Jadilah Blogger Yang Positif


Bila dah ada blog, kenalah jadi seorang yang positif. Buat entri di blog pun biarlah berunsurkan positif barulah pengunjung suka nak datang. Akan terasa cerianya blog kita nanti. Satu lagi pengaruh blog sekarang ini sangat besar, boleh menjadi ikutan kepada pengunjung. Kena sentiasa berhati-hati ketika menulis blog dan pastikan mesej yang hendak disampaikan haruslah jelas dan secara positif supaya tidak menyinggung mana-mana pihak atau orang lain.

Kenapa ya Mia katakan begitu? Sebab dari penulisan positif kita ini lah, pengunjung boleh jatuh hati dan terpikat dan terus asyik nak datang sahaja. Secara tidak langsung turut mempengaruhi mood pengunjung supaya selesa dan senang bila lepak di blog kita.

Bayangkan kononnya kita pergi ke satu blog. Penulisannya ada unsur negatif, tentu kita rasa tidak seronok nak baca dan terus nak buka blog lain, betul tak? Rasanya tentu faham negatif yang macam mana, bukan? Macam ceritakan keburukan dan keaiban orang, kisah yang belum tentu sahihnya, gossip liar, penggunaan ayat yang kurang sopan ketika menulis dan lain-lain lagi. 

Nampak tak? Betapa pentingnya penulisan yang positif untuk tatapan pengunjung. Blog ini ibarat pengganti diri kita ini dalam dunia digital yang tersangat luas. Ironinya, mencerminkan keperibadian dan ketrampilan diri seorang blogger.

Jadikan dunia blog ini penuh dengan penulisan positif yang dapat membantu dan menceriakan pengunjung mencari maklumat di blog kita. Walaupun entri di blog kita ringkas mana pun tetapi jika ianya positif tentu akan bagi impak yang besar kepada pengunjung. Menulis dari hati yang ikhlas, penuh penghayatan dan luahan tersendiri.

Sentiasa positifkan diri.. Bila kita positif, penulisan blog juga akan jadi positif dan pengunjung pun akan rasa positif. Akan wujudnya komuniti yang positif..... barulah aman dunia blog ini...

entri membebel ni... rasanya... huhuhu...

Post a Comment

77 Comments

  1. setuju dengan entri kak mia ni, kita kenalah berblogging secara sihat ye tak??? hurm, yang lain2 tu x dapat nak komen kot, tulis entri2 negatif mungkin rasa dah best habis dah tu untuk tarik pengunjung...

    ReplyDelete
  2. akan sentiasa positifkan diri dalam berblogging...

    ReplyDelete
  3. love it ! suke yg positif.. :) kdg ta suke juga blogger yg cerita pasal artis sbb tak sedar boleh buka aib org tu sbnrnye :) share yg baik baik lg elok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat yang baik.. malah dapat pahala lagi.. ;)

      Delete
  4. positifkan diri dalam segalanya..ex: sejak buat business, saya selalu nampak potensi ramai orang utk berjaya..sebelum ni ada fikir negatif skit pd orang tp sekarang, bila kenal seseorang saya akan automatik cari kebaikan/positif tentang dia..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok blog maya pun rasa positif... terbaik...

      Delete
    2. tq mia..blog mia pun sgt best..mesti excited nak tgk kalau ada entry baru..:)

      Delete
  5. Assalammualaikum...kak mia,

    entry membebel kurang lebih lah tu..bg mselim3 negatif atau positif terletak pada blogger itu sendiri. Jika berfikiran positif insaallah positif lah .. hidup ini.

    mselim3

    pls: kena fikir yg baik3 aje... x mahu yg negatif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mselim... terima kasih ya. memang itulah yang sebaiknya..

      Delete
  6. take note kak mia.
    kurangkan engatif,
    tingkatkan possitif,
    berdiri di atas blog sendiri..
    hahaha..

    ReplyDelete
  7. salam sis, saya pun tak suka baca blog yang banyak sangat negatifnya. suka mende2 positif jek. :)

    ReplyDelete
  8. kita masih baru dlm dunia bloger..byk perkara yg perlu di belajar dlm penulisan blog..inshaallah be positif

    ReplyDelete
  9. agreed on this...penulisan yang selalu sangat negetif boleh membuatkan orang makin lama makin bosan apabila membaca entry kita...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. betul sis..bahasa kita cermin diri kita..gunakan kata2 yang baik dan jangan mencarut.walaupun entri kita macam entri lepas geram tapi cubalah gunakan bahasa yang baik.

    ReplyDelete
  11. couldn't doubt anymore. =) thank you for advise. jemputlah singgah blog kita kak mia hehehe =)

    ReplyDelete
  12. peringatan yg amat berguna...tq kak mia... saya perlu positif selalu....

    ReplyDelete
  13. yang penting blog biar ada isi yang positif...jangan mengarut yang bukan-bukan....

    ReplyDelete
  14. betul tu kak mia...terus trg..sy kurg berminat jika blog tu terlalu peribadi... sy mgkin tgk saja...tpi tak kan, tgglkn komen...

    ReplyDelete
  15. saling ingat mengingati.. terima kasih kak..

    ReplyDelete
  16. betul tu .. tapi setakat ni kite tak pernah lagi buka blog yang berunsur negatif .. :))) semuanya baik-baik aje ... alhamdulillah ..

    ReplyDelete
  17. Setuju dgn sis :D Positive is the best! :D

    http://ourrandomrainbow.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. setuju kak mia..:) kena sellau positif barulah kita pun senang hati nk bw..:D

    ReplyDelete
  19. blog berunsur negatif? cmne tu huhu.. x pnah g jumpe blog yg negatif..yg baik2 je stakat ni..amboi entry mbebel..

    ReplyDelete
  20. hmmm..sy setuju dgn pendapat tuh... nak mintak tolong sikit.. tolong follow blog baru saya... In Shaa Allah...masih dalam proses memeriahkan blog itu sbb masih takde followers.. klik link http://nurarsyikaizam.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. betul tu.. penulisan blog memang memainkan peranan penting kepada pembaca kerana penulisan mampu mempengaruhi pembaca.. blog ni banyak cabang..ada yang menjadikan sebagai diari ada juga yang jadikan sebagai medium untuk menyampaikan info.. penulisan negatif itu mungkin sebab terlalu bwkkan emosinya..

    ReplyDelete
  22. fikiran dan jiwa yang positif akan hasilkan penulisan yang positif..insyaAllah, CN cuba hasilkan entry yang positif dan mendatangkan pahala kepada kita ;)

    ReplyDelete
  23. Positive people will bring positive impact...hehe...sokong entry kak mia..hehe

    ReplyDelete
  24. Betul tu sis.. Mieza pun masih lagi belajar mempositifkan diri dalam menulis di blog.. Paling getik nak masuk baca ialah entri jiwang2 cerita hal pakwe makwe la, dating2 la.. Terus tekan butang pangkah.. Huhu..
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu nanti mieza... kuatkan semangat untuk menulis...

      Delete
  25. True and True...sgtlah true ape akak ckp tu..x leh nak pertikai lagi
    Apa yg ditulis mencerminkan hati dan perasaan seseorng

    ReplyDelete