Pancuran Meteor Perseid


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena pancuran meteor perseid yang akan berlaku selepas 11.00 malam ini sehingga subuh esok. Keadaannya ibarat hujan meteor yang akan menyinari ruang atmosfera kita dalam tempoh tersebut. Kalau Mia dapat lihat pada malam ini, sudah tentu akan cuba rakamkan detik bersejarah ini. Harap-haraplah boleh nampak dari sini.

Masa kecil-kecil dahulu, selalu berangan kalau ada meteor lalu, apa yang kita hajatkan pada masa itu, akan dimakbulkan. Macam cerita-cerita yang kita tonton di televisyen. Tapi rasanya semua itu hanyalah kebetulan sahaja.

Jom baca artikel ini, sumber dari SINI.

klik pada gambar untuk besarkan

"Pada malam 12 dan 13 Ogos 2013, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan antara pancuran meteor yang paling menarik sepanjang tahun ini iaitu pancuran meteor Perseid.  Pancuran meteor Perseid lebih menarik berbanding pancuran meteor lain kerana kadar peratusan yang tinggi ia akan menghasilkan pancuran yang terang dengan bilangan meteor yang banyak pada setiap tahun. Dijangkakan sebanyak 100 pancuran meteor dapat disaksikan dalam masa 1 jam pada tahun ini.

Pancuran meteor berlaku kerana Bumi melintasi laluan komet dan debu-debu komet ini terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi. Pancuran meteor Perseid berlaku kerana Bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleusl ebih kurang 26 km.  Apabila komet ini semakin menghampiri Matahari, ia juga turut melintasi orbit Bumi dan meninggalkan debu-debu komet tersebut sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang memasuki atmosfera Bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat pada malam-malam tersebut.

Waktu terbaik untuk melihat hujan meteor ini adalah selepas bulan terbenam pada jam 11:00 malam pada 12 Ogos dan jam 12:00 tengah malam pada 13 Ogos sehingga waktu subuh. Pemilihan lokasi mencerap juga penting seperti jauh dari kawasan yang diterangi lampu serta lapang dengan pemandangan langit yang luas. Walaupun hujan meteor ini seperti datang dari buruj Persues, ia boleh berlaku dimana-mana pada kawasan langit."

Lihat juga jadual kemunculan meteor sepanjang tahun 2013 ini

Pancuran Meteor Tarikh Kenampakan Tarikh Kemuncak Bilangan Meteor Sejam
Quadrantid 1 - 6 Januari 2/3 Januari 100+
Lyrid 16 - 25 April 21/22 April 25+
Eta Aquarid 19 April - 28 Mei 4/5 Mei 25+
Perseid 23 Julai - 20 Ogos 12/13 Ogos 100+
Draconid 2 - 16 Oktober 7/8 Oktober 25+
Orionid 16 - 27 Oktober 20/21 Oktober 20+
Taurid 20 Oktober - 30 November 4/12 November 5+
Leonid 15 - 20 November 16/17 November 30-300
Geminid 7 - 16 Disember 13/14 120+

Sekali sekala.. kena juga ambil tahu apa yang berlaku di ruang angkasa kita....

mood teruja nak tengok...

Post a Comment

35 Comments

  1. wah bestnya!! teringin nak tgok.thanks kak mia sbb share :D

    ReplyDelete
  2. woaaa thanks kak mia share pasal nie ^^

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing. Tak tahu pulak sebelum ni.

    ReplyDelete
  4. nak tgk jugak laa ^_^ thanks kak mia sebab share hehe

    ReplyDelete
  5. JARANG SEKALI KITA SEMUA AMEK TAHU PASAL RUANG ANGKASA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun leeza... sekali sekala ambil tahu, apa salahnya..

      Delete
  6. nak sangat tgk... malaysia dapat tgk ke?... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. malaysia boleh tengok masa ni... tapi tak pasti kawasan mana yang lebih jelas..

      Delete
  7. Oke, malam ni nak ready kat luar rumah, sementara nk tunggu tu boleh main mercun sekejap. Hehe

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya mercun semulajadi , mesti tunggu malam ini

    ReplyDelete
  9. laaa, malam ini? okey, set, tengok sama-sama ye kak mia, neeza tengok luar hostel,harap2 ada meteor sudi lalu situ, haha

    ReplyDelete
  10. kat sini tak nampak lag meteornya, hujan lebat

    ReplyDelete
  11. xleh tgok..hu3 hujan..tp dh pnh tgok dlu ngn kawan..2 pn scara xsengaja =)

    ReplyDelete
  12. Wah.. semalam tak dapat tengok sbb langit mendung.. jgn kan meteor , bintang pun x kelihatan T.T

    ReplyDelete
  13. tak tengok pun. terleka dgn novel tengok2 dah pukul 3 pagi, mmg tak mungkin nak keluar rumah time mcm tu sebab baru je tengok movie the conjuring dgn adik. huhu. kak mia tengok tak?

    ReplyDelete
  14. yg ni x sempat tgk tapi sy pnah tgk komet halley live wktu kecik2 dulu ^^

    ReplyDelete