Cara Buat Anak Solat Tanpa Perlu Disuruh

Alhamdulillah, dalam mendidik anak untuk menjadi seorang yang soleh / solehah, tentu kita akan tercari-cari cara yang sesuai dan paling mudah untuk mendidik anak supaya solat. Mia akui bukannya senang tapi kalau kena pada caranya tentu akan lebih mudah.

Sedang mencari-cari terjumpa pula Mia dalam satu fanpage ini, terus Mia ingin kongsikan di blog ini untuk rujukan.

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....Maasyaa ALLAH, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada ALLAH. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh.. Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan doanya adalah ...

klik pada gambar untuk besarkan

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

InsyaAllah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....aamiinn...

Sumber : SINI

Mia baru sahaja tahu ni, nanti nak amalkan jugalah...

Post a Comment

20 Comments

  1. Assalamualaikum kak mia, thanks for sharing. nak amalkan doa ini juga :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ni kak...

    ReplyDelete
  3. insyallah...moga menjadi amalan kita.thanks sharing kak mia

    ReplyDelete
  4. Wahh...good sharing terutama buat Aina yg ada anak baya2 macam tu.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang amat bermanfaat buat ibu bapa dan yang bakal bergelar ibu bapa. Terima kasih Mia.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum mia...perkongsian yg baik..;)

    ReplyDelete
  7. Allah,,,ilmu baru..walaupon saya xdak anak lagi tetap tertarik utk baca

    ReplyDelete
  8. thanks kak mia.. boleh amalkan mulai skrg ni.. :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas perkongsian ni kak mia.. :D

    ReplyDelete
  10. Bagus ni....bukan mudah nak ajar anak solat tanpa disuruh

    ReplyDelete