Petang tadi Mia sampai di Kuala Lumpur. Esok Mia ada mesyuarat di LKIM Puchong, Selangor. Selepas check-in hotel mulalah Mia menjalankan misi hari ini untuk beli baju kemeja Suami Mia. Tiga helai sahaja. Tidak boleh lebih-lebih walaupun murah macam mana. Kuatkan semangat berjalan kaki melangkah ke SOGO sendirian dan bila sampai.... ohhhh tidakkkk...
Bayangkan betapa kuatnya dugaan ini bila tengok angka 70%.. 60% off discount. Terlebih cuci mata. Mujur cepat tersedar sebelum tershopping beli barang lain yang tiada dalam senarai.
Kena fokus dan jangan pandang belakang, kiri atau kanan. Mia terus ke tingkat atas ke bahagian baju lelaki. Mia cari Ambrosetti Men Swear dan mulalah cari saiz XL untuk Suami Mia. Bukannya tak mahu jenama lain, masalahnya Suami Mia ini American Size. Kadang saiz XL untuk jenama lain, tetapi bila pakai nampak sempit dan sendat. Paling best sekali... mesti dapat teka... Kebetulan Ambrosetti Men Swear sedang diskaun 70% dan dapatlah harga RM 29.97 sehelai. Murah dan berbaloi. Kat Johor Bahru susah nak dapat harga ini. Setelah dibelek-belek dengan sepuasnya, maka inilah hasilnya...
3 helai kemeja lelaki
Suami Mia memang suka dengan warna lembut dan bercorak kotak. Sejuk mata memandang katanya. Alhamdulillah... misi hari ini telah terlaksana dengan jayanya.
isteri kena tahu saiz baju dan citarasa suami....
29 Comments
Wah sale di sogo diskaun sehingga 70% memang berbaloi baloi
ReplyDeletePergh, 70% tu kak mia.. kalau saya mmg dah tewas.. haha
ReplyDeleteWah sale disana disini. Tak sbr nak terjah next month.hee.
ReplyDeletedah 2 kali gi sogo sepanjang sale kali nie sampai 10hb 11 . Tapi masih belum beli yg berkenan sebab staff sogo suh tunggu bulan 12 lgi sale gegiler , yg xde sale pun akan sale jugak
ReplyDeleteSale di sogo mmg berbaloi.. kualiti mengatasi harga.. :)
ReplyDeleteseronoknya kakmia shopping!^^
ReplyDeleteSogo mmg tgh sale nih... Selamat bershopping kak mia...
ReplyDeletealhamdulillah..nasib kak mia cepat tersedar daripada pukauan sale di sogo ye..hehehe..
ReplyDeletewow! sale lg skang?! Muahahaha..
ReplyDeletekak mia kat KL eh..
memang rambang mata kalau tenguk sale macam ni...
ReplyDeletesales lagi....
ReplyDeleteKat sogo mmg murah tp ya ampun... mmg malas nak melangkah masuk sogo sbb manusia ramai sgt... tak sanggup rasanya... walhal opis dgn sogo naik moto 5 minit jer.... jln kaki pun boley tp penat la skit...
ReplyDeletek.mia hati2 yer..sbb ada orang yang potong handbeg kita semasa kita sibok shopping kat tengah 2... sbb kat area tengah 2 satu lagi x ada CCTV ....kepada yang shopping 2 hati2 yer
ReplyDeletesogo slalu buat diskaun ni..tu yang best..tp tak pernah pergi lg..sedeyyy :(
ReplyDeleteAssalammualaikum...kak mia,
ReplyDeletewah.. meriah nyer shopping..best nyer. Bila masa mselim3 nak gi sogo nie...
mselim3
pls: ada masa nak gi gak dgn isteri TERCINTA...
kakak2 nana suka shoping kt sogo ni...ada warehouse je time gaji tu mesti g:)
ReplyDeletedah lama tak pergi ke sogo tu...geram tengok 70% tu kak mia..
ReplyDeletewah..bestnya..:)
ReplyDeleteSalam Ma'al Hijra Mia...^^
ReplyDeleteSeronoknya pergi shopping kat Sogo.....seronok lagi kalau dapat berjumpa dengan Mia, sebab baru semalamkak Ummi pergi Sogo..... ^^
Haha! Sogo tak tau time bila tak sale.. Tiap2 minggu sale kot.. Kalau duk sanan memang tak sah kalau tak jalan2 cuci mata kat Sogo ni.. Rambang mata dibuatnya.. Hehehe..
ReplyDeleteMieza Suri Shaklee
sentiasa ada sale di SOGO ni
ReplyDeleteseronokkan...lagi seronok dpt beli brg utk org tersyang
ReplyDeletekita bljr kat KL, tp sogo tu tak smpai lagi. hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum mia....bestnya bila ada sale mcm ni ...mmg murah harganya...
ReplyDeleteaduh....salenya buat aku gila kejap....memang berbaloi-baloi.....
ReplyDeletewow...momoy baru je shopping balik kl last week
ReplyDeleteseronoknya shopping. mesti seronok abg mail dapat hadiah baju kan
ReplyDeleteLast kursus pun, Eraz sempat ke sana..
ReplyDeletepernah pergi bulan puasa kak.. org semua nak shopping raya.. berpuluh kali lagi sesak dari yg dalam gambar tu.. huhu.. mcm nak pitam pun ada.
ReplyDelete