Blog Makeover 22.9.2013

Harap-harapnya anda semua tidaklah terkejut bila datang ke blog ini. Entah semalam dan hari ini Mia terajin pula nak tukar blog ini kepada serba pink. Kata orang, buat naik seri. Sebelum ini, warna kelabu, nampak macam terlalu korporat sangat dan rasanya macam tidak sesuai dengan blog personal Mia ni.

Nak dijadikan cerita bila Mia tukar balik kepada header yang asal, terasa warna kelabu tidak sesuai. Kemudian, sesi makeover dilakukan dengan pelbagai cara dan akhirnya Mia rasa suka bila blog ini telah berwarna pink supaya nampak sesuai dengan header Mia ini.

Begitu juga supaya blog layout nampak seimbang dengan widget di sidebar, Mia telah tukar kepada 5 entri di laman utama blog. Sekiranya loading blog ini agak berat, sila maklumkan pada Mia ya...

Pilihan yang sekarang ini, background blog warna pink.

Pilihan sebelumnya, warna pink di dalam blog.

Tukar punya tukar maka jadilah rupa blog seperti yang pilihan pertama. Harap anda semua suka dengan makeover kali ini. Ceria-ceria selalu tau!

mood suka...

Post a Comment

53 Comments

  1. Salam Mia..cantik..kita suka coz pink is my favorite color...nway loading not too bad..

    ReplyDelete
  2. cun, ngam background pink dgn vector kak pd header

    ReplyDelete
  3. Loading ok..tak perlu menunggu.
    Warna pink ni pun ok, cool jer.
    Selamat berhari minggu mia.

    ReplyDelete
  4. dua nampak lawa je..hu3..tak reti nak beza kalau dh color pink ni

    ReplyDelete
  5. Dua2 pun ok dan cantik....load blog ni pun cepat jak tak seperti sesetengah blog yang sangat lambat keluar.....
    Samalah kita pink2 gitu...hehe

    ReplyDelete
  6. TERBAIKKKK (Y) . CANTIK KAK . RINGAN JE BLOG NI LOADING

    ReplyDelete
  7. betul kata kak mia.. yg ni lagi nampak berseri.. hehe

    ReplyDelete
  8. cantik nya..ceria sgt2..
    saya baru belajar create blog..bole tunjuk ajar saya, sis mia.
    layari blog saya: ummidihatiku.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo.... boleh lah tengok entri lama kak mia dalam label tutorial atau tips.

      salam kenal ya...

      Delete
  9. akak memang nak tukar header yg ada gambar blogger sendiri tapi tak tahu macam mana, blog MIA look pink kaler......

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak sukma... letak gambar vektor pun ok... tq ya..

      Delete
  10. fiza pun suka pilihan yang pertama..terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ya fiza... lama juga kak mia nak buat pilihan tu...

      Delete