllah. What a wonderful way to worship the One to whom we owe everything!
    But then you might be thinking “how” exactly do I show this gratitude? Is it just repeating “thank you God” every time I buy a Louis Vuitton bag?
    That too and maybe something more. The best way to be grateful for Allah’s favors is to use them for things that make Him happy.
    So you’re good in accounting? Help someone to do their homework. You love writing? Use your beautiful words to inspire people to Allah’s deen (religion). Maybe Allah blessed you with wealth so you can buy all the good stuff alhamdulilLah. Why not buy something nice and gift it to a poor person once in a while? And you can be as creative as you want! The list is endless. But you get the point inshaAllah.
    Come on fellas. It’s time to be positive. It’s time to be grateful. It’s time to act.
    And always remember this motto no matter what you go through in life:
    “An attitude of gratitude is what is truly needed!” – Ustadh Nouman Ali Khan
    Stay blessed.


    ReplyDelete
  23. sabarlah kak mia.. sedih bila baca entry kak mia .. semoga kak mia mampu kuat untuk tempuhi ranjau kehidupan .. org lain tak akan tahu ap erti pengorbanan .. insha'allah allah akan beri kak mia rezeki di tempat kerja yang lain .. ameeeennnn... ;(

    ReplyDelete
  24. jangan stress sangat....akak pernah alami sebegini.......

    ReplyDelete
  25. berat rupanya... kita semua ada macam2 ketidakpuasan hati .... jgn kerana ujian yg satu ini kita lupakan segala nikmat yg lain... mengadulah dgn Allah, minta petunjuk dari Allah, minta kekuatan dari Dia... mengadu dgn manusai belum tentu dpt penyelesaian yg terbaik... be strong k...

    ReplyDelete
  26. bersabar kak dan berdoa.moga Allah SWT mempermudahkan urusan akak ye.dugaan itu ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  27. sabar kak..kat tempat saya ni pun mcm tu jgk, kadang-kadang sampai ambik EL untuk hilang kan rase tension.. apa yang kita boleh buat berdoa la pada tuhan, agar dipermudahkan segala nya..ok.. be strongg...

    ReplyDelete
  28. Staf ICT mmg tidak pernah mendapat layanan sewajarnya..di mana2 pun sama mia.Ana kat sini pun camtu jugakk hukhuk.

    ReplyDelete
  29. Be strong akak..maybe susah sekrg but senang kemudian ...

    ReplyDelete
  30. Be strong kak mia. Doa yang paling utama. ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kak mia. saya suka baca setiap entri kak mia. nampak kebolehan kak mia dari cara penulisan kak mia. Insya Allah, Allah always be there with those who always strong :)

    ReplyDelete