Bila dibaca, kelakar juga lawak pontianak ini. Apa tidaknya, boleh juga dikaitkan dengan jerebu. Mia dapat kisah lawak ini daripada emel dan teruskan kongsikan di blog untuk tatapan pengunjung blog ini. Jangan bimbang. Ini bukannya kisah seram. Jemput baca ya...
Pada suatu malam, 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun bersetuju membuktikan kehebatan masing-masing .
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian, dia balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi.
Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak.
Pontianak C : Nampak.
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian, dia balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...
Jerebu punya pasal (^_^)
sumber : emel
boleh ke gitu? hehehhe.....
41 Comments
haha...ape da pontianak tu...
ReplyDeleteal-kisah je.. hehehe...
Deletehahahhahahahaha, jerebu teba sangat. haha
ReplyDeletetak pun.. dia rabun..
Deletehahahaa.. kat mana la tu.. yg pasti, bukan melaka sebab jerebu dh ok.. kahkahkah..
ReplyDeleteni masa tengah jerebu teruk aritu.... hehehe
DeleteMia... first kakak tak dapat tangkap tapi bila fikir, ohoho... dia terlanggar tembok ye hihi...siapalah yg buat cerita ini:)
ReplyDeleteyupp kak zakie... mia tak tahu sumber asal dari mana...
Deleteada jugak pontianak macam tu ekk
ReplyDeleteentah2.. benar2 berlaku kot..
Deletehahahaha.. adoii... hihih
ReplyDeleteteruk juga tu... sakit sampai berdarah. pergi langgar tembok.
Deletejerebu terlampau tebal, sampai tak nampak...adoii..hahaha :P
ReplyDeletetu la.. kesiannya..
Deletehehehe..nasib pontianak ni tak semput kak..alhamdulillah jerebu semakin pulih..
ReplyDeletetu la.. alhamdulillah... jerebu dah nak pulih di sini..
Deletehihi.. pontianak pun boleh accident ya.. :D
ReplyDeletetu la... terlebih berangan...
Deletepontianak pun ade salah gak, hahaha
ReplyDeletebengong juga pun ada... hihihi
Deletehahahahaha, kelakar la..
ReplyDeleteserius kelakar kan.... hehehe...
Deletehampeh punya pontianak
ReplyDeletememang pun.. eddie... hehehe
Deletehahaha.. ada pulak pontianak mcm tu..
ReplyDeleteada juga kottt..
Deletehhahhaaaa kelakar seram nie....
ReplyDeleteseram sedikit je ni...
Deletehehehehe....tu la time jerebu jgn berkeliaran sangat....
ReplyDeleteada pengajaran di sebalik kisah ini..
Deletehaha lawak la...
ReplyDeletememang pun... roslita..
DeleteBukan manusia aje pandai melawakkan Mia...hehe Cik Ponti pun sama
ReplyDeleteyuppp... betul tu hainom...
Deletekalau cik ponti boleh wat lawak Mia.habislah maharaja lawak....nanti mesti ada rancangan Ponti Lawak pulak..kesian manusia kerjaya pelawak pun dah kena kebas...
ReplyDeleteuiii.. tak terfikir plak mia sampai ke situ. tq ya...
DeleteHehe.. Jadi, lepas ni semua kena perintah berkurung, tiada yang terkecuali.
ReplyDeletemacam tu la nampaknya...
Deletealahai... kisah ponti melawak... hehe..
ReplyDeletememang kesian sungguh...
DeleteHahaha..lawak
ReplyDelete