Amalan Sebelum Tidur...

Malam ini Mia ingin kongsikan lagi entri bercorak tazkirah buat tatapan kita semua sebelum tidur. Kadang kita sempat berangan sebelum tidur kan.. Apa kata, kali ini kita cuba amalkan ayat-ayat suci Al-Quran dan semoga amalan kita diterimaNya.


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, Iaitu :
1. Sebelum mengkhatamkan Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah….

“Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah.. .. Bagaimana anakanda dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
Bismillaahirrahman irrahiim, Qulhuallahu ahad’ Allahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allahumma salli ‘alaa saidina Muhammad wa’ala ali saidinaa Muhammad (3x)

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu.
Astaghfirullahal azim allazi laa Ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih (3x)

Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”
Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu Allahu akbar (3x)

sumber : SINI

semoga hari esok lebih baik dari hari ini...

Post a Comment

36 Comments

  1. entri yang baik kak mia..terima kasih kerana berkongsi..

    ReplyDelete
  2. salam...

    http://nikainaa.blogspot.com/2013/07/mencari-template-wordpress-for-online.html

    Seperti tajuk entry ini, saya sedang mencari template
    wordpress untuk online store. Yang boleh didownload, FREE!
    Saya nak yang simple aje seperti kat bawah ni .........

    baca selanjutnya di entry tersebut.

    ReplyDelete
  3. Nice sharing.. good night kak mia.. slmt berpuasa... :)

    ReplyDelete
  4. ahamdulilh, pekongsian yg baik kak mia :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  6. Entri yang sangat-sangat bagus Mia, terima kasih atas perkongsiannya. Selamat menjalani ibadah puasa untuk Mia dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak lynn.... selamat berpuasa juga ya...

      Delete
  7. nice sharing
    sama2 kita beramal :)

    ReplyDelete
  8. Selalu baca 3 Qul, Alfatihah, Ayat Kursi, & Doa tdo je..Lepas tu selawat ke atas nabi.. Lepas ni insha Allah akan tambah istighfar & lain2 sekali.. Terima kasih kak mia atas perkongsian ilmu ni.. =)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..terlaksana apa y dituliss.. thanks akk miaa =)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...jika kita mengaku umat Nabi Muhammad SAW, amalkanlah

    ReplyDelete
  11. Insya Allah akan sentiasa amal....

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mia....entri yg baik ni...:)

    ReplyDelete
  13. terima kasih kak mia.. boleh diamalkan.. =)

    ReplyDelete
  14. thanks for ilmu kak mia.... insyaAllah ...

    ReplyDelete