Tidak dinafikan sekarang ini dah banyak sangat blog baru yang memeriahkan dunia blog. Macam-macam jenis blog pun ada selain dari blog personal, ada juga blog artis, blog informasi, blog agama, blog sukan, blog shopping dan lain-lain lagi.
Sedihnya... ada sesetengah blogger yang mengambil hasil penulisan orang lain tanpa dinyatakan sumbernya. Ini akan mengundang kemarahan kepada tuan punya penulisan tersebut. Bayangkan kalau anda mengambil masa yang lama untuk menulis satu entri yang berkualiti dan tiba-tiba hasil anda itu di copy paste oleh orang lain, dahlah tanpa kebenaran, ditambah pula dengan tidak nyatakan sumber dari blog anda. Tentu geram bukan?
Mia pun pernah lalui keadaan seperti ini. Memang cukup perit. Yang penting apa yang Mia nak sampaikan di sini. Hentikan kegiatan copy paste seratus peratus dari entri yang asal. Cubalah buat entri sendiri, anda mungkin boleh dapatkan idea dari entri tersebut tetapi karanglah entri ikut olahan dan pendapat sendiri. Mungkin mula-mula akan berasa kekok tetapi bila dah biasa ianya akan mudah dilaksanakan.
Dinasihatkan sekiranya ingin juga buat entri copy paste, cubalah buat ayat sendiri di perenggan pertama dan barulah masukkan entri copy paste. Jangan lupa untuk nyatakan sumbernya sekali.
Seharusnya kita berbangga dengan penulisan entri di blog kita yang tidak sehebat mana tetapi ianya terhasil dari luahan hati kita sendiri. Kita yang mengarang dan hasilkannya sendiri. Tidak ada entri blog lain yang akan sama dengan entri kita. Walaupun entri di blog kita tidaklah berjela-jela panjangnya, tetapi itulah hasil kita yang original. Tidak kisahlah kita update kisah apa di blog asalkan ianya datang dari kita sendiri. Barulah timbul rasa kepuasan berblog. Kepuasan inilah yang dicari sebenarnya dan juga penyuntik semangat untuk kita berblog secara harmoni.
Sekadar pandangan Mia. Belajar dari kesilapan dan pengalaman. Berubah demi kebaikan dan peningkatan prestasi blog kita.
Hanya satu sahaja yang boleh copy paste.... hmmm segmen copy paste lah.... (^_^)
27 Comments
setuju sangat. tak eloklah kan main copy entry org. biarlah karang entry sendiri. mungkin tak seberapa pada mulanya, tapi lama kelamaan kita akan karang dengan lebih baik. :)
ReplyDeletebetol2 mla2 memang la sush..tp lma klamaan kta akn dpt hsilkan entry yg bgus :)
ReplyDeletesetuju... penat2 buat entry,orang lain copy macam tu je... hmm
ReplyDeleteBetul tu,manfaatkan sebaik mungkin wadah blog terutamanya untuk menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar,berkongsi ilmu agama,nasih-menasihati kearah kebaikan. buatlah entri bukanlah untuk menunjukkan kemegahan diri,tapi merasa rendahlah untuk menyampaikan ilmu Allah..InsyaAllah,moga kita diberkati..
ReplyDeletebetul cakap kak mia
ReplyDeletemungkin pd awalnya mereka yg baru berblog belum tahu etika sebegini
pd yg sudah mengerti etika copy n paste, harus berubah
hormat karya org lain
yumida ske segmen kod kopi n pes kak mia, memudahkan peserta utk join
betul3x kena fikir apa kita nak share kat blog kita, tak semua org suke ngan gaya penulisan kita so lau nak org suke kena improve la, copymeowmeow nie leh tapi olah balik la buat ayat sendiri, kita xperfect belajar lah practice makes perfect kata orang kan, jgn give up taip jer apa yg korang asa nak taip, tu korang punya blog lau xde orang kte baca sendiri dah lah apa susah, blog kita kan ibarat bumi ini aku yg punya, so letak jer ape2 korang nak letak tapi jgn yg pelik2 kan kena hentam xsudah hehehe......komen punya panjang tapi blog sendiri ntah apa hehehe sy xkisah nanti saya improve lagi yer.....bajet ramai follow kehkehkeh
ReplyDeletehehe betul tu hanya satu je boleh segmen copy paste..:)
ReplyDeletebetul..betul..setuju sangat..kalau nak copy paste pun,cuba olah jugak pakai ayat sendiri dan jangan lupa letak sumbernya sekali...itu lah nama nya blogger..penulis dan penaip yang punya idea sendiri..hehehehe...
ReplyDeletebetul2..nak copy paste pun biar la berpada...tak boleh tahan claim sbg hasil sndri..tak bg credit kat owner..tak baik2..
ReplyDeleteEntri yang baik...peringatan buat semua blogger.
ReplyDeletepenah kena camni..dah la blog yang copy paste tu kira blog di kenali ramai..bila SB buat reminder baru la nak kasi tau mana sumber dia cedok resepi tu..
ReplyDeleteAda pulak gitu ye Mia...
ReplyDeletesalam..emmmm..tol2..kalau copy bole tapi make sure mention sources or credit..:-)
ReplyDeleteso far rasa nye takde sape lagi yg pernah copy entry zyra,,hehe maklum lah blog zyra pon tak seberapa,apatah lagi entry..
ReplyDeletebetul tu kak mia.. masa mula-mula berblog dulu rasa kekok juga hendak menulis entri menggunakan ayat sendiri.. entri aiza banyak berkenaan personal, pasti tiada orang yang nak copy..
ReplyDeletenice reminder
ReplyDeletekalau nak copy pun nyatakan lah sumber. Kesian kat tuan asal entri tu. penat2 dia perah otak hasilkan entri tapi org ambik mcm tu je.. huhu
ReplyDeleteT kasih diatas perkongsian.. mmg letih klu hasil di copy paste.. sedih.. Sy setuju.. :)
ReplyDeletesangat betul apa yang kak mia katakan itu ..sokong
ReplyDeleteIda pun selalu gak copy paste tp ida pasti akan letak sumber sekali. Tetapi pandangan Ida berbeza pula...harap kak mia jangan kecil hati ya... pendapat ida harapan ida...ida sebenarnya tak kisah seandainya ada orang hendak copy paste atau ambil apa2 gambar menarik dari blog ida kerana niat ida menulis hanya kerana Allah. Tujuan ida hanya untuk berkongsi. Ida abaikan segala penat lelah kadang2 ida buat entry gambar2 menarik tu sehingga berjam2 untuk dikumpulkan dan menjadi satu entry yang menarik dan ida amat berbangga jika gambar tersebut berada di blog orang lain mahupun di fb. Selagi cerita dan kisah2 baik yang kita paparkan dijadikan pengajaran dan di sebarkan di alam maya (umum) selagi tulah kita mendapat pahalanya.... anggaplah ia sebagai amal jariah kita. Tak payah letak sumber pun takpe kerana Allah lebih mengetahui. Maaf sekali lagi jika kak mia terganggu dengan komen ida ini ya:)
ReplyDeletebetoi2..
ReplyDeleteletak sumber tu mmg sally sokong :)
ReplyDeleteEraz pun tak suka copy paste.. Pernah jumpa orang copy entri Eraz 100 %..
ReplyDeleteterkena gak...selalu copy paste mengenai sesuatu fakta negara jer....hihi.. tapi mesti letakkan sumber mana kita copy....
ReplyDeletesaya suka entri ni. betul tu kak. tak salah nak copy paste tp biarlah secara berhemah
ReplyDeleteikut sesetengah org jugak la.. ada yg tak kisa diciplak..
ReplyDeleteada org tak kisah diciplak.. ada orang kisah.. seelok2nya, kalau nk copy, mintak kebenaran dulu.. tapi lepas tu pun, jgn la sebijik2 copy.. olah sikit2..
ReplyDelete