Musim cuti sekolah yang lepas, kami sekeluarga telah pun pergi mandi-manda di air terjun Kota Tinggi. Anak saudara Suami Mia, Firdaus pun ikut sekali. Sebelum cuti sekolah lagi, Sofea dah sibuk nak sangat mandi air terjun. Untuk tidak menghampakan harapan Sofea, Mia telah membuat tempahan melalui Agoda.com dan alhamdulillah ada satu lagi bilik yang kosong. Rezeki Sofea. Kami menginap untuk satu malam.
Jom tengok gambar kami semasa mandi di air terjun Kota Tinggi. Rasa sejuk airnya. Mula-mula jejakkan kaki ke air, memang terjerit-jerit Sofea. Bila dah masuk dalam air, berjam-jam mandi pun sanggup. Bila diajak keluar, payah betul.
Selepas dah puas mandi dengan pelampung sendiri, mulalah Sofea bising nakkan pelampung yang besar dan nak main gelungsur air. Berani betul Sofea. Rasanya 7 kali round dia main gelungsur air dengan Firdaus kemudian 1 kali round dengan Mia. Kecut betul hati Mia, risau kot-kot bila dah sampai ke bawah boleh terbalik. Alhamdulillah, tidak terbalik. Lega. sekali sahaja Mia naik gelungsur itu, berderau darah ini sebab laju bila turun. Sofea pula suka dan tidak takut, siap cakap dengan Mia, "Mama jangan takut, Sofea ada ni". Layankan sahajalah karenah Sofea.
Bila dah penat rehat sebentar sambil minum air. Kemudian, aktiviti mandi-manda bersambung lagi di kolam renang Kota Tinggi Waterfalls Resort. Memang tidak tahu penat Sofea ini. Bab-bab mandi ni, memang dia suka sangat.
Nampak tak? Seronoknya Sofea berenang sambil ditemani Firdaus. Kami hanya duduk santai-santai di tepi kolam sambil perhatikan gelagat mereka. Sofea mula-mula berenang dalam kolam renang kanak-kanak dan kemudian kolam renang dewasa.
Di Kota Tinggi Waterfalls Resort, hanya ada 2 talian telekomunikasi sahaja yang mendapat liputan iaitu Digi dan Celcom. Kalau guna broadband Celcom pun hanya dapat signal Edge. Bilik hotel yang kami tempah tiada televisyen dan apabila menjelang malam memang kena pasang ubat nyamuk elektrik di dalam bilik bagi mengelakkan agas dan nyamuk.
Kawasan air terjun ini sungguh tenang dan mendamaikan. Sesuai untuk aktiviti riadah dan cuti untuk satu keluarga. Hilang segala masalah buat seketika. Yang penting kita dapat bermesra luangkan masa bersama keluarga.
opppsss.. Mia tiada dalam gambar sebab jadi tukang ambil gambar.... (^_^)
42 Comments
seronoknya dapat beriadah bersama keluarga.. jernihnya air kat air terjun tu ya kak mia..
ReplyDeleteyupp.. memang jernih..
DeletePnh rncg nk g tpi x pergi2... Tpi sejak ada kes k3ncing tikus tu.. Hubby sy twar hati nk gvtmpt yg de air dan mndi mnda ni...
ReplyDeleteooo... sekarang ni rasanya dah ok..
Deletewah ! dh lme kita tak pegi air terjun kota . padahal dekat je dengn rumah .. hehe .
ReplyDeletewahhh.. lagi senang nak datang tu..
Deletebestnya. dah lama tak mandi air terjun. sob3
ReplyDeletejom... ;) aqilah..
DeleteAlahai Mia... manalah ada budak tak suka main air. Kakak tengok pun seronoknya. Walau dekat dgn tempat tinggal kakak tapi lama betul kakak tak kesini..
ReplyDeletebetul tu kak zakie...
DeleteBestnya beriadah.. Budak budak kalau nampak air mmglah...
ReplyDeletehaah kan dayana..
Deletewah..kak mia,klu roger2 boleh turun air terjun jugak..orang kota tinggi dah lama tak pi air terjun..sekarang nie dah banyak jugaklah perubahan kan kak mia...
ReplyDeleteuikkk nanti roger la... memang akan datang lagi nanti...
Deletewish to pegi ke semenanjung malaysia one day hehe
ReplyDeletejemput datang ya...
Deletewhoaaaaa tenang je tengok air terjun
ReplyDeletememang tenang betul..
Deletedah lame gak tak pegi air tejun ni.. hohoho.. last pegi taon lepas, tu pun tak mandi sb rmai sgt org..
ReplyDeleteooo takpe paly...
Deletetak pernah sampai lagi kat Air Terjun Kota Tinggi...huhu
ReplyDeleteoo takpe kak sukma...
Deleteseronok mandi manda.terasa udarasegar. Apa khabar?
ReplyDeleteudara memang menyegarkan... khabar baik ya etuza..
Deletemacam best jer dah lama jugak tak ke kotas tinggi nih
ReplyDeletejom pergi.. jomm..
DeleteWah...seronoknya sofea. Sekali sekala elok gak gi air terjun dapat menenangkan fikiran dan menhirup ion-ion negative yang menyegarkan.
ReplyDeletehaah... betul tu...
Deletedah lama sgt tak mandi air terjun .. mer0yan plk tgk gmbr nie, huhu
ReplyDeleteuikk sabar ya..
Deletehappening, bestnya sofea boleh main air :)
ReplyDeletememang itulah kegemarannya...
Deletebestnyer bermandi manda!!heee
ReplyDeletememang best mime..
Deletetak pernah sampai lg ke kota tinggi....
ReplyDeletesenang2... datanglah ya..
DeleteWah, bestnya.. Akak pernah ke Kota Tinggi tapi tak pernah ke air terjun ni..
ReplyDeletelepas ni.. akak singgah la ya...
Deleteaktiviti masa kecil. time cuti sekolah family mesti pergi sini. sebab dulu nak masuk murah. sekarang dah makin mahal. hehe
ReplyDeletehaah kan roslita..
DeleteKali terakhir rasanya Okje pergi masa kecik dulu!
ReplyDeleteooo.. dah lama benar tu..
Delete