Jangan Salah Gunakan Shoutbox



Sejak akhir-akhir ini, Mia perasan shoutbox Mia ada mesej yang bukan-bukan dan juga ada yang menggunakan nama blogger famous untuk dapatkan klik ke iklan mereka. Bukan setakat hanya di shoutbox Mia sahaja, shoutbox di blog-blog lain pun ada juga. Malah menggunakan mesej yang sama dengan nama yang berlainan dan link yang berlainan. Kadang-kadang geram pun ada juga ni. Kalau tidak suka, boleh delete mesej itu ataupun terus banned ip address orang yang tidak bertanggungjawab itu dari shoutbox kita. Pernah terdetik di hati Mia, alangkah bagusnya kalau buang shoutbox. Tapi bila berblogwalking ke blog orang lain yang tiada shoutbox, susah pula nak tinggalkan mesej. Itulah lumrah naluri seorang blogger. Maka, tidak jadilah Mia nak keluarkan shoutbox dari blog ini.

Kenapa Mia masih kekalkan shoutbox sehingga hari ini? Kita kena tengok dulu, kepentingan shoutbox. Shoutbox dipasang di blog bagi memudahkan interaksi dengan pengunjung dan juga kalau-kalau ada mesej penting yang hendak disampaikan kepada tuan punya blog. Kadang kalau internet lambat macam siput, nak tinggalkan komen di entri tentu berkurun lamanya, maka shoutboxlah tempat yang paling sesuai untuk tinggalkan mesej.

Melalui shoutbox juga, kita boleh tahu blogger-blogger yang sedang aktif berblogwalking pada tempoh masa tertentu (sebab nampak waktu bila dia tinggalkan mesej di shoutbox), dan tentu kita rasa nak bertandang ke blog mereka juga. Mia kadang-kadang rajin juga blogwalking guna shoutbox blogger lain. 

Yang penting, jangan salah gunakan shoutbox untuk kepentingan diri sendiri. Tak berkat nanti. Jom kita berblog secara harmoni dan aman damai.... (^_^)

tak suka orang yang salahgunakan shoutbox... please go away..

Entri Berkaitan :
- Shoutbox Telah Berpindah Ke Page Sendiri

Post a Comment

37 Comments

  1. sama laa..byk sgt iklan..kadang tu kalau terbuka,terus sally tutup..mls nk tolong kasi iklan kat org yg tak ikhlas..

    ReplyDelete
  2. Paling tak suka kalau orang tu kata 'mesti baca dan wajib baca'. Motifffff sangat hahahaha

    ReplyDelete
  3. salAm dulu saya ade gak buh shoutbox,pastu ade orang komen cakap kite curi artikel dia la ape la..rupanya saje nak suruh kite klik pi kat web dia plak..so bye bye shoutbox..

    ReplyDelete
  4. motif dorang buat macamtu nak suh orang view dorang punya pages , oh stress . carl abaikan je , kalau benda tu tak berkaitan . hehehe .

    ReplyDelete
  5. klu cik nor trus tak buka klu msg mcm tu..huhu

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum... kak mia,

    haa.. mselim3 datang komen kat sini.... cbox jangan dibuang... k .. tp kan hanya rasanyer segelintir org aje salah guna cbox tu....

    mselim3

    ReplyDelete
  7. Nad pun sama. tu sebab nad masih kekalkan shoutbox. kadang2 sehari ada nak dekat 5 link iklan. Nad tengok sebelah kiri dulu sebelum post hehe

    ReplyDelete
  8. memang..saya pun buang jugak shoutbox ni sebab orang merepek melampau kat shoutbox tu

    ReplyDelete
  9. eca letak shoutbox kat tmpt lain, xde pulak dorg nak p terjah...hahaha.nampak sgt yg suka spam2 tu pemalas ++ nak duit cepat jerrrrrrrrrrr.kekekke~

    ReplyDelete
  10. betul kak mia,sy selalu copy link dlu then paste di browser,kalau link iklan mmg sy xakn buka,kalau link blog baru sy buka.

    ReplyDelete
  11. yes, sangat setuju kak mia. sy punye box dah banyak bersepah dengan bende2 mcm ni

    ReplyDelete
  12. terdesak sangat nak earnings..hampeh betol..

    ReplyDelete
  13. sy nampak biskutcelup di situ..hehe :P

    ReplyDelete
  14. btul tu...ramai juga yang bercerita camtu...

    ReplyDelete
  15. betul tu kak.. especially cbox... byk betul spam.. last2 beralih ke shoutbox busuk.. tak byk sgt iklan.. huhu

    ReplyDelete
  16. betul akak..nak dibuang shoutbox nanti susah jgk..

    ReplyDelete
  17. betul tu kak..fizi pun pernah terkena..tapi begitulah x der shoutbox ssh juga kita nak tingglkan massage kat blog tu..:)

    ReplyDelete
  18. acik masih lagi dalam pertimbangan untuk delete :)

    ReplyDelete
  19. tula sy buang sbb iklan je...mmg byk kegunaannya tp ms buang tu tatau yg kita boleh tahu fraud click ke x...em em

    ReplyDelete
  20. betul tu kak.. nasib baik saya tak klik link2 iklan mcm tu..

    ReplyDelete
  21. betul, kalau boleh, sebelum klik, tgok dulu URL tu kemana :) no-ordinaryblog(BlogKartunDunia)

    ReplyDelete
  22. mai pn slalu dpt msj yg bukan2 kt shoutbox kak mia..nk buang payah plak nt

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum mia....betul la tu kekadang mmg ada yg terkena mcm ni...:)

    ReplyDelete
  24. Btl tu.. kalau nak kite klik iklan dorang, bg tau.. kite ble bg . hehe . x nak la main tipu mcm tu.. Ish.. ish..

    ReplyDelete
  25. btol tuh si...paling geram bile dorang letak iklan pakai name memacam...naseb baik dah tau camner nak kesan iklan dorang neh...kalau x jadik mangsa je lah...

    ReplyDelete
  26. betul tu kak mia
    kengkadang ade sesetngahnya menjadikan cbox utk lepaskan geram
    huhuhu....

    ReplyDelete
  27. Sebab tu kadang2 saya macam ignorekn je benda2 cmni kt shoutbox!!

    ReplyDelete
  28. Biasa org letak link iklan kt shoutbox... So..jrg lah tgk kecuali yg betul2 bw je..

    ReplyDelete
  29. betul 2 kak..kdg2 sy xlayan je bnda cmni..tgok pd link yg kluar..sbar jelh dgn bnda2 cmni..pnh juga terfikir nk buang..tp xjd..tkot mnyusahkn je

    ReplyDelete
  30. aiza kalau nampak nama agak pelik tu jarang klik.. kalau terklik cepat-cepat tutup sebelum habis loading..

    ReplyDelete