Bantu Blogger Adam Faiz

Tempohari, tiba-tiba blogger Adam Faiz inbox fb Mia dan minta pertolongan supaya boleh betulkan feed blognya. Sudah 2 hari, bloglist tidak update. Punyalah susah hati Adam ini sampai hendak berhenti blog. Memang nampaknya Adam betul-betul stres. Kebetulan masa itu Mia sedang online dan dalam keadaan yang tidak sibuk, terus Mia hulurkan bantuan.

Mula-mula Mia tanya pada Adam kalau-kalau ada buat backup untuk blog. Ternyata Adam tidak buat backup terlebih dahulu. Hmmm....gawat juga ni..



Bila Mia check setting kat Site Feed dashboard blogger, nampak tiada masalah. Peliknya, kenapa feed bermasalah. Bila ditanya, rupanya Adam ada tukar kepada blogskin baru dan usik coding untuk ruangan komen. Pada pandangan Mia, memang tiada kaitan pun. Lepas itu, Mia belek setting Language and Formatting, betulkan time zone kepada Kuala Lumpur. Kemudian, Mia belek pada Layout pula dan pergi pada Blog Posts dan pada masa yang sama belek bentri-entri blog Adam. Didapati tiada tarikh atau masa terpapar pada entri di blog Adam. Mia tick kan ruangan tarikh dan masa di Post Page Options. Selepas itu refresh blog Adam balik. Alhamdulillah, feed dah kembali kepada yang asal dan link blog Adam dalam bloglist pun sudah update.

Kesimpulannya, kalau buat apa-apa perubahan pada blog kena backup dahulu, walaupun perubahan itu hanya sedikit. Mungkin masa Adam buat perubahan itu, telah tidak sengaja terusik yang lain tanpa disedari ataupun mungkin setting blogskin yang baru itu telah membuatkan feed blog Adam bermasalah.

Apa-apa pun masalah telah pun selesai dan diharap Adam dapat teruskan berblog dengan ceria selepas ini. All the best ya...

bantu yang termampu di kala masa lapang..

Post a Comment

54 Comments

  1. betul betul. Backup kalau tak pasti coding betul ke tidak :)

    ReplyDelete
  2. sentiasa back up adalah cara terbaik...walaupun sikit..nt menyesal..hehe...bagus kak mia...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. boleh tengok kat entri ni
      http://www.mialiana.com/2013/04/backup-blog-dahulu-sebelum-buat.html

      Delete
  4. kena backup dulu sebelum membuat perubahan :D

    ReplyDelete
  5. hehehehe betul tu :) kena backup up penting sekali

    ReplyDelete
  6. thank you kak mia,, banyak kali gak tk backup tapi muja pastikan preview dulu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya muja... soalan muja tu pun kak mia belum sempat nak buat dalam entri lagi... sabar ya...

      Delete
  7. kak Mia yg sporting, slalu bntu beLogger lain ^^

    ReplyDelete
  8. kadang tidak sengaja ubah beri kesan lain
    nak cari masalah tu susah juga kena tgk satu2 :)

    ReplyDelete
  9. sangat risau kalau nak edit blog.. kadang2 terxcited sampai xingat nak backup. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi itulah yang selalunya berlaku di kalangan blogger tanpa disedari..

      Delete
  10. Pernah kena bila nak tukar blogskin, blog tak boleh nak open, memang blur masa tu...nasib baik refresh balik baru ada..banyak nak kena belajar kalau nak tukar blogskin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp kak sukma.. kena hati2 kalau tukar blogskin ni..

      Delete
  11. huhu sy pun kdg2 terlupa gak nk bt backup...tp nsb baik la setakat ni menjadi semua..kalau tak xtau la..

    ReplyDelete
  12. ros pun tak pernah ingat nak buat backup..

    ReplyDelete
  13. feed blog ni penting jugak. nasib baik kak Mia terer.

    ReplyDelete
  14. mmg terror MIA ni -- sendiri x pandai nk godek222 takut terjadi yg pelik222... udah cepat gabra ---- tulun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la skit2... delimasari... mia tolong mana yang tahu...

      Delete
  15. salam. kalau ada masalah dlm berblog ni boleh aje minta bantuan dari mia kan?

    ReplyDelete
  16. betul tu kene selalu back up blog kt html coding tu sebelum tukar ape2 coding di CSS atau HTML tu..kawan-kawan yang len leh study HTML di www.w3schools.com. KM selalu study kt situ..

    Menangi 1 Set Kaspersky Antivirus 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu memang rujukan web yang terbaik... bagus tu...

      Delete
  17. k.mia pernah tolong saya dulu..thanks kak mia..:)

    ReplyDelete
  18. Perghh leh jadi pakar dah ni ... :) boleh jadi jemput penulis ni nanti. Amacam?

    ReplyDelete
  19. Memang penting backup dulu sebelum buat apa-apa perubahan..
    Beruntung ada teman seperti Mia yang sudi membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan... masa tu mia tengah free... kak salmi...

      Delete
  20. boleh dijadika pengajaran utk kita. hehhe, sya pun ada backup. ^^

    ReplyDelete
  21. tu la pepatah melayu pon selalu cakap "sediakan payung sebelum hujan, inikan pula bila nak tukar template"...hihihi pepatah hybrid....

    apa2 pun alhamdulillah setel jugak akhirnya....

    ReplyDelete
  22. oo takpe cik akak... ni sekadar perkongsian sahaja..

    ReplyDelete
  23. Kadang tu yg malas nak ubah blog tu ...sebab tu okje maintain apa yg ada aje le ...hehe sebab buta IT...

    ReplyDelete