Hari Ini Yang Penuh Dugaan

Hari ini, Mia kerja seperti biasa. Tetapi agak sibuk dengan beberapa masalah di tempat kerja. Masalah yang berkaitan dengan tugas-tugas ICT. Tidak perlulah Mia nyatakan dengan terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui dan mendengar.

Memang kami bertiga, Mia, Lela dan Hafizs ingin selesaikannya hari ini dan berusaha bertungkus-lumus namun nampak gayanya macam berat. Kalau ditimbang, boleh terlebih meter. Satu hari ini selesaikan satu masalah ini sahaja.

Mia terasa letih sungguh sampai terdetik di hati ingin putus asa. Terkadang banyak benda yang orang tidak tahu di sebalik pengurusan ICT di satu-satu organisasi. Bukannya mudah walaupun nampak senang. Bukan setakat komputer, internet, notebook, printer dan sistem sahaja malah sebenarnya terlalu meluas dan lebih dari itu.

Mia ada letak kata-kata semangat di wall post facebook..

klik pada gambar untuk besarkan

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam. Masalah hampir selesai, tinggal sedikit sahaja lagi. Akan bersambung pada hari Isnin...

jangan pernah putus asa...

Post a Comment

30 Comments

  1. sabar kak mia.. tahan skit jer lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak leh bertahan.... dah lama berhenti kerja... huhhhu

      Delete
  2. dugaan fae hari ne plak tergoda tgk cupcakes :/

    ReplyDelete
  3. Insha Allah..dugaan berakhir dgn kemanisan...

    ReplyDelete
  4. Memang banyak cabaran biar apapun pekerjaan kita. Harap Mia sabar dan terus kuat.. Insyaallah, kemanisan pasti menanti setelah berakhirnya segala kepayahan..

    ReplyDelete
  5. sabar ya kak mia...krole yakin kak mia n team boleh buat tu~ InsyaAllah, krole doakan moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kak mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... terima kasih krole.... terharu rasanya...

      Delete
  6. klau perkara2 cmni berlaku related dgn keje iT sy bole faham.. byk sabar yer ^^

    ReplyDelete
  7. semoga kak mia terus sabar dan tabah menghadapinya.. Allah sentiasa orang yang bersabar..

    ReplyDelete
  8. mampu cakap sabar je la kak mia. huhu

    ReplyDelete
  9. jgn mengalah kak mia, Sesungguhnya dalam kesulitan pasti ada kemudahan.

    ReplyDelete
  10. Eraz selalu fikir, cabaran dan dugaan tu berguna untuk mematangkan kita..

    ReplyDelete
  11. terima kasih... atas kata2 cik akak tu..

    ReplyDelete
  12. Masalah dalam pekerjaan itu adalah sebahagian dpd ujian hidup yg kita kena tempuhi samada nak atau tak nak.....
    Tak de pilihan!

    ReplyDelete