Apa yang terfikir di minda kita apabila melihat gambar di bawah ini. Kelihatan masjid tidak menerima ramai pengunjung jika dibandingkan dengan premis yang lain contohnya mahkamah, panggung wayang, pasaraya, pasar dan tempat bersukan.
Apabila masjid menjadi kosong nanti, siapakah kelak yang akan memakmurkan masjid. Terlalu sibuk dengan urusan sendiri dan kerjaya? Generasi kita yang akan datang? Atau kita sendiri yang perlu memulakannya..
Sungguh menyedihkan..
Walaubagaimanapun. tidak semua masjid di Malaysia kosong, cuma ada segelintir sahaja. Namun begitu, perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Mungkin 10 hingga 20 tahun lagi akan berlaku dan kita pun tidak akan tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Mohon dijauhkan.
Surah Al-Baqarah Ayat 114 bermaksud :
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."
Surah At-Taubah Ayat 18 bermaksud :
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."
Riwayat Abu Nu'aim, daripada Al-Hakim bin 'Umair bermaksud :
"Hendaklah kamu sekelian menyedari bahawa keberadaan kamu di dunia ini sebagai tetamu jemputan sahaja. Dan jadikanlah masjid-masjid itu sebagai rumah kamu (melaziminya dengannya). Dan hendaklah kamu latih atau biasakan hati kamu dengan berzikir dan berfikir secara lembut dan tenang. Dan hendaklah kamu banyak berfikir dan menangis di atas kesalahan kamu dan jangan terkeliru dengan hawa nafsu. Bermakna kamu mengadakan rumahtangga yang mana lebih dari hajat dam kamu himpunharta lebih daripada perlu dan kamu berangan-angan barang yang tidak akan kamu mendapatkannya."
tiba-tiba terfikirkan masjid pagi ini semasa bangun tidur di kala azan subuh berkumandang, dan terus dapat idea untuk menulis entri ini...
59 Comments
rumah saya dekat dengan surau,,,azan berkumandang sure dengar punya...hanya kitalah yang memeriahkan rumah Allah ini.....
ReplyDeleteooo samalah dengan Mia...
DeleteOKje sendiri pun jarang berjemaah di masjid...mungkin menyumbangkan faktor pengurangan disitu
ReplyDeletemia pun.. huhuhu
DeleteAssalamualaikum kak mia. sedih gak sheila memikirkan.. semoga para muslimin muslimat sekalian tak tegar nak menjauhkan diri daripada rumah Allah ni =__=
ReplyDeletewaalaikumussalam sheila... memang sedih juga ni...
Deleterumah saya pun dekat dgn surau. cuma bila dah sarat mengandung ni, mmg tak boleh tidor malam. walaupun begitu, bila azan subuh berkumandang mesti saya akan bangun. takkan nak tunggu bulan ramadhan baru nak penuhkan masjid kan kak mia. thanks for this entry
ReplyDeleteoo takpe.. sama2 ya..
DeleteBuat renungan/tindakan kita semua....!
ReplyDeleteyupp betul tu..
DeleteAssalamu'alaikum...sedih bila memikirkan ramai orang macam saya :(
ReplyDeletewaalaikumussalam... kena berubah pelan2 la nampaknya...
Deletemmg btol sama macam gambar...kalo cinema, pasaraya ramai orang berpusu-pusu datang. MAsjid pun mungkin tak sampai 10 orang datang...dunia akhir zaman, sibuk dengan hal dunia.
ReplyDeletethanks ya bahrain..
Deletemasjid skrg x mcm zmn Rasulullah.. skrg lepas kul 10 berkunci dah pntu pagar.. dan gelap je.. mmg sedih la situasi ni.. rumh sy skrg Alhamdulillah, dekat dgn masjid.. mmg ceramah agama, kuliah dgr je dr rumah..
ReplyDeleteooo bagus tu maria..
DeleteMemang sedih bila tengok masjid dan surau2 lengang jer.. Lagi sedih bila surau2 dan masjid2 itu dibiarkan kosong, sampai azan pun takde sape nak laungkan.. Nak harapkan orang2 muda zaman sekarang payah.. Surau kat depan rumah Mieza kat kampung pun senyap sunyi jer.. Sedih tengok.. Sesekali jer berkumandang laungan azan, tu pun kalau orang2 tabligh datang.. T_T
ReplyDeletebetul tu.. terima kasih miza...
DeleteMasjid kembali penuh bila masuk bulan Ramadhan.. smapai kat tangga pun ada kan...
ReplyDeletemasa ramadhan.. memanglah...
DeleteinsyaALLAH.. moga2 masjid kita meriah dengan kunjungan tetamu allah..
ReplyDeleteamin... tq ya..
DeleteSemoga masjid menjadi tempat untuk ibadah dan sebagainya
ReplyDeleteamin... kita doakan sama2..
Deletemungkin inilah tanda akhir zaman kak mia,,banyak masjid besar besar..cantik terbina..namun kosong..sedangkan di masjid itulah tempat para malaikat berkumpul menanti jemaah..
ReplyDeletebegitulah nampaknya jua azura..
Deletesaya tunggu khilafah...zaman ni mmg dah rosak
ReplyDeletetq ya.. ;)
DeleteBila tujuan masjid dibina hanya utk kebanggaan tidak mustahil ini semua terjadi. Jadi tontonan bukan utk mendekatkan diri pada agama. Sedih:(
ReplyDeletebetol tu...
Deletehaah kan kak zakie..
Deletethanks ya paly..
Deletehmm,,, makin susah nak cari pemuda subuh ni,, (^___^)
ReplyDeletepayah benar... ;)
DeleteAdalah tanggungjawab muslimin (lelaki) untuk memakmurkan masjid. Lelaki di galakkan berjemaah di masjid dari sembahyang di rumah. Ini wajib diketahui oleh semua lelaki.
ReplyDeleteDan...ketahuilah, andai kita dapat berjemaah subuh seramai sembahyang jumaat, akan hancurlah Israel! Inilah jihad kita yg tidak dapat bersama berjuang di Palestin.
terima kasih di atas perkongsian ini ya bin muhammad..
Deleterumah fyna pun dekat dengan surau. tapi boleh dikira berapa ramai yang jemaah. tapi time puasa semakin bertambah.
ReplyDeleteooo masa ramadhan kan selalunya ramai...
DeleteItulah yg wan dgr tadi masa tazkirah sblm smbhyg jumaat. Masalah ni dah lama dan berlaku di semua tempat. Ustaz tuh kata manusia kini silap paham tentang tuntutan berjemaah.
ReplyDeletesusah nak cakap sekarang ni... tengok ajelah..
Deletegd n3 ni mia, ingatan sesama kita !
ReplyDeletetq ya KA..
Deletesangat sedih bila memikirkan keadaan ini
ReplyDeletebetul tu MV..
DeleteAkhir zaman...
ReplyDeleteMemang ramai berlumba lumba dirikan masjid hanya utk kemegahan.
Tapi tidak di makmurkan masjid..
betul tu daddy..
Deleteperingatan dan perkongsian yang bagus sis mia.wah dapat idea pagi2 di hari Jumaat,hebat!
ReplyDeleteuikk hehehe alea.. tq ya..
Deleteemmm memang tak dinafikan...nak dibandingkan masjid dgn tmpt lain mmg kurang org ke masjid...kena saling igt menginagti sesama kita...:)
ReplyDeletejom kita beringat..
Deletemasjid tersergam indah.. tapi tiada jemaah yang mengimarahkannya.. alangkah sedihnya..
ReplyDeletememang agak menyedihkan..
Deletesama2 kita renungkan...semoga entry ni memberi kesedaran kpd sesiapa yg membacanya..nice sharing kak mia..
ReplyDeletethanks ya seneorita..
Deletekena buat penjenamaan semula masjid2 ni utk tarik golongan muda...kena bykkan aktiviti...
ReplyDeleteharus sangat tu...
DeleteSayangkan Mia.. banyak masjid yang berdiri gah; besar dan cantik namun yang memakmurkannya semakin berkurang.
ReplyDeletebetul tu, Ukhwah tu terbina antaranya melalui saluran masjid. byk aktiviti yg boleh dilakukan utk mengimarahkan masjid tu.
ReplyDeleteyuppp baby... ;)
Delete