Botol Air Sofea


Sofea ke taska sekarang bawa botol air. Bagus botol air ini jenis Swordman dan yang paling penting sekali ada BPA Free. Memang Sofea tak habis minum bila ambil dia dari taska selepas Mia balik kerja. Tidak mengapa asalkan dia ada minum.

Kalau air masak susah sedikit nak diminum. Tetapi kalau air manis laju betul dia minum.

Botol ini digunakan khas untuk air masak sahaja. Nak galakkan Sofea minum air masak dengan botol ini. Senang dia nak minum sendiri...  (^_^)

ayahnya belikan kat JUSCO Bukit Indah...

Post a Comment

25 Comments

  1. bgos btul mak sofea..
    galakkn amalan hidup sihat ketika muda...

    ReplyDelete
  2. galakkan kanak2 minom air masak memang baik...

    ReplyDelete
  3. teringat zaman sy kecik2 dulu..bawak air dlm bekas ultraman... :-)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mia....betul tu air masak baik utk badan...eloklah buat sofea amalkn meminumnya....

    ReplyDelete
  5. Sama dengan Arol waktu sekolah dulu. Air masak selalu tak habis minum, kalau air manis confirm habis. Kadang2 bawa 2 botol air, air masak dan manis. :D

    ReplyDelete
  6. Sya pun sllu je bwk botol air ke mana2..dah jd kebiasaan plak.hehe

    ReplyDelete
  7. saya bawa botol air sejak dari tadika sampai sekarang.. hehehe.. botol pun, botol budak2 tau, siap ada gambar kartun ....
    air masak baik untuk melancarkan pemikiran otak..

    ReplyDelete
  8. Masa sekolah2 dulu suka bawa botol air yg fancy2. Hehe

    ReplyDelete
  9. fae punye gambo ben10 haha dah nak masuk 22 masih minat katun haha

    ReplyDelete
  10. Bekas air anak2 sekarang macam2 rupa dan harga pun mahal. Lepas tu asik lah tertinggal kat sekolah..Anak oh anak

    ReplyDelete
  11. goodddd
    jemput join

    http://www.iuzira.com/2013/12/rrww-bridetobe-blogger-contest-2013.html

    ReplyDelete
  12. Wahh.. bagus utk Sofea tu.. air masak mmg bagus utk kesihatan. :)

    ReplyDelete
  13. wah..memang air masak bagus utk kesihatan kita..

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum..kak mia,

    hahhh.. beli kat mana ? Jusco bukit indah mcam dekat dgn tpt tinggal mselim3..huhuu

    mselim3

    ReplyDelete
  15. masa kecik2 macam ni dah kena galakkan minum air kosong dari air bergula yg lain.. baru sihat..

    ReplyDelete
  16. BPA Free memang sangat-sangat penting..

    ReplyDelete
  17. bgus... menggalakkan anak2 minum air dan bawa air ke sekolah...biasakan dr kecik kan... :)

    ReplyDelete
  18. Mieza kat umah ni pun memang selalu standby air masak dalam botol air sendiri.. Hehe.. Letak kat ruang tamu.. klu tetiba terasa haus, boleh terus minum.. Minum air masak dari gelas macam kurang feel jer.. Heehihuu..
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. bagus tu, galakkan sofea minum air masak..lebih sihat :)

    ReplyDelete