Bila Sofea Tidak Sengaja Format Handphone Mia

Minggu lepas, dengan cara tidak sengaja Sofea telah format handphone Mia. Habis semuanya hilang termasuk aplikasi android dan nombor-nombor telefon serta handphone yang ada di dalamnya.  Ini adalah kali yang pertama kerana sebelum ini Sofea memang pandai buka kartun di YouTube sendiri.

Terkapai-kapai jugalah nak mencari semula nombor-nombor telefon dan handphone rakan-rakan dan juga mula mendownload balik aplikasi android yang digunakan dalam handphone sebelum ini.

Mungkin dah tiba masanya dia ingin mengetahui simbol skru yang tertulis Settings. Tidak mengapa, Mia tak marah Sofea pun. Cuma pesan, lain kali jangan klik kat gambar yang skru itu. Barulah Sofea faham.

Jom tengok apa kata rakan-rakan Mia di facebook....



semakin lama... semakin cerdik...

Post a Comment

37 Comments

  1. mistake itu adalah guru yang terbaik sebenarnya kak mia..kalau kita tak buat silap..kita tak akan belajar..bukan pada budak je..orang dewasa pun..kita sendiri pun..bila dah tahu itu salah so next time tak akan ulang lagi..

    ReplyDelete
  2. xpe...dia nak explore tu....benda kalau rosakpun blh beli tp anak xblh...:)

    ReplyDelete
  3. hehehehe budak2 biasala kak kan . pantang tgk benda pelik2 mesti nak sentuh . mcm anak sedara muni pon dh pandai bukak utube pastu search upin ipin . tatahu la dari mana dya belajar . cepat capture betul budak zaman skrg . xmcm dulu2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cepat je dia klik youtube... takde sapa pun yang ajar...

      Delete
  4. Semakin cerdik sofea ;) Adik saya umur 2 tahun dah ada ipad sendiri untuk dia main game & tgk upin ipin. Tak macam zaman kita dulu2 -.-

    ReplyDelete
  5. errmmmm.... nak marah sangat pun bebudak..... sabo je le

    ReplyDelete
  6. lepas nie kak kena install smart applock, lock apa yang penting terutama setting aka screww,haha supaya dia tak leh nak bukak..

    ReplyDelete
  7. emmm biasalah kanak2 zaman milenium nie. Apa pun syukur smartphone tu tak rosak.

    ReplyDelete
  8. biasala budak2..dah besar karang boleh la marah puas2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah besar pun kena marah dengan cara yang betul juga...

      Delete
  9. apps boleh dimuatturun tp no kwn2 tu susah nak trace balik..

    ReplyDelete
  10. Biasalah budak2 sekarang. Zaman sekarang zaman ICT. Budak kecik dah pandai guna apps ni sampai org dewasa pun boleh kalah dengan mereka kan. Xpe Kak Mia, asal jangan rosak hp tu sudahlah.

    ReplyDelete
  11. sofea teringin nak explore lah tue kak ^_^

    ReplyDelete
  12. Biasalah anak-anak sekarang. Semangat ingin mencuba tu kadang-kadang tak boleh ditahan-tahan. Dari kesilapan macam ni tentu Sofea dah belajar sesuatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak salmi.... sekarang sofea dah tak usik skru lagi...

      Delete
  13. aduhai sofea...dia tgh curious tu yg semua benda nak godeh agaknya...hehe nasib mama dia tak garang.... :D

    ReplyDelete
  14. biase la tu.. nnti kak mia kene la ati2 skit, kang ilang lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya sofea dah faham. dia tak nak mamanya susah hati lagi...

      Delete
  15. Alahai......
    Takpelah Kak Mia....
    Dia tak sengaja....
    Tapi leceh jugak bila hilang semua contact...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks aj... takpe... pelan2 kak mia cari balik contact tu... huhuhu

      Delete