Azam Yang Tidak Tercapai Tahun Ini

Sebenarnya agak sedih Mia nak tulis entri ini. Nak-nak bila cerita bab azam yang tidak tercapai. Namun begitu, Mia cerita jugalah. Harap azam ini akan tercapai pada tahun hadapan.


Peningkatan kerjaya kepada gred 41 setaraf dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda masih lagi tidak berjaya walaupun dah buat banyak permohonan. Sedih ni. Biasalah, kalau pengambilan baru jawatan tentu akan lebih utamakan pemohon yang baru lepas graduasi. Kita ini, dah tua-tua baru nak mohon, memang harapan agak tipislah walaupun keputusan cemerlang. Kalaulah di tempat kerja sekarang ada gred kenaikan pangkat, sudah tentu Mia tidak perlu susah payah mohon di tempat lain. Sedih ni.  Diakui memang susah nak mohon jawatan di dalam sektor awam, terpaksa bersaing dengan yang lain. Tahun depan, 2014, Mia akan cuba lagi buat permohonan baru dan berusaha mencari jawatan kosong di mana-mana agensi dan jabatan kerajaan.


Hati ini sentiasa meronta-ronta nak sambung belajar. Tetapi komitmen masa dan faktor kewangan banyak mempengaruhi supaya Mia tangguhkan dulu hajat di hati. Nampak gayanya tahun hadapan, kalau masih tidak dapat peningkatan kerjaya kepada gred 41, rasanya lebih baik Mia sambung lagi belajar ke peringkat yang lebih tinggi yang lebih menjurus ke arah bidang pendidikan. Itulah jiwa Mia sebenarnya. Jiwa seorang pendidik. Memanglah nampak macam mudah bila sambung belajar, itupun kalau sepenuh masa. Cubalah separuh masa, mahunya tidak terkejar komitmen kerja, keluarga dan belajar. Hanya yang tabah, kental dan bersemangat waja sahaja yang boleh hadapinya.

Nampaknya... itulah azam besar Mia tahun ini yang tidak tercapai. Harap dapat tercapai juga salah satu atau kedua-duanya pada tahun hadapan...

luahan perasaan yang sedih....

Post a Comment

45 Comments

  1. Harap tahun depan ni nanti tercapai azam kak Mia tersebut.. :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sayang lah pula... bila dah kerja kerajaan ni.... itulah dilemanya...

      Delete
  3. Assalammualaikum.. kak mia,

    mselim3 dan kak mia graduan daripada universiti yg sama.. insaallah jika ada rezeki tak ke mana mselim3 pun baru aje konvo tu hari 14-12-2013. Dah mohon SPA. takper tunggu, zaman sekarang graduan sarjana muda dah terlalu ramai dan bersaing.. xper sama2 moga berjaya nanti..k.

    mselim3

    pls: cuba kak mia test sektor badan berkanun..contohnya SAJ,KWSP, dan TM kekadang dia orang ada offer jawatan kosong .. biasanya tak offer kat SPA.. biasa lah close department.. cari kat google insaallah ada tu hari ada jumpa byk cuma tak sempat mohon..guna keyword kat google " iklan jawatan kosong di sektor badan berkaunun" atau "iklan jawatan kosong sektor kerajaan".
    Kalau dah jumpa jgn klik pada pautan tu tapi pergi direct pada website... jabatan atau agensi tu..k.

    wassalam.. sama2 membantu kekawan..sebb mselim3 pun cubb mohon. buang2 borang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.... terima kasih banyak-banyak ya mselim. kadang mia sibuk, tu yang tak sempat nak cari secara detail sangat.... huhuh..

      Delete
  4. semoga impian Mia tu akan berjaya di tahun 2014 nanti

    ReplyDelete
  5. Kak Mia, jangan putus asa ya. Saya yakin rezeki akak ada. In Shaa Allah, peluang untuk akak akan muncul juga

    ReplyDelete
  6. hai akak..kalau ada masalah kulit muka..
    jum tgk entry saya
    http://akusentuhatimu.blogspot.com/2013/12/product-untuk-mengurangkan-kedut-usia.htm

    ReplyDelete
  7. Moga berjaya tahun depan Kak Mia. Rezeki Allah tak siapa yg tahu :)

    ReplyDelete
  8. Salam singgah kak mia, hmm..begitulah hidup orang berkerjaya kan? Jiha belajar lagi. :)

    ReplyDelete
  9. azam tahun ni byk juga leeza tak tercapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... tentu sedih tu.. takpe leh bawa ke tahun depan...

      Delete
  10. moga segala impian mia akan tercapai..yg penting ada action..boleh punyerla..hihi

    ReplyDelete
  11. semoga impian kak mia tercapai yer..xpe, doakan jer..timm yg tgh study ni pun risau meh nk keja nnti..huhu..

    ReplyDelete
  12. semoga impian mia tercapai...kita dah usaha,sekarang serahkan je pada Allah s.w.t...jangan sedih2 ye mia..

    ReplyDelete
  13. INSYA ALLAH, ada hikmah semuanya jika kita bersabar dan cuba untuk bersyukur apa yang ada,. Kadang2x benda yang tak disangka akan datang dalam hidup kita tanpa kita sedari.

    ReplyDelete
  14. Insyaallah Kak Mia, akan sampai rezeki tu.. Sambung master pulak jom..

    ReplyDelete
  15. In shaa Allah.. mungkin masanya belum sampai namun pasti boleh tercapai.. aamiin.

    ReplyDelete
  16. As-salam mia..farzana ni..mia seorang yang cekal dan kuat semangat..sy percaya impian mia akan tercapai jua akhirnya bukan untuk tahun ini tapi untuk masa akan datang..insyaALLAH..."Believe in yourself and all that you are..know that there is something inside you that is greater than any obstacle"...pinjam kata2 motivasi daripada Christian D. Larson

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam farzana.... terima kasih ya. terharu sungguh dengan kata2 motivasi itu...

      Delete
  17. Huhuhu..samalah kita mia.Interview F41 aritu pn tak lepas.Dgr cite dorg utamakan yg fresh graduate..bkn calon KPSL.Lagi satu, kalau KPSL ,JPA tgk gak tahun grad tu..dorg prefer yang dah lama grad.Kalau baru grad mcm kita ni bolayannnn ler jwbnye.Ni info dr kekawan jer..taktau lah betul ker tak.Sedih gak blajar partime ssh payah tp bila nak apply keje mcm tak dipandang jerk..bertabah ajelah hati.Ada rezeki lg nanti..insyaALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia jawapannya... memang cukup menyedihkan... kena banyak bersabar... huhuhu

      Delete
  18. wahh..tapi sama la kita ada perbezaan sikit la. apapun gud luck kak, semoga tahun depan berjaya aamin

    ReplyDelete
  19. All the best kak mia..moga impian kak mia tercapai next year.InshaAllah..aminn

    ReplyDelete
  20. kak mia nk jd pendidik ye..apa kata kak mia apply utk jd pensyarah politeknik & kolej komuniti di jobsmalaysia.gov.my dibawah suruhanjaya pendidikan malaysia utk gred DH41.. In Shaa Allah mana tau rezeki kak mia nti..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear... kak mia dah mohon dah ni...

      p/s: mood suka..

      Delete
  21. Salam puan mia. Sy ain. Tahun 2014 ni sy baru nak amik degree dlm it untuk oum. Kalau sy nak ouan jadi mentor sy dlm perjalanan belajar sy boleh ke? Sy dah berkahwin dan ada dua anak.

    ReplyDelete
  22. In Shaa Allah, tahun 2014 lebih kejayaan dan semoga tercapai segala impian...

    ReplyDelete
  23. semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini buat kita semua kak.. apa yg tak tercapai pada tahun ni, mudahan kita perolehi di tahun hadapan. huhu

    ReplyDelete
  24. semoga apa yg k.mia hajati akan tercapai tahun depan, InsyaAllah..:)

    ReplyDelete
  25. the keyword is: CABLE. thats all. percaya atau tidak, itulah realitinya.

    ReplyDelete