Review #1 - Company Besar Dengan Gaji Kecil @ Company Kecil Dengan Gaji Besar

Tahniah diucapkan kepada Huny Madu kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3 Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Huny Madu...


Company Besar Dengan Gaji Kecil

"nampak tak betapa besarnya tanda soal kat atas  tu?
gitu la persoalan yang menari-nari kat minda aku nih.
Ni sume berkaitan kerja dan masa depan, ewahh kemain serius bunyinya kan..!

Actually arini dapat offer dari seorang kawan untuk kerja kat opis asben die dengan gaji yang jauh lebih tinggi dari yang aku dapat skang nih.Dengan rasa rendah diri aku umumkan yang gaji aku skang tak sampai 2k ye, diulangi tak sampai 2k pun!

Offer tempat baru ni memang sedap, jauh lebih banyak tapi yang jadi masalah ialah company baru ni jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan company sekarang. Aku cuma risau kalau company baru ni tutup @ bankrap, argggg susah la nak cari kerja lain kan ? tapi kawan aku tu cakap tak mungkin tutup sebab opis tu asben die punya, so die tau laaa.."

Selanjutnya, klik SINI untuk terjah.

Sebenarnya, mana-mana pun sama sahaja. Itulah yang selalu Mia simpulkan. Pokok pangkalnya hati dan keinginan untuk bekerja. Company kecil dan besar pun ada baik dan buruknya bergantung pada keadaan. Carilah company yang sudah stabil atau yang kita lebih selesa supaya dapat melakukan kerja dengan ceria tanpa stres.

jemput berkenalan dengan Huny Madu..

Post a Comment

23 Comments

  1. keja dgn company kecil dpt lbh byk experience dan boleh digunapakai utk offer diri masa cari keja lain .. so takyah risau company tu kurang stabil ke ape .. my thought la

    ReplyDelete
  2. xper lah gaji xsmpai 2k pun, sbb byk gak kriteria yg nk kene teliti sblm naik gaji yg lbh tggi.tp xperlah dh rezeki kt tmpat baru mungkin la kan.cuba lah dulu kot2 serasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp betul tu harith... yang penting kita happy dengan kerja kita..

      Delete
  3. gaji kecik tak per asal tak der tekanan n stress..huhu

    ReplyDelete
  4. saya pernah kerja dengan beberapa company besar sebuah kilang multi nasional dan sekarang pernah kerja dengan beberapa buah company kecil, perbezaannya memang banyak.
    Terutama mengenai kebajikan pekerja, keselesaan, komitmen kerja, environment di tempat kerja, kawan-kawan satu tempat kerja semuanya ada segmen tarik & tolak.
    Yang lebih penting kita boleh @ tidak melakukan dengan enviroment di company kecil @ besar.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah setuju dgn pendapat kak sukma ni...yg penting bila nak kerja ni adalah environment tempat kerja....kalau environment tak best mmg apa pon tak boleh....

      Delete
    2. terima kasih di atas perkongsian ini, kak sukma...

      Delete
  5. Dulu gaji tak sampai 2k boleh hidup lg..skrg celah gigi je..

    ReplyDelete
  6. kalau saya sy penting keselesaan tempat keja n tak stress...gaji kecil tak kisah janji hari2 happy dtg keja n tak dak tekanan :)...kalau gaji besar pun tak happy n super buzy pun tak best kan..

    ReplyDelete
  7. Kadang tu company besar banyak benefitnya kpd kita dan family... company kecik mungkin mudah utk mengembangkan karier...ada pro dan kontra

    ReplyDelete
  8. Rezeki.. Tapi pengalaman memang tak dapat di jual beli..

    ReplyDelete