Mia tolong blog Cik Puan pada bulan Julai yang lepas. Masa itu, melalui seorang blogger yang sememangnya pengunjung blog ini. Cik Puan ini ialah kawan dia. Ada masalah blog yang banyak settingnya dah lari. Entri pun dah bercelaru dengan kotak komen yang hilang. Boleh lihat entri SINI. Hari itu hari Jumaat, Mia cuti dan esoknya Mia ada exam F41. Mungkin dah letih baca bahan-bahan rujukan teknologi maklumat, jadi Mia pun mengadaplah blog Cik Puan ni dari pelbagai sudut. Coding blog template agak mengelirukan sedikit. Katanya sebelum itu, ada seorang blogger yang dah bantu tetapi tidak berjaya. Tidak mengapa, Mia belek-belek lagi. Didapati semua entri memang tidak ada kotak komen dan ternyata rupanya tidak diaktifkan. Mia aktifkan satu persatu dalam semua entri. Nasib entrinya tak banyak, sebab blogger baru. Kemudian, setkan default setiap entri baru boleh keluar kotak komen. Masa kerja-kerja troubleshooting ini, Mia gunakan blogger template yang asal supaya senang nak jumpa punca masalah. Selepas siap, barulah Mia tukarkan kepada template blog kepada pink yang sekarang ini. Memang berat masalah ini, sebab kena check satu persatu dalam setting blogger dan juga coding html. Alhamdulillah, selesai juga.
Jee memang dah lama contact Mia di FB minta bantuan dari Mia. Masa itu, Mia agak sibuk sedikit. Rasanya ada dalam 3 bulan Jee menanti. Akhirnya semalam, Mia baru ada masa untuk belek blog Jee. Masalah feed blog yang tidak update dalam bloglist dan reading list di blogger dashboard. Kesiannya dia. Setiap kali bila update blog, nak kena beritahu secara manual pada rakan-rakan blogger yang dia dah update blog. Katanya, mood nak update blog berkurangan sebab ada masalah ini. Jadi baru semalam, Mia masukkan blognya ke dalam bloglist sendiri dan buat entri testing. Ternyata memang tidak update ke dalam bloglist dan reading list. Mia tukar setting Site Feed dan betulkan balik blogger profile Jee untuk Google Friend Connect. Alhamdulillah, selepas itu entri testing telah muncul dalam bloglist dan juga dalam reading list blogger. Ini bermakna blogger lain yang follow blog Jee akan nampak entri terkini Jee dalam reading list dan bloglist mereka. Selesai juga masalah Jee.
mood lega...
24 Comments
Bantu membantu sesama blogger :D
ReplyDeleteyuppp... khairil... (^_^)
Deleteterbaiklah kak mia...em sebenarnya krole pon ada masalah ngan blog...nak tanya kak mia...napa ya kalo krole ping link blog kat group blogger di FB tak kuar gambar yang ada dalam entri krole...yang kuar selalunya gambar header. profile dan gambar kat bawah tu???
ReplyDeleteAnis pun ada masalah yg sama dengan Jee Fairuz :'(
ReplyDeletethanks ye kak mia.. :) kalau takde BK n Kak Mia, memang dah x tengok lagi blog ni..hehe
ReplyDeletesama2 ya cik puan...
Deletegood kak mia..:)
ReplyDeletewah,hebat kak mia...;)
ReplyDeletebestnya ada kwn blogger mcm ni.mia, act deena pun ada nak tanya juga pasal blog ni.boleh email mia ke camne ek?huhuu...
ReplyDeletenanti inbox mia ya....
Deletewauu macam2 masalah rupanya,,mujur setakat ni blog saya xder masalah lagi..kalau kena mmg kaget jgklah kot..
ReplyDeletemasalah dorang neh sume berat-berat nak kene check satu persatu.....naseb baik sangatlah kalau sis tolong....kalau saya pon memang x tau nak cari punce nye.naseb baik sy ade ilmu myspace yang boleh dipraktikkan dalam blog...sblom neh sy gune myspace jer...so,x der masalah sangat bab edit blog..yang penting kene rajin rujuk,kalau dah x leh bwat boleh mintak tolong sis buatkan....heheheh.....good job!!!!
ReplyDelete#salute k.mia
ReplyDeletesusah tu nk edit blog..
ReplyDeletesuka2..... :) saling membantu...
ReplyDeletebagusnya kak mia :)
ReplyDeleteBagusnya Kak Mia..Bantu rakan blogger yang ada masalah. Kalau tak keberatan, Nur pun perlukan bantuan Kak Mia.. Masalah seperti blog Jee dlm satu blog yg Nur manage.. Nanti Nur contact akak ye..Tq
ReplyDeletebagusnya kak mia membantu sesama rakan blogger..
ReplyDeleterajin betul kak mia ni membantu sesama rakan blogger.. hehe
ReplyDeleteBanyak jasa Kak Mia.. :)
ReplyDeleteTgh google tetibe jumpe blog kak mia ni...rezeki rasenye...sbb tgh buntu blog xboleh nk upload gambar...boleh kak mia tlg x?
ReplyDeleteIni pun salah satu bentuk jariah jugakkan Mia
ReplyDeleteharap saya punya xde la masalah sbb kalau pasal blog mmg saya failed. langsung xtau, baik hati kak mia tolong rakan blogger :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteblog saya pun ada masalah juga, masalahnya ialah bila nak masukkan search description post tu, dia tak boleh, memang tak tahu kena, lepas tu selalu jadi troubleshooting, bila jadi macam ni rasa malas nak update blog, padahal banyak citer nak tulis. huhu.
dah try search tapi belum jumpa solutionnya, kalau ada bolehlah share kat blog yea..