Hari ini Mia tersangatlah sibuk buat 2 design banner untuk majlis hari raya pejabat. Satu untuk dipasang di depan pagar dan satu lagi depan dewan serbaguna. Banner ini akan dihantar untuk printing. Banyak kali buat pindaan. Menteri nak datang. Bila save kena tunggu lama, sebab saiz fail tersangatlah besar. Sempat jugalah buat benda lain sementara itu. Ini pun tadi petang dah sampai rumah, terima mesej whatapps nak pinda lagi. Tertinggal title Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani pula... huhuhu. Harap-harap lepas betulkan ini, sudah muktamad design banner ini.
Semua staf Unit ICT termasuk pelajar praktikal, Kila sibuk juga dengan tugas masing-masing. Hafizs dan Kila buat setting dan pemasangan kabel output untuk tv flatscreen dan projektor di bilik mesyuarat untuk sesi taklimat menteri. Hadapi masalah kepala kabel tak sama dengan port namun Hafizs berjaya selesaikan juga petang tadi. Senang nanti Menteri nak tengok slide taklimat hanya melalui tv flatscreen sahaja, tidak perlu nak tengok jauh ke paparan skrin projektor.
Lela pula buang slot video capturing yang tidak perlu. Sebelum itu, dia buat video capturing sesi key-in data ke dalam Sistem Maklumat Industri Nanas. Langkah demi langkah menggunakan sistem tersebut.
Mia pula buat keseluruhan video montaj Sistem Maklumat Industri Nanas untuk International Digital Expo di KLCC minggu ini. Lela akan incharge jaga booth dengan wakil dari Bahagian Promosi dan Bahagian Tanaman. Mia dah mula buat montaj dari semalam. Dah gabungkan dengan video Lela. Ada masalah nak gabungkan dengan video Lela sebelum itu. File project montaj tidak boleh terima format video Lela. Nasib Hafizs tolong install format video yang berkenaan. Belum final touch up lagi. Sehari dua ini siaplah nanti.
Sambil-sambil itu Kila tolong kami semua. Dalam hari ini sahaja dia belajar 3 benda baru dari kami bertiga.
Sebelum pulang, kami menyiapkan cetakan kad jemputan majlis raya untuk jemputan vip yang belum disiapkan lagi. Yang lain telah dibuat pada hari Jumaat lepas.
Balik kerja lambat sedikit. Yang penting banyak tugas dah selesai. Yang tak siap, Mia akan buat kat rumah...
kadang orang hanya pandang unit ict tidak ada kerja padahal banyak sebenarnya.. mereka hanya tahu majlis berjalan lancar... tetapi hakikatnya di sebalik tabir inilah kisahnya...
posted from Bloggeroid
15 Comments
wah..baca entry kak mia ni..nampak macam busy je kak mia sekarang..Gud luck kak mia.. :)
ReplyDelete@Mia Liana,
ReplyDeleteSambil buat kerja. sambil boleh blogging.. kira syok r kerja..
Harap enjoy. Jangan tension2x.. ^_^
Ikhlas,
AMIN JOHAR
(PENDAFTAR DOMAIN)
PAKAR NIAGA
betul tu kak mia. kerja ict memang banyak. Nad belajar sikit2 je time dip dulu. degree nnty agy menjurus sket ke arah ict hehe
ReplyDeletehwaiting kak mia :D
salam..
ReplyDeleteeh kak mia.. keje bahagian ICT LPNM ke..? kalo x tgk banner ni sure sy taktau.... Sy baru je balik dr johor pi discussion masa puasa hari tu.. ade discussion dgn en.Hafiz.. psl 1gov..
wahhh :) kak mia mkin buzy betul
ReplyDeletekerja ICT nie makin kita belajar makin banyak ilmu kita dapat....
ReplyDeleteoo..serius bt keje..moga siap keje k mia
ReplyDeletebesar betul cabarannya.. tapi kerja mcm ni memang menarik...
ReplyDeleteWah sungguh multi-tasking mialiana...ya
ReplyDeletewah banner gambar Tok Mail pula tu..mmg kene buat comel2..hehe
ReplyDeletewah,cantik banner tu..akak keja bhagian ict rupanya..
ReplyDeletesesibuk mana pun kak mia, update blog mesti tak tinggal.. =)
ReplyDeletebuzy balik dari beraya yer MIA.... boleh jumpa kat KLCC expo
ReplyDeleteIngatkan Kak Mia tukar department..
ReplyDeletesemoga segala urusan dipermudahkan Allah..
ReplyDelete