Mood merajuk
Agak menyedihkan sebenarnya apabila pihak Naili Shoppe hubungi Mia menyatakan salah seorang pemenang Giveaway untuk cabutan bertuah yang kedua tidak menuntut hadiah RM10.00 hampir sebulan walaupun telah dihubungi melalui blog dan facebook. Macam mana Mia nak buat Giveaway besar-besaran sempena 10,000 followers nanti sedangkan Giveaway yang sebelum ini pun, hadiahnya tidak dituntut.
Mood suka
Aktiviti didikan Protege Kedua, Farah akan bermula pada minggu depan. Memang Farah nampak teruja betul nak belajar dengan Mia dan Eraz. Jadual aktiviti akan dibincangkan dan diharap Farah dapat melaksanakan tugasan setiap mingguan dengan jayanya selepas ini. Banyak perubahan yang harus dilakukan tetapi semuanya akan dibuat satu persatu dengan teliti. Perlu diingatkan Mia hanya ajar berdasarkan apa yang Mia tahu dan pengalaman Mia sepanjang berblog sehingga sekarang. Eraz juga akan membantu Farah nanti.
Mood susah hati
Dalam seminggu dua ini ada juga beberapa blogger yang meminta pandangan dan komen Mia tentang blog mereka. Bukannya Mia ini pandai sangat dan tidak mahulah dikatakan memandai pula. Dengan berat hati, Mia pun berikan komen yang membina dengan kata-kata paling sopan. Risau juga takut tersalah bagi komen nanti merajuk. Sekadar pandangan daripada Mia. Nak ikut, boleh.... Tak ikut, pun boleh...
ada 3 jenis mood di kala ini....
30 Comments
1 - bg kat paly jer, hehehe
ReplyDelete2 - bz ler nanti protege tu.. chaiyokk! ^_^
3 - diorang pndg kak mia sbagai blogger yg terbaek, mgkn sb tu diorang suh kak mia komen..
komen yang sungguh sweet tu paly.... thanks...
Deletebebelan yg membina...
ReplyDeleteterima kasih ya fendy..
Deletebebelan penuh makna ni kak mia... hu hu hu...
ReplyDeletetq ya farah... harap farah bersedia ya... (opppss macam nak pergi berperang pulak)
Deleteooh duit tu saya nak...hehehe
ReplyDeletetu la.. ingat nak cabut kali ketiga, nak kasi orang yang nak je...
DeleteSalam Mia...
ReplyDeleteNak komen mood susah hati tu, kenapa perlu susah hati...macam tak ikhlas/jujur jer bagi komen namanye tu. Jgn risau Mia, lagi byk di komen lagi kami suka...
Kalau semuanya OK pasti blog kami dah setanding Mia...hehe
Dah! Jangan susah hati...senyum skit :)
wsalam bin muhammad. terima kasih sudi pujuk mia. mia ikhlas beri komen cuma tak nak orang salah faham je. minta maaf teremosi sedikit. ok. mia dah senyum ni (^_^)
Deletewah..hadiah tak dituntut..sape tu??
ReplyDeletekebizian melanda protege kak mia nanti..
kak mia bagi pandangan yang membina..tu yg bagus...kak mia..kembalikan mood kak mia tu ye...smile...
thanks ya.. alhamdulillah pagi ini dah kembali ceria. ;)
Deletewah, kak mia dah macam tutor blog ni...chaiyok kak mia..:)
ReplyDeleteuikkk hehehe terima kasih ya alyn..
DeleteMood bercampur baur nampaknya sis Mia..
ReplyDeleteitu lah miza.. dah macam abc (ais batu campur) plak..
Deletemia.. hadiah rm1o tu lau xde yg tuntut kasi kat saye je . dapat beli nasi lemak tok mkn bekpes pagi2, hehhe
ReplyDeletelega.. dah dituntut selepas entri ni di publish..
Deletemacam2 mood :D hee
ReplyDeletehaah sally... ;)
DeleteEh, ada juga orang tak nak duit ye..
ReplyDeletePasal mood ketiga tu, janganlah Mia susah hati. Kalau akak lah, tentu suka jika Mia komen blog akak sebab akak tahu komen Mia tentu jujur sebab Mia memang suka berkongsi ilmu. Betul tak?
alhamdulillah... terima kasih ya kak salmi..
Deleteapakata kak mia cabut je nama lain sbb dah kira lama tu tak dituntut hadiahnya. so, kurang serabut kepala dari dok memikir je...
ReplyDeletememang nak cabut yang baru, nasib pemenang tu cepat2 tuntut bila entri ni di publish..
Deletesiapa ler yang tuntut hadiah tu...? terlupa @ tak tahu....
ReplyDeletedia tahu... tapi terlupa nak bagi info yang betul kat penganjur. nasib dia cepat tuntut lepas entri ni di publish.
DeleteMood comel ada tak Mia hehe
ReplyDeleteminta maaf lah hainom.. memang takde..
Deletewalaupun ada 3mood harap2nya mood kak mia tetap sentiasa positif.
ReplyDeleteyang tu tetap ada...
Delete