Troubleshooting Tabber Widget Di Blog Xila

Baru pagi tadi Mia dapat membelek blog Xila walaupun sudah beberapa hari Xila inbox fanpage Mia. Terima kasih sudi bersabar...

Kisahnya begini...

Xila dah cuba buat sendiri tabber widget namun tidak berjaya. Dia juga dah bertanya pada Deno dan rujuk entri Mia troubleshooting blog Deno di SINI dan SINI. Ternyata masih gagal lagi. Bagi Mia, ini kes baru dan perlukan perhatian yang lebih.



Maka pagi tadi dengan keadaan yang segar selepas bangun tidur, Mia pun tengok widget di blog Xila satu-persatu selepas meletakkan coding tabber widget (ikut tutorial SINI) dan beranggapan mesti ada salah satu daripada widget di blog Xila yang menghalang paparan tabber widget.

Coding tabber widget Mia letakkan di ruangan HTML/Javascript supaya ada 3 tab untuk Social Medium, Bloglists dan Busuk seperti yang Xila nak buat.


Selepas itu, didapati tabber widget masih gagal dipaparkan.

Maka bermulalah aktiviti Mia buat troubleshooting satu-persatu widget di blog Xila sehinggalah berjumpa dengan widget Busuk.

 


Apabila Mia buang sahaja widget Busuk tadi, maka terpaparlah tabber widget di side bar blog Xila.



Alhamdulillah... selesai sudah troubleshooting blog Xila. Kepada blogger-blogger lain yang ada masalah seperti ini, jangan panik. Boleh cuba ikut cara penyelesaian seperti di atas ini. (^_^)

suka aktiviti troubleshooting.... boleh tambah pengalaman...

Post a Comment

23 Comments

  1. alhamdulillah.. berjaya juga kakmia selesaikan masalah xila :)

    sebelum ni, ramai juga yg bertanya pada deno ttg tabber widget yg tak jadi, deno minta diaorang bertanyakan pada kakmia sbb deno tak mahir dalam bab2 ni... hari tu pun kakmia bantu deno sampai selesai, cuma yg deno melibatkan coding kan^^

    baru ni kan akak, deno ada letak tab menu yang slide tu, terus tak jadi tabber widget.. deno buat mcm akak la, deno buang balik tengok2 takbber widget jadi ... jd deno tak guna apa tambahan widget dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah deno... tu la... tabber widget ni macam cerewet sedikit. tak semua jenis coding boleh ngam dengan dia... huhu

      Delete
  2. Tahniah...dh berjaya selesai....rietta lgsg xtahu tentang nie smeua...xbrani kaco coding, sebab rietta nye coding sgt fail...

    ReplyDelete
  3. dulu pernah buat jugak, baru tahu sebab tak jadi, kena cuba satu persatu rupanya..thanks for da info..

    Jom terjah sini Apabila Will Smith Bercakap Mengenai Keindahan Islam

    ReplyDelete
  4. Sy pun gtu gak.. De sensitif dgn tabber yg x sesuai dgn widget nih...sbb tu menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua widget sesuai dengan coding tabber widget ni.. tq ya maria..

      Delete
  5. Dulu saya penah buat jugak :) sampai sekarang tk ubah apa2.takut nanti salahcoding jgak :)

    ReplyDelete
  6. mula2 tak paham ape tabber widget tu. tp godek2 link yg kak mia bg.. ooo itu rupanya.. haha

    ReplyDelete
  7. wah..hebat! saling bantu membantu..:)

    ReplyDelete
  8. ekceli saya paham tak paham je, nanti nk belajar tgk betul2 hehe

    ReplyDelete
  9. biasanya kalau nak letak tabber widget jangan ada ping busuk...mesti tak jadi...tutir yg menarik mia..

    ReplyDelete
  10. terror la kak mia hehe :)tabber widget nie pun nak godek2 kat tutorial Alhamdulillah jadi :)

    ReplyDelete
  11. ooyeke...tak reti la troubleshooting ni hee...ala pk gak nak letak busuk tu tp sbb nak dpt traffic je..maklumla blog biasa je hehe ok2 1 penemuan yg menarik ...makasih byk2 kak mia. sy letak akak dlm senarai designer blog sy hee. tp cepat je akak buat kan...salute :)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mia...tahniah2 mia berjaya melakukannya...:)

    ReplyDelete
  13. aiza pernah cuba buat juga dulu, tapi tak menjadi.. terima kasih di atas perkongsian ini kak mia..

    ReplyDelete
  14. tolong saya kak mia . dh lama mencuba tabber widget ni tp tak menjadi . mohon pm segera ...

    ReplyDelete