Bila Harga Naik...


Tahun 2014 yang begitu mencabar dan penuh rintihan. Semua harga naik. Lepas satu... satu naik. Sampai terasa apa lagi yang naik. Kalau difikirkan turun, entah bilalah akan turun. Memang mustahil.

Mana tidak sedihnya kalau harga petrol naik, elektrik naik, tol naik, gula naik, tambang bas sekolah naik, cukai pintu naik, tambang LRT naik, air naik, astro naik dan ditambah pula dengan GST. Yang paling terkesan harga ais pun naik juga. Jika dilihat semuanya ini, adalah keperluan asas kita setiap hari. Rutin yang memang sukar diubah tetapi harus juga buat perubahan untuk mengurangkan perbelanjaan, terpaksa pentingkan dahulu keperluan dari kehendak.

Bayangkan dengan hutang pinjaman peribadi, rumah, kereta, kad kredit dan PTPTN lagi. Belum ditambah dengan perbelanjaan anak sekolah. Agak-agaklah rakyat Malaysia nanti jadi apa ya... Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja? atau kerja sampai mati?

Betul-betul kena jimat tahun ini, kalau tak... nanti duit gaji yang ada tidak dapat menampung perbelanjaan. Mulalah buat perancangan bajet yang teliti. Semoga kita semua sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup ini.

sekadar luahan...

Post a Comment

65 Comments

  1. emmm...nak mengeluh pun kak..tak jadi apa...nie baru 2014..kalau dah 2020 nie kemanalah kita..

    ReplyDelete
  2. semua naik..xde yg trun pn..dpt brim pn same jee..kne bayar itu ini jugak ;(

    ReplyDelete
  3. memang semakin mencabar dengan kenaikan2 di tahun 2014 ni.

    ReplyDelete
  4. harapan sally, biarlah berat sally yg turun sbb kena cut makan..huhu ~

    ReplyDelete
  5. ngn kita2 skali naik darah naik hantu ,,,haha
    xpatot betul la
    semua naik tp gaji takat tu jah .
    kita plak kena cut cost mana yg perlu
    aigoooo ~~

    ReplyDelete
  6. hemm.. rasa mcm hidup terhimpit dengan harga barang yang melampau dan kenaikan macam2 menda.. dulu tak macam ni pun.. nampak sngat ADA MANUSIA yang kat ats tu tak pandai manage perbelanjaan negara.. tak rasa apa rakyat rasa..

    ReplyDelete
  7. sama-samalah kita mengharunginya dengan penuh kesabaran..huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. kehidupan masih diteruskan walaupun agak perit untuk ditelan... amboi bermadah plak... hehehe

      Delete
  9. tu lah...mcm mane lah gaji yang tak sampai 3k.Sampai naik poning kepala nak bajet2...

    ReplyDelete
  10. Betul2 semua NAIK ...
    Berat PON NAIK hahahahhaa ...
    Asyik duk pikir2 jadi lapar ...bila lapar byk la makan ..
    Badan pon NAIK hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat naik takpe... jangan darah yang naik.... huhuhu

      Delete
  11. semua da naik..agak tertekan sikit memikir bajet bulan ni huhuhu

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mia....harga naik kena juga hadapinya tapi kenalah kita bajet2kn perbelanjaan harian kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... haah tu, kita kena kurangkan yang tak perlu..

      Delete
  13. memang terasa sangatttt...duit poket anak2 pun naik..kesian jugak kat diarang ..harga makanan kat kantin pun naik!!

    ReplyDelete
  14. dah takleh nak bajet sangat dah. Kalau nak bajet bolehla, makan kayu ngan batu tu baru betul2 bajet hehe. Ini pun luahan kenit jugak ni :D

    ReplyDelete
  15. x boleh buat apa..
    hanya mampu membayar sahaja.
    mungkin sabar kali ni ada berkat tahun akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap tahun depan ada berita yang menggembirakan..

      Delete
  16. tulah pasal.. student mcm aku ni dh la x kerja. mana lah aku nak cari duit. :'(

    ReplyDelete
  17. Ini lah akibat.. Benda ni nampak awal, tapi buat-buat tak nampak..

    ReplyDelete
  18. saya bila fikir pasal hal rasa macam takleh nak tido

    ReplyDelete
  19. Sepanjang hidup menanggung hutan je kan.. org kaya berada ni mungkin tak terkesan sgt. Tapi bg kita rakyat marhain ni... berat sungguh kak mia =(

    ReplyDelete
  20. Nak tak nak terpaksa mengadap nak buat macam mana...tunggu dan lihat moga ada berita baik kemudian nanti...

    ReplyDelete
  21. Tahun 2014 perlu kerja lebih kuat kaalu dah semua harga naik.

    ReplyDelete
  22. Mmg betul.. bila naik kali ni, mcm semuanya nak naik.. mcm berantai2 pulak.. mmg agak membebankan..

    ReplyDelete
  23. bila semua naikk...produktiviti pun kne meningkat :D

    ReplyDelete
  24. jangan lupa gaji tahun lepas naik dua kali hehehe

    ReplyDelete
  25. Huhu . Coki2 dulu 20 sen sekarang 30 sen :((

    ReplyDelete