Beli Baju Raya

Petang tadi, beli baju raya untuk Mia dan Sofea kat Giant U Mall. Sejak beberapa hari yang lepas, Mia dah berkenan sebab boleh satu set yang sama dengan Sofea.

Pecah rekod pertama kalinya raya tahun ini tak pergi tempah baju raya. Beli baju yang dah siap. Banyak kali test baju kurung yang berbeza saiz. Takut ketat dan tidak muat.

Baju Mia harganya RM 180 manakala Sofea punya RM 80. Itupun selepas dah tawar harga. Bagi Mia agak mahal harganya sebab tidak pernah beli sebelum ini. Banyak baju kurung di kedai lain tapi tidak ada yang satu set dengan anak. Hanya kedai ini sahaja yang ada. Nampaknya tahun ini sahajalah. Tahun depan kena beli kain dan tempah baju raya.






Tema warna baju raya tahun ini ialah coklat cair. Nampak lembut dan sejuk mata memandang. Paling suka dengan design kerawang. Nampak elegan. Pilihan jenis baju kurung pahang. Yang penting rasa selesa bila dipakai.

esok atau lusa baru beli baju melayu Suami Mia pula...

posted from Bloggeroid

Post a Comment

22 Comments

  1. wah, dah beli dah... paly dah ade kain, lom g hantar jahit lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa ya jahit... paly? masih boleh tempah ke sekarang ni... sempat siap tak?

      Delete
  2. wahhhh bestnya ,acik belum lagi shopping

    ReplyDelete
  3. nice kak..sedondon ye kak..apa pun sebenarnya beli kain,dan tempah yang selesakan kak..readymade ok juga cuma kena rajin mencuba dan mencari.. :)

    ReplyDelete
  4. awal juga kak lia beli baju raya...cantik jugak baju tu.

    ReplyDelete
  5. cantik. coklat cair. color mcm nude tu kaaannn =)

    ReplyDelete
  6. cantiknya sulam baju tu..saya punye xtau la dah siap ke belum baju raya saya ..huhu


    Tingkatkan Peluang Hamil & Kecutkan Cysts Dengan Shaklee GLA Complex

    ReplyDelete
  7. cantiknya! sedondon gitu.saya pula tema raya pertama tahun ni kelabu

    ReplyDelete
  8. wah, dah beli. baju sofea mesti kecik comel je. hihi
    momoy tahun ni maybe x beli baju raya sbb x beraya. waaaaa...
    pk nak mix dan match je kot.

    ReplyDelete
  9. cantik baju raya tu.. aiza pun selalu beli yang dah siap jahit je..

    ReplyDelete
  10. kitorg family selalu hantar kain suruh makcik jahit je. beli2 ni susah sgt nk cari saiz.. semua besar2.. huhu

    ReplyDelete
  11. tak fikir baju raya sangat tahun ni.. hehe..

    ReplyDelete
  12. suka colour coklat tu...cantik kerawangnya....

    ReplyDelete
  13. Cantik sulam kerawang tu Mia. Warnanya pun cantik..

    ReplyDelete
  14. wah seronoknya... deno belum ada baju raya.. entah2 pakai yg lepas2 punya.. hihi.. belum decide lagi :)

    ReplyDelete
  15. Wahhhh....dah beli Mia? Cepatnya OKje tak beli apa pun lagi...Tak tau nak cari kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp hainom... uiii.. kat sana lagi banyak pilihan...

      Delete