Salam Kemerdekaan Yang Ke 56
Hari ini adalah hari yang amat bersejarah bagi semua rakyat Malaysia. Tanggal 31 Ogos, tarikh yang terpahat di ingatan untuk sambutan Hari Kebangsaan. Apa tidaknya, pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan suasana hari yang berbahagia ini dari semua lapisan masyarakat Malaysia. tidak kira yang tua ataupun yang muda.
Bagi Mia erti kemerdekaan tidak akan bermakna jika kita tidak menghayati sepenuhnya perjuangan tokoh-tokoh negara terdahulu dalam memerdekakan negara ini daripada pihak penjajah. Banggalah menjadi rakyat Malaysia. Kibarkanlah bendera Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan kita. Akan terkesan di sanubari ini.
Bayangkan seolah-olah terngiang-ngiang Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Alangkah indahnya kalau kita dapat menyaksikan detik yang bersejarah itu. Air mata dengan sendirinya tentu akan mengalir kesyukuran...
Kenikmatan yang kita kecapi hari ini dari segi kestabilan ekonomi dan politik, keharmonian budaya, perpaduan masyarakat yang berbilang kaum sebenarnya adalah daripada usaha gigih tokoh-tokoh negara yang terdahulu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ini jika dibandingkan dengan negara-negara luar lain yang masih bergolak dan tidak harmoni.
Ironinya hari ini, mengingatkan kita kepada sejarah Malaysia. Semangat patriotisme dirasai untuk mencintai negara kita dengan penuh keikhlasan.
Merdeka... Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
bangganya jadi rakyat Malaysia.... nukilan ikhlas Mia di hari ini...
27 Comments
hargailah erti kemerdekaan negara kita MALAYSIA.......
ReplyDeletebetul tu kak sukma..
DeleteSelamat Hari Merdeka kak mia :D
ReplyDeleteterima kasih ya khairil..
DeleteSelamat Hari Merdeka..
ReplyDeletetq ya eraz..
DeleteSalam Merdeka kak Mia :D
ReplyDeleteterima kasih sally..
Deleteslam merdeka..
ReplyDeletesalam merdeka juga ya jie..
DeleteSelamat hari merdeka kak mia..
ReplyDeletetq ya maria..
DeleteSy bgga jd rakyat Malaysia dan hargai apa yg ada inshaa'Allah =) Salam Kemerdekaan KakMia
ReplyDeleteitulah yang sebaiknya... terima kasih SKA..
DeleteSelamat Hari Merdeka :D
ReplyDeletetq ya nad..
DeleteSelamat hari merdeka Mia...syukur kita dilahirkan sebagai anak merdeka..
ReplyDeletememang syukur sangat2 ni..
Deletesalam kemerdekaan kak mia.. terima kasih kepada pejuang tanahair yang sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.. al-fatihah untuk mereka yang telah meningalkan kita..
ReplyDeleteal-fatihah juga buat mereka... tq ya aiza..
DeleteSalam kemerdekaan Kak Mia. Moga kita menjadi insan yang menghargai dan menghayati.
ReplyDeleteterima kasih ya... nampaknya macam tu la sepatutnya...
DeleteSalam kemerdekaan :)
ReplyDeletesalam merdeka juga ya aisya...
DeleteSelamat Hari Merdeka..
ReplyDeleteselamat hari merdeka ya CR..
Deleteselamat hari merdeka kak mia
ReplyDelete