Kisah Notebook Rosak, Blogger-droid dan Bloggeroid

Hmmm... Sejak petang semalam Mia cuba install aplikasi Bloggeroid dan mula gunanya untuk entri Selamat Hari Ibu memandangkan tengahari semalam semasa nak update blog, kisah pisang tanduk Mia ada masalah dengan blogger-droid di handphone ini.

Dua hari lepas, notebook Mia yang baru lepas pulih dibaiki selama 3 bulan, rosak kembali. Baru pakai dalam sebulan ni, tup-tup rosak kelmarin. Geramnya. Microchip grafik yang diganti baru tempohari telah failure. LCD monitor gelap, tidak boleh hidup. Spare part ni tiada di sini. Kedai komputer kena order dari luar negara. Tak tahulah nak kena tunggu berapa lama lagi nanti. Jadi, terpaksalah guna handphone untuk update blog. Nasib kat rumah memang ada satu komputer desktop. Mia lebih selesa update blog guna handphone sebab leceh nak transfer gambar ke komputer. Selalunya kalau guna notebook, lebih selesa transfer gambar dengan bluetooth.

Nak dijadikan cerita. Kira review jugalah ni. Aplikasi Blogger-droid ni dah macam lain sedikit. Tak macam dulu. Sekarang dah ada paparan iklan di bahagian atas Post Editor yang kadang-kadang menyakitkan mata. Lepas itu, apabila klik Publish terus keluar mesej Video pula. Takkan nak tekan Yes. Tentulah tekan No. Apabila Mia buka blog kat browser rupanya ada 2 update sekaligus. Mula-mula entri yang kita buat tadi. Lepas itu, entri kosong yang hanya ada tulis Published with Blogger-droid. Cepat-cepatlah Mia buka Blogger Dashboard kat browser dan delete entri kosong tersebut. Bloglist pula dah update. Hanya ada nama blog sahaja, tiada nama entri. Sebab entri kedua yang terPublish itu kan kosong. Angin betul Mia semalam. Lepas setengah jam barulah kat bloglist tertera kisah pisang tanduk tu. Terus serik tidak mahu guna lagi Blogger-droid. Takkan setiap kali update entri, nak kena delete entri yang kosong tu...

Tindakan segera seterusnya petang semalam... Ada juga dalam beberapa aplikasi yang Mia download dari Google PlayStore dan install ke handphone. Cuba punya cuba, ternyata aplikasi Bloggeroid menepati citarasa Mia. Baru dapat menarik nafas lega...



Syukur.... selesai masalah Mia. Selepas ini akan guna aplikasi Bloggeroid untuk update blog. Esok akan gerak ke Kuala Lumpur untuk hadiri kursus tanpa notebook di sisi. Terpaksa senyum walaupun hati gundah gulana.

nasib ada handphone Samsung Galaxy S Advance ini... masih dapat update blog secara konsisten...

Entri berkaitan :
Cara-Cara Update Blog Secara Mobile Dengan Bloggeroid
Guna Memo Untuk Simpan Coding HTML

posted from Bloggeroid

Post a Comment

45 Comments

  1. Saya tak pandai nak update blog guna handphone ;) hee

    ReplyDelete
  2. mai mmg xpernah update blog guna hp..xreti pn ye gk rasanyer..hee

    ReplyDelete
  3. saya pakai handphone cabuk je.. tak mampu nak beli hp mahal:)

    ReplyDelete
  4. Mujur lah tengok semula kalau mesti pelik entri kosong mengekori...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak mahh... mia memang selalu check bila lepas update...

      Delete
  5. kena download gak nie.. best sket time travel.. blog sentiasa update

    ReplyDelete
  6. ha tu pasal. before this , tia pun guna blogger-droid tu juga. tapi dah uninstall sebab semak tengok iklan dan kena pula hadapi problem macam k.mia tu. lepas ni nak guna bloggeroid juga lah. kot2 kami serasi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tia pun alami yang sama. ingatkan kak mia seorang je yang kena...

      Delete
  7. memandangkan kat opis banyak benda kena blocked..SA blogging guna application ni..alhamdulillah...so far..ok jer...cuma x dapat update blog secra meriah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kat ofis memang macam tu... ooo guna bloggeroid ya... janji boleh update ya tak..

      Delete
  8. sy lebih suka guna blogeroid..lebih user freindly.. bloger-roid dah lama buang..xtau la..lain org lain caranya :)

    Jom masuk blog sy ...sy ada jual biskut gula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo memang guna ni. kalau tahu, dari dulu lagi mia dah guna ni... hmm..

      Delete
  9. assalam mia..acik sampai la ni tak faham2 macam mana nak guna h/phone untuk tulis blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam acik.... ooo takpe.. boleh belajar gunanya pelan2..

      Delete
  10. xpernah update guna application ni lagi...xbiasa update guna hp...next time boleh try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah fendy.. kot2 ada emergency, bolehlah guna nanti..

      Delete
  11. tak der rotan akar pun berguna MIA....

    ReplyDelete
  12. owh..bloggeroid lagi best ek? saya guna bloggerdroid je..

    ReplyDelete
  13. Nasib baik dapat kesan awal.
    Akak belum pernah update guna hp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo tak pe kak salmi... nanti senang2 cubalah...

      Delete
  14. oooh dah mula la tu masukkan iklan...hehe maklumlah app free....nasib sy tak pernah pakai lg mobile punya app utk update blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... amat terasa tidak selesa sekali timi...

      Delete
  15. menarik kak mia.... remy tak pernah hapdet blog guna hp lagi...nak try lah.....

    ReplyDelete
  16. Eraz pun belum baiki lagi ni.. Adoi...

    ReplyDelete
  17. ada smartphone tp susahlah kak kita nak update guna hp ni..

    ReplyDelete
  18. Lepas ni iha kena install semua bloggeroid la..

    ReplyDelete
  19. dah uninstall blogger droid tu sis..

    ReplyDelete
  20. salam. seronoknya dengar mia dan orang lain update blog guna hp. saya masih terkial2 belajar. dah try beberapa kali tak dapat :(.

    worst more, bila saya nak update blog dari laptop dan nak upload picture dari hp (samsung S3) pun tak dapat. padahal saya dah download application Google+ untuk android. dah berhari mengadap blog ni...macam mana ya? sigh.

    ReplyDelete