Mood Mabuk Jerebu

Hari ini selepas tengahari sahaja, Mia dah mula rasa macam kurang sihat. Kepala macam pusing. Bila bernafas rasa macam tidak selesa. Buat kerja di pejabat siang tadi pun ala-ala santai dan lebih banyak berehat. Memang tidak mengadap komputer sangat. Mata terasa pedih sedikit dan letih. Mia buat kerja lain yang tidak melibatkan komputer.

Susah juga bila udara sudah tercemar, macam penyakit boleh timbul. Jerebu ini sungguh membahayakan. Elakkan pembakaran terbuka di tempat anda. Jangan cemarkan lagi udara yang sudah tercemar ini.




Sekarang ini dah di rumah, memang tutup pintu dan tingkap rapat-rapat sambil buka aircond. Dapatlah bernafas dengan selesa walaupun pening kepala masih belum hilang.

taip kat handphone pelan-pelan... masih mabuk jerebu lagi ni...

posted from Bloggeroid

Post a Comment

25 Comments

  1. owh, harap kak mia jaga kesihatan, minum air suam banyak-banyak dan kalo boleh elakkan keluar dari rumah masa jerebu..teruk jerebu kat jb,kak mia take care.

    Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik 2013

    ReplyDelete
  2. bahaye.. kene jage2 bile kuar, dalam rumah pun.. hmm

    ReplyDelete
  3. btul laa kn, area selatan truk jgak kena jerebu...

    ReplyDelete
  4. johor teruk betul jerubu skrg
    jaga kesihatan yer

    ReplyDelete
  5. kalau ada lelah lagi kesian kan kak mia..baba dan mama saya pun dah mula kurang sihat kak..moga keadaan cepat pulih la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik kak mia takde lelah... risau juga ni..

      Delete
  6. mmg boleh bawak penyakit udara yg kotor ni....

    ReplyDelete
  7. tak bagus untuk paru-paru kalau terdedah terlalu lama dengan pencemaran sebegini..

    ReplyDelete
  8. fresh je bila belek blog Mia ni.... dpn skolah kak ptg td, ada kebakaran berpunca dari puntung rokok. Tak sempat snap picture. tidak bleh buat entri. Kebakaran mmg slh 1 punca jerebu. Minum air masak banyak2 ya Mia :)

    ReplyDelete
  9. memang bahaya jerebu..di mana-mana ada ja..

    ReplyDelete
  10. Walaupun berjerebu, masih ramai yang membuat pembakaran secara terbuka. Susah nak beri kesedaran sivik pada yang tak prihatin.

    ReplyDelete
  11. Siannya... nasib OKje masih boleh layan jerebu ni...

    ReplyDelete
  12. Masa kat KL aritu, dua tiga hari tak nampak matahari... errmmm...

    ReplyDelete