Hari ini Mia dan Suami Mia dah bercadang untuk keluar mengundi dalam 12.00 tengahari di Dewanraya Taman Universiti dan beranggapan pada masa itu tentu orang sudah tidak ramai. Mula-mula Suami Mia mengundi dahulu sementara Mia jaga Sofea di luar dewan. Selepas selesai, Mia pula yang pergi mengundi dan Suami Mia pula yang jaga Sofea.
Sangkaan kami meleset apabila sampai di sana dan rasa kecewa sebab orang masih ramai sehingga beratur di luar dewan. Kami ke kaunter luar untuk semakan dan mengambil keputusan untuk hantar Sofea ke rumah neneknya (Mak Suami Mia) yang berdekatan dengan Taman Perling. Kami terus beredar tanpa sempat mengundi sebab hari dah nak mula hujan. Kesiankan Sofea. Nanti dia meragam dan rasa tidak selesa menunggu dengan keadaan yang sebegitu.
Sofea merajuk bila dah sampai rumah neneknya sebab dia dari minggu lepas sibuk nak mengundi bila nampak iklan di televisyen dan bendera parti di tepi jalan. Nasib baik, keluarga Mertua Mia telah mengundi sebelah pagi tadi. Selepas hujan reda, kami terus bergerak semula ke Taman Universiti untuk mengundi. Jarak perjalanan dalam 8 hingga 10 kilometer. Bila sampai dalam pukul 2.30 petang, alangkah gembiranya di hati ini, orang ramai telah berkurangan dan kami terus masuk ke dalam dewan dan pergi ke Saluran 6. Terasa janggal betul apabila jari telunjuk dicalitkan dakwat kekal berwarna biru. Selepas mengundi untuk Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya, tanggungjawab kami kepada negara Malaysia telah selesai. Syukur, alhamdulillah. Sempat juga bergambar sekejap di luar dewan sebelum pulang..
Kami segera balik, takut Sofea marah kalau tinggalkan dia lama-lama di rumah neneknya. Selepas ini, hanya perlu tunggu keputusan penuh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) 2013 pada malam ini. Tetap sabar menanti...
pada pilihanraya sebelum ini, lokasi mengundi kami di sekolah tetapi tidaklah ramai sangat pada masa itu...
Published with Blogger-droid v2.0.10
38 Comments
paly pun dah slesai :)
ReplyDeletewahhh...good job paly...
DeleteAlhamdulillah :) Moga undi akak diredhai Allah ^_^
ReplyDeleteamin... terima kasih arya...
Deleteselesai sudah :) alhamdulillah.. Hana kena tunggu PRU14 baru boleh ^^ hehe
ReplyDeleteooo takpe.. hana...
Deletehahha.... :D satu undi itu amat bernilai :) saya un pru14 baru leh... hahahah xD
ReplyDeleteyuppp betul tu aisya... satu undi juga boleh menentukan segalanya...
DeleteMia mengundi di tpt kerusi panas ni - Gelang Patah. PP mengundi di DUN Pkn Rinting & P Pulai at Sek T Sutera....
ReplyDeletememang panas PP.. hebat sangat kempen di kawasan Mia...
Deletetahniah kak.. masih kekalkah dakwat kekal itu??hehe.. saje tanye., sbb my mom punye dah tanggal..
ReplyDeletetq dear.. lagi 5% je tinggal lagi ni... jenuh tenyeh dengan sabun.
DeleteHee..jom tggu result kak.. :)
ReplyDeleteyuppp berdebar2 tadi.. ni result pun dah kuar..
DeleteTahniah kak ;)
ReplyDeleteseronok mengundi?? saya tak ckup umur lgi :D
ReplyDeleteseronok jugalah khairil... sebab boleh menyumbang undi kepada negara..
Deleteseronok tengok suasana yang meriah....=D
ReplyDeleteyuppp.. meriah sangat kat sini..
Deletesaya pun mengundi petang.....orang dah tak ramai lagi...tapi hari nak hujan...
ReplyDeleteooo.. kat sana pun hujan juga ya kak sukma..
Deletewah panassssss tu.saya tak berpeluang undi utk johor sbb dh tggl kt sepanghuhu.berdebar jugak tgu result :)
ReplyDeletememang panas kat sini... hebat sangat berkempen...
Deleteooh gelang patah....tahniah kpd lim kit siang sebab menang kerusi parlimen....
ReplyDeletebetul2 menang besar.. timi..
Deletewah....seronok nye..
ReplyDeletetapi tak seronok bila ada tanda biru tu....
DeleteKita yang dah ngundi ni harap yg menang tu tunaikanlah tangunggjawab mereka
ReplyDeleteyuppp fahmi.... janji biarlah ditepati...
Deletealhamdulillah..selesai sudah...
ReplyDeletetq nor... tapi ada juga yang tidak keluar mengundi... huhuh
DeleteTahniah Mia kerana dah menjalankan tanggungjawab.
ReplyDeleteterima kasih kak salmi.. tetap bangga walaupun hanya menyumbangkan 1 undi..
Deletesudah selesai satu tanggungjawab sebagai seorang rakyat :), yang lain kita berserah kepada pemimpin
ReplyDeleteyupp... betul tu lisa..
DeleteEraz bawa isteri dlu mengundi, then baru drive blk kg Eraz pulak.. rasa mcm hari raya plk..
ReplyDeleteMV pergi mengundi awal pagi lagi kak..mmg ramai yang berbaris
ReplyDeleteInai ink pun dah hilang dah mia hehe....
ReplyDelete