Entri kali ini Mia ingin menyingkap beberapa kelebihan atau kebaikan berblog. Mia hanya nak berkongsi pengalaman Mia sepanjang berblog sebenarnya terselit beberapa kelebihan tanpa kita sedari. Maksudnya kita tidak perasan dan bila ianya berlaku, barulah kita sedar dan syukur nasib baik ada blog. Tidak semua blogger akan mengalami perkara yang sama. Ini berdasarkan apa yang Mia lalui.
Kemahiran menaip semakin cekap dan lebih cepat. Katakanlah kita ini blogger tegar. Setiap hari pasti akan update blog. Sudah tentu kita akan menaip menggunakan keyboard sekiranya menggunakan notebook atau komputer desktop. Begitu juga kepada blogger yang selalu update blog secara mobile, yang menggunakan keypad handphone atau tab untuk menaip. Apabila jari-jemari sudah terbiasa dengan menaip, secara tidak langsung ianya akan mempertingkatkan kemahiran menaip kita. Makin lama makin senang dan mudah untuk menaip.
Memupuk minat untuk membaca. Walaupun hanya dengan membaca entri di blog-blog lain, sebenarnya telah memupuk minat untuk membaca kepada diri sendiri. Membaca menambahkan ilmu pengetahuan, belajar mengenal sesuatu dan juga menjadikan kita seorang blogger yang mempunyai daya pemikiran terbuka dan meluas. Ini selalunya berlaku ketika kita melakukan aktiviti berblogwalking atau mencari maklumat tertentu. Blog begitu luas sekali pendekatannya, bukan setakat kisah peribadi atau kekeluargaan sahaja tetapi ada blog yang memberikan maklumat dan informasi, berita dalam dan luar negara, pengetahuan am, tutorial, politik, keagamaan dan lain-lain lagi. Pendek kata, apa sahaja yang terdetik di minda, sudah tentu ada blog yang berkaitan dengannya. Ini terbukti apabila kita buat carian di dalam Google, Yahoo dan Bing, kebanyakan keputusan hasil carian adalah tajuk-tajuk entri di dalam blog-blog yang berkaitan.
Kemahiran mengarang dengan berkesan. Apabila kita sentiasa membaca, sudah tentu akan membantu kita mengolah dan mengarang entri blog dengan lebih baik. Blog boleh dijadikan platform untuk kita berlatih menulis apa sahaja yang dirasakan perlu dan berkongsi pandangan dengan orang luar. Idea dan corak pemikiran kita akan lebih matang. Terkadang apabila Mia terjumpa blog yang mempunyai gaya penulisan yang bagus selalunya Mia akan bookmark dan apabila senang akan kembali semula untuk membaca entri-entri lain di dalam blog tersebut.
Celik IT. Tidak semua blogger mempunyai pengetahuan luas dalam bidang IT (Information Technologi atau Teknologi Maklumat). Ada juga yang tidak tahu langsung tentang IT. Bila dah ada blog, sudah tentu akan belajar dari mana-mana blog tutorial untuk membuat perubahan kepada design, layout, coding, template, widget di sidebar dan lain-lain lagi berkaitan blog. Kalau dahulu tidak tahu, sekarang sudah pandai. Kalau dahulu hanya update blog dengan notebook atau komputer, sekarang dah boleh update blog secara mobile. Ironinya sifat keinginan untuk mencuba sebenarnya sudah menjadi lumrah kepada blogger. Golongan blogger paling mudah mengikuti perkembangan teknologi semasa dan menerima pembaharuan.
Ramai kawan. Bila sudah ada blog, kita seolah-olah mencipta satu komuniti sendiri dan bilangan kawan bertambah ramai dari sehari ke sehari. Di sinilah fanpage, google+, google friend connect, email, shoutbox, twitter, instagram, wechat, ruangan komen di blog dan lain-lain lagi memainkan peranan penting untuk blogger berkomunikasi dengan pengunjung dan orang luar. Komuniti bertambah meriah apabila adanya aktiviti-aktiviti blog yang menyihatkan seperti giveaway, segmen, contest, pengkomen tegar, kuiz, penghargaan kepada follower dan blog review. Setiap blog ada keunikannya tersendiri. Sudah tentu akan adanya pengikut-pengikut setia atau followers yang sentiasa mengikut perkembangan blog kita. Percayalah, pada mulanya mungkin tidak berapa ramai, lama-kelamaan akan bertambah ramai apabila kita konsisten dalam berblog.
Blog menjadi idola dan sumber inspirasi kepada yang lain. Mia paling terharu apabila nak menyentuh perkara ini. Apa tidaknya, blog Mia ini sudah menjadi rujukan pelajar-pelajar Open University Malaysia (OUM). Mia selalu terima pertanyaan dan ucapan tahniah daripada mereka. Ada juga datangnya daripada pelajar-pelajar universiti lain. Mia hanya menceritakan pengalaman belajar di OUM sambil tidak mengabaikan tanggungjawab kepada kerjaya dan keluarga. Susah senang dan cabaran yang ditempuhi, Mia coretkan ke dalam blog ini sebagai kenangan. Itulah motif asal Mia berblog. Tidak sangka pula sekarang ianya merupakan kunci kekuatan kepada blog ini. Syukur, alhamdulillah. Dari segi dunia blog pula, blog ini telah mempunyai ramai followers yang sentiasa memberikan sokongan dan menyuntik semangat Mia untuk terus berblog. Tiada apa yang menggembirakan Mia, selain daripada blog ini mendapat kunjungan daripada anda semua.
Kini sudah jelas, sebenarnya banyak kelebihan berblog tanpa kita sedari yang secara tidak langsung memberikan keuntungan jangka panjang kepada kita sebagai blogger. Ianya terlalu berharga dan tidak boleh digantikan dengan wang ringgit. Terasa cerianya hidup ini apabila sudah ada blog sendiri...
Semoga entri ini dapat membuka perspektif dan minda anda terhadap kelebihan berblog...
sayang sangat kat blog ini...
92 Comments
good sharing kak mia..:)
ReplyDeletethanks ya nor...
Deleteseronok kan berblog ;-)
ReplyDeletehaah phat.... perasaannya tu hanya blogger sahaja yang tahu...
Deletebetul tu kak mia...berblog ni sebenarnya banyak yang positive... if kita berblog dengan cara yang sihat dan betul... awesome entry from kak Mia...thumbs up!
ReplyDeletethanks ya farah... memang kena ambil secara positif... ;)
DeleteInfo yang bagus dan banyak benarnya..
ReplyDeletetq huda... itulah hakikatnya...
Deleteya...berblog memang menyeronokkan & kita dpt share bnyk maklumat.. Jom berkunjung ke blog kitorg plak... >> http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
ReplyDeletebetul tu... terima kasih ya...
Deleteblogging my new obsession (^_^)
ReplyDeleteyes... definitely... thanks..
DeleteYes....sampai habis aku membacanya...Info yang bagus..memangb betullah
ReplyDeleteterima kasih ya mala... sudi baca entri mia sehingga habis... ;)
Deletesetuju dengan kak mia..blog nie pun jadi sumber inspirasi saya jugak...hehe
ReplyDeleteterharunya.... terima kasih ya rohaida...
DeleteOkje sangat setuju dgn Mia!...
ReplyDeleteterima kasih hainom...
Deleteyes setuju :)
ReplyDelete(^_^) tq uzu...
DeleteAssalamualaikum kak mia! terima kasih! sheila pun baru sedarrr. daripada personal hingga jadi universal blog tu. hihihihi *maafkan saya terpoyo pulak* hehehhehe nice sharing kak mia!
ReplyDeletewaalaikumussalam sheila... sama2 ya.. ;)
DeleteAssalam dear Mia...ape khabar, anak-anak sihat kee... :)
ReplyDeleteKak Ummi agree dengan Mia....kak Ummi pun masih baru mencuba-cuba.... :D
waalaikumussalam kak umi. alhamdulillah sihat semuanya.
Deletepercubaan kak ummi yang bagus tu. teruskan berblog ya..
paling bagus celik IT.. sebagai suri rumah saya taknak dikatakan tiada pengetahuan macam katak bawah tempurung..See, siapa yang lebih celik sebenarnya?haha
ReplyDeletebagus tu... surirumah sekarang pun boleh ada blog juga. tahniah ya mieza..
DeleteSEtuju dgn Mia, bnyk ilmu dapat dikongsi dan ramai pula kawan. Soal menaip tu kakpb memang dah terror...hehe..masa kerja dulu biasa guna mesin taip lama.
ReplyDeletewahhh.. hebat menaip tu. bagus2... tq ya.
Deleteyup..betul tu kak mia..memang ia berlaku secara tidak langsung kan.. =)
ReplyDeletehaah kan mimie... bila duduk diam2 baru perasan...
Deletegood sharing
ReplyDeletepaling best dalam dunia blog, kita dapat ramaii kawan baru secara tak lgsung dapat bertukar2 pendapat dan kongsi pengalaman..
ReplyDeletepart yang ni memang best nory... terasa indah dan harmoninya dunia blog kita bila ada kawan2 yang mesra di alam maya...
Deleteye setuju dengan setiap abjad di entri ni he3...
ReplyDeletecuba lihat semakin ramai blogger kaum adam..yang dulu dikenali kurang suka menulis & membaca ayat yang panjang berjela.tapi kini mereka pun sama2 bergelar blogger.Bersaing secara sihat dan berkongsi tutorial mengenai lokasi makan2,lokasi percutian,IT,dunia permotoran,fotografi dll dengan blogger perempuan(yang memang terkenal kalau tulis entri,tak reti nak pendek2 ~ dah macam cerpen)
kagum lihat semakin ramai blogger baru yang bijak mengolah entri seakan2 entri tu bernyawa.kalau sedih,kita turut sebak,kalau kelakar kita turut tersenyum.apa2 pun memang bangga dapat berkawan dengan blogger yang hebat macam sis mia :)
Nice kak :D
ReplyDeletethanks ya filzah.. ;)
Delete100% Setuju dengan kak mia..;p
ReplyDeletetq ya mrs secretary...
Deleteassalamualaikum mia...
ReplyDeletebetul tu.. setuju sangat.. macam2 kelebihan menjadi blogger.. secara tak langsung nya.. kan.. :)
waalaikumussalam.. terima kasih ya... memang secara tidak langsung...
DeleteAkak setuju egn pendapat Mia.
ReplyDeletependapat yang bernas kepada yang pandai menghargainya....nice info...
ReplyDeletethanks ya kak sukma..
Deletebanyak positivenya bila kita berblog ni kan mia :)
ReplyDeletebetul tu ann.. ;)
DeleteSetuju, berbelog ni jugak salah satu mengasah kreativiti kita, sentiasa berfikir untuk entry terbaik. Bagus untuk minda. mengelakkan nyanyuk lagi kan hhih
ReplyDeletethe best sharing form KAK mia!! :D
ReplyDeleteterima kasih ya khairil... terharunya kak mia ni...
Deletealhamdulilah.. acik sangat setuju.. tahniah !!! dan harap akak teruskan berblog
ReplyDeletebelom bace lg entri ni tp nnti nak bace gak jap2 lg, rehat dlu, bru balik keje.. hehehe
ReplyDeleteTahniah mia and setuju sangat ...eventhough bukan blogger tegar but somehow berblog ni boleh jadi addicted..
ReplyDeleteSetuju dengan Mia.. Banyak kelebihan berblog.. Yang pasti pengetahuan semakin bertambah.
ReplyDeleteaiza setuju dengan entri kak mia ni.. dengan berblog juga perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup..
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat tersebut. Bagi saya, blog adalah medium terbaik untuk berkenalan dengan lebih ramai fotografi berpengalaman yg lain. :)
ReplyDeletebetul tu, banyak kelebihan yang diterima tanpa kita sedari... paling penting juga dapat berkongsi idea dengan rakan blogger :)
ReplyDeletenice sharing!
saya suka membaca mia...betul apa mia kata
ReplyDeletesetuju ngan mia, kdg tanpa sedar, ada ilmu jugak yg kita dpt dr blogging ni... sbg cth entri yg rakan2 blog post...sedikit sebanyak apa yg kita tak tau pun akan jadi tau...
ReplyDeletetnpa kita sedari...:) setuju tuh.. :DD
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSetuju dgn entri ni. Kelebihan ber blogging telah dinyatakan Mia, pasti ada juga kekurangan atau negatifnya...
Melalui pengalaman, boleh Mia share... :)
sangat banyak kelebihannya. dari 0, sekarang tia dah sedikit sebanyak pasal dunia blog :D
ReplyDeletesetel.. dah bace... tak de pndangan untk diberi berkenaan entri kak mia ni... sb pengomen kat atas dah tulis dah.. hehehe
ReplyDeletesetujuu sangatt dengan kak mia ^_____^ nice sharing lovely sis..
ReplyDeleteBetul tu kak mia.. banyak kelebihan berblog ni ^_^
ReplyDeletestuju2..betol sgt 2 :)..kelebihan yg positif dn xdsgka..
ReplyDeletebtl2.. byk klebihan berblogging nie. . :)
ReplyDeletehaah kan vanilla...
Deletebetul3 setujuuu ^^
ReplyDeleteterima kasih norliza...
Deleteaah, btol jugak..mmg tak sedar...
ReplyDeletethanks ya bahrain...
DeleteAlhamdulillah sama2 kita berkongsi utk manfaat semua dlm berblog..:)
ReplyDeletesyukur.... amin.... thanks ya...
DeleteSangat setuju. Satu lagi, kita dapat lihat dengan siapa kita berkawan dan mendapat follower. seolah-olah 'ngam' dgn kita padahal tak kenal pun.. semakin lama semakin akrab, bagaikan kawan baik di alam nyata. Lama tak berblog akan ada yang tertanya-tanya.. ah so sweet..
ReplyDeletetu la... terasa mesra walaupun hanya di alam maya...
Deletesetuju sgt dgn mia..
ReplyDeletesama2 kita terus mewarnai dunia blog nie erk
yuppp betul tu.. zarena..
Deleteassalamualaikum mia...betul tu mia dr x tahu hinggakan dah tahu bagaimana nak melakukannya mmg terbaik...;)
ReplyDeletewaalaikumussalam mama... terima kasih ya...
Deleteentri ni mmg telah menyedarkan sy....kalau difikirkan mmg betul kalau tak kerana nak buat blog sudah tentu sy takkan terfikir pon nak belajar pasal koding2 semua ni....lagi satu memupuk sifat suka membaca tu mmg betul sgt...hehehe sebelum ni mmg malas membaca tapi bila dah asyik BW dah jadi alah bisa tegal biasa pulak...haha
ReplyDeleteterima kasih... timi...
Deletesejak berblog din semakin celik tentang dunia IT dan kelajuan menaip meningkat sebanyak 120 KM/H hehe lajuuu :D
ReplyDeletewah... betul2 laju menaip tu, din.....
Deletesetuju... rasanya saya pun ada dapat kesan positif berblog ni
ReplyDeletebagus... kan fahmi...
DeleteBETOL TU AKAK .. SOKONG SGT2 .. NICE SHARING
ReplyDeletebetul 100% kak mia..berblogging ni sebenarnya boleh tmbh ilmu secara tak lnsg...kwn² alam maya pun ramai...best sgt:D
ReplyDeleteMemupuk minat untuk membaca!
ReplyDeletesetuju dengan ssemuanya....
ReplyDeleteperkongsian yang bagus dan blh bakar semangat..
ReplyDeleteasal dulu sy x suka blog tapi selepas dpt bW baca mcm2 entry sy rasa best plak ^^
ReplyDeleteMemang Mia lah sumber ilham akak dan idola akak dlm berblogging. Akak mula belek semula blog akak penghujung tahun 2012. Cuba serius berblogging dr awl tahun ini. Spjg berblogging, mmg Mia juga menjadi idola akak. Diam tak diam, dari mula berblogging bermula dari join segmen yg Mia anjurkan, follower akak bertambah. Begitu juga dgn Nuffnang akak, semakin bertambah. Alhamdulillah... Mmg best berblog
ReplyDeletemmg betul..semakin hari semakin byk pngetahuan baru yg kita pelajari..nama pun teknologi maklumat..dah tentu la banyak maklumat yg kita boleh manfaatkan..anyway, nice sharing n feel free to visit my blog www.qiyasaad.blogspot.com ,thanx..
ReplyDelete