Entri ini hanyalah sekadar pendapat daripada Mia. Sejak setahun dua ini Mia rasa makin ramai blogger baru yang tumbuh macam cendawan. Mia nak ucapkan tahniah kerana sudah memiliki blog sendiri dan juga selamat datang ke dunia blog yang penuh dengan cabaran ini.
Namun begitu, masih ada juga yang memandang rendah pada blogger. Blogger ini sebenarnya pun manusia biasa yang mempunyai komitmen sendiri. Ada kerjaya, keluarga, hobi dan kawan. Perlu diingatkan bukannya sepanjang masa mengadap komputer atau laptop. Yang sedihnya, ada-ada sahaja yang mengutuk atau mencaci blogger, padahal blogger itu tidak mengganggu sesiapa pun malah hanya menceritakan kisah tentang dirinya.
Kalau dahulu fungsi blog tidak begitu penting tetapi sekarang kalau cari apa sahaja jenis maklumat tentu akan jumpa dengan mana-mana blog yang memberikan maklumat tersebut. Bloglah yang memeriahkan dunia enjin carian.
Kuasa blog terlalu kuat kerana mempunyai followers tersendiri. Kata orang ibarat idola. Apa sahaja yang diperkatakan boleh menjadi ikutan. Gaya dan intonasi bahasa dalam entri blog boleh mempengaruhi minda pengunjung yang membacanya diserikan pula dengan gambar yang akan lebih menambahkan keyakinan pengunjung.
Blog kini mula mendapat tempat di hati Advertiser yang ingin mengiklankan produk, perkhidmatan dan lain-lain. Selalunya blog yang mempunyai ranking Alexa yang baik dan trafik pengunjung yang banyak.
Ironinya, untung kalau jadi blogger selain dapat ramai kawan, dapat juga menjana pendapatan sampingan di kala taraf sara hidup kini yang semakin meningkat tanpa kita sedari. Mula-mula ingin bertapak di dunia blog memanglah sukar. Kenalah rajin, kreatif, cari kawan blogger dan pandai memikat hati pengunjung.

Terus-terang Mia katakan bila sudah lama ada blog, kita dah rasa macam terbiasa dan usah gentar pada tohmahan yang dilemparkan. Memang akan ada yang pandang rendah pada kita tetapi biarkan mereka dan jadikannya batu loncatan untuk terus dalam dunia blog. Berubah untuk kebaikan dan perbaiki segala kelemahan yang ada.
Ini Mia akui apabila Mia blogwalking ke blog lain, ada yang tulis entri sedih bila dikutuk. Banyakkan bersabar dan kuatkan semangat. Memang dah jadi lumrah dunia blog ini sebab blog kita boleh diakses sepanjang masa oleh sesiapa sahaja melalui internet. Kita pun tidak tahu siapa yang baca blog kita terutamanya pengunjung yang silent reader. Sentiasa beranggapan positif supaya perkongsian dari blog kita dapat dimanfaatkan oleh pengunjung yang membacanya.
Mungkin ada lagi huraian lain tetapi Mia cuma fokuskan kepada beberapa huraian yang di atas sahaja.
Nasihat kepada mereka yang selalu memandang rendah pada blogger, cubalah buat blog dan akan dapat memahami kehidupan blogger yang sebenarnya.
dunia blog amat luas dan mencabar...

posted from Bloggeroid
66 Comments
sokong kak mia..:)
ReplyDeletethanks ya ikhwan..
Deletehaah betul tu kak mia..mereka tda hak nak pandang rendah pada bloger kan.
ReplyDeletesy pun baru belajar berblog.
takpe asha.... belajar pelan2 ya...
Deletesokong2
ReplyDeletetq ya anum..
DeleteBetul tu ...Lebih kurang cam wartawan @ penulis cuma dia orang tu lebih formal ... Mungkin blog nie lebih santai tapi x dinafikan ade juga yang serius ... Wallahu'alam...
ReplyDeleteterpulang pada blogger nak corakkannya macam mana...
Deletebetul tuu.... nak2 lagi yang gunakan medium blogger untuk buat bisnes.. bukan senang nak buat satu entri... kene study dan cari info baru boleh buat entri sendiri.. dan sedih bila ada yg copy paste tanpa letak kredit.... pape pun semua blogger jangan patah semangat..!! :)
ReplyDeleteblog bisnes pun sekarang dah dapat sambutan menggalakkan... mudah beli secara online...
Deletesetuju sangat MIA....kadang-kadang ramai orang tak faham.....
ReplyDeletetq kak sukma..
Deletesokong kak mia...jangan pandang rendah pada blogger ye..
ReplyDeletesetuju sgt....
ReplyDeleteterima kasih ya fendy..
DeleteSgt betul kak mia..
ReplyDeletethanks adrianna...
Deletehacker terdiri dari blogger....hehe~
ReplyDeleteyang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..^.^
kalau ada pun... mungkin sedikit...
Deletebetul kak mia..setiap orang mempunyai pandangan tersendiri kepada seseorang blogger..
ReplyDeletethanks wan... ;)
Deletebetul kak mia.wan yang masih baru dalam dunia blog pon perlu semangat macam ini.
ReplyDeletekalau semangat tak kental.. memang blog boleh terabai... huhuhu
DeleteKena kreatif bila berblog ni
ReplyDeletebetul tu fahmi... tq...
Deleteah! peduli lah dgn dorang, janji kita happy bila update entry muahaha
ReplyDeletekalau dorang suker, dorang bole baca, kalau dorang suker tak luak kat kita pun
happy itu yang menceriakan blogger...
Deletebetul2 kak mia,teruskan buat apa yg kita suka :D
ReplyDeleteyuppp... yang penting tidak ganggu orang lain... kan angah...
Deleteya betul...
ReplyDeletetq dear... ;)
Deletebetul tu kak mia..
ReplyDeleteterima kasih aiza...
Deletesangat setuju kak, good entry :)
ReplyDeletethanks ann... ;)
Deleteagreed!
ReplyDeletetq deno... ;)
Deletesokong itu pun kalau mereka xsalah gunakan kuasa blog :)
ReplyDeletethanks harith.... seharusnya begitulah...
Deletedengan berbelog ini lah mama temui sesuatu yang merubah 100% hidup mama..
ReplyDeletewow... apa tu hasniza? share2 la...
DeleteBetul! ;)
ReplyDeletetq ya sally...
Deletebetul itu kak mia..kita hanya manusia biasa..yang hanya suka berkongsi apa yang kita rasa...^^
ReplyDeleteterima kasih shaila...
DeleteSALAM KAK MIA. BETUL TUE KAK. ADIK SOKONG. APA2 PUN BIAR APA JUA PANDANGAN ORANG, KITA TERUSKAN PERJUANGAN SEBAGAI SEORANG BLOGGER TEGAR...
ReplyDeleteTerima kasih kak mia sbb sentiasa memahami.. setuju sgt dgn kak mia, cuba kita letak kaki dalam kasut seseorang yg lain then you will know someone feeling. Jgn simply2 judge org tanpa kita selami perasaannya. Yeah, blogger pun manusia juga..
ReplyDeleteSetuju sangat kak Mia :)
ReplyDeletesokong kak mia sgt sgt sgt... sokong ketat2... hiiiiiiii
ReplyDeleteitulah asam garam dalam kehidupan ..jadi blogger pon ada cabarannya
ReplyDeletebetol2.......pendapat masing2, nak trime ke tak terpulang, kalau xsuka jgn baca hehehe......
ReplyDeleteSetuju2...dan yang paling penting jgn jadi blogger copy paste
ReplyDeletetak kira tulis blog atau bt keje lain, kalau org yg jenis menggutuk, tetap akan menggutuk
ReplyDeletesetuju sangat2...
ReplyDeleteSangat setuju......:D
ReplyDeletesetuju kak mia. dorang tak tahu kita macam mana :)
ReplyDeleteBetul tu Mia, akak pernah somebody yg rapat juga dgn akak dia perli "tak usahlah jadi reporter..." masa tu hangat isu pilihanraya. Akak just utarakan pendapat akak je melalui apa yg lecturer akak sampaikan ms kuliah. Dia bleh sound akak mcmtu... sedih sangat. Tapi, bak kata Mia lah, akak pedulikkan je kata2 tu... akak teruskan je berblogging. Sebenarnya, kawan2 blogginglah yg banyak support akak dr kwn2 di alam nyata. Of course suami pun banyak memberi support. So sad but it is the true. Happy blogging Mia. Akak ceria tengok blog Mia ni. Terima kasih atas kata2 nasihat :)
ReplyDeleteSaya setuju dengan apa kak mia tulis..Kuasa blogger semakin hebat di alam maya sekarang berbanding dulu.
ReplyDeletesaya setuju dengan entri kak mia ni. saya bermula sebagai fan blogger. blog saya dedikasi kepada artis korea, super junior. memang banyak beri kelebihan kepada saya sebab ramai yang akan cari saya untuk dapatkan info.
ReplyDeletekini saya lebih cenderung kepada personal blog mungkin kerana peningkatan usia saya. pedulikan apa orang nak kata asalkan kita tidak usik duit mereka.
minat setiap orang berbeza. yang penting kita kenalah saling menghormati
setuju sgt dgn entry kak mia ne.....dan jadi blogger, kena ada identiti tersendiri :D
ReplyDeleteBetul Mia cabaran ada di mana2 terutama bila jadi blogger yang terdedah kepada umum ni. Kadang2 pendpat kita di salah ertikan tapi banyak juga yg sakit mata or sakit hati bila seseorang blogger tu dah berjaya.
ReplyDeletebukankah hidup memang ada cabarannya.
ReplyDeletepernah jugak berapa kali kena kutuk dengan Cik Anon kak.. hak kita untuk bersuara dan hak dia untuk memberi pandangan. Tapi bila salah faham lain tafsirannya..
ReplyDeleteKalau nak dibandingkan dengan keseronokan yang kita dapat dan kawan2 baru yg kita kenal, tu semua benda kecik je. hehe
Isk isk..
ReplyDeleteHarap2 shark x jd begitu nnti.
Thanx for remind kak mia
Assalamualaikum kak mia. sheila setuju! terlalu ramai blogger baru skrg.. semoga mereka tak salah gunakan platform ini. insyallah :)
ReplyDeleteJaga nama baik blogger..
ReplyDelete