Jangan Mudah Lupa Diri

Dalam kita mengejar apa yang kita impikan dan apabila kita telah berjaya mendapatkannya dengan usaha yang gigih, dinasihatkan jangan mudah lupa diri dan alpa. Sama-samalah kita beringat. Kita ini sebagai manusia tidak akan terlepas dari dugaanNya. Begitulah lumrah kehidupan di dunia ini.

Kita diuji dengan kesenangan dan kemewahan. Apa yang kita nak, semuanya dapat. Ini pun dugaan juga. Untuk menguji sama ada kita lalai atau pun tidak kepadaNya. Harus ingat, apa yang kita miliki sekarang ini bukannya hak kita yang kekal. Bila-bila masa ianya boleh ditarik balik. Tidak mustahil, hari ini kaya dan esok pula akan jadi miskin.

Kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Apa yang kita nak, sukar untuk dapat. Dugaan ini memang menguji kesabaran dan harus dilalui dengan tabah. Kerana Dia amat mengetahui segalanya. Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Berdoa dan berusaha untuk berjaya. InsyaAllah dengan keizinanNya, kita juga mampu mengatasinya.

Jangan mudah lupa diri walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ketika suka, ketika duka... Ketika sihat, ketika sakit... Ketika senang, ketika susah... Sentiasalah ingat kepadaNya. Sebaliknya, secara tidak sedar, ianya boleh menjuruskan diri kita kepada pengaruh syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan kita. Akibatnya, diri sendiri yang akan rugi. Mohon dijauhkan dari kita semua....

Di sini Mia kongsikan ayat 160 Surah Al-Imran...


Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. ( Surah Ali Imran : 160 )

Sentiasa bersyukur di atas apa yang kita ada. Jangan biarkan diri hanyut dengan arus kemodenan dunia ini. Hidup ini perlu ada keseimbangan di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya...

 tiba-tiba Mia terasa nak mengarang entri ini... sekadar peringatan... 

Post a Comment

57 Comments

  1. 2 thumbs up for this entry! Thanks for reminding :) manusia, selalu lupa bila dah dapat apa yang mereka mahu. Bila dah hilang, barulah sedar. Dalam Surah Al-Anbiya, ayat 35 Allah dah ingat kan tentang kesenangan tu pun ujian jugak "...dan Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... terima kasih di atas perkongsian surah anbiya ini.. ;)

      Delete
  2. nice sharing kak..mudahan x jadi mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Allahu Rabbi...
    Peringatan buat hati2 kita yang semakin hari semakil lara..

    ReplyDelete
  4. Peringatan yg baik.. Nice sharing.. :-)

    ReplyDelete
  5. sharing is caring..moga jangan lupa diri..

    ReplyDelete
  6. betol tu ..
    bila kita sudah berjaya jgn pula lupa pd org yg pernah menolong kita terutama family.
    nice sharing :)

    ReplyDelete
  7. ckp pada diri sendri..." ko jgn lupe 2 man. ko berjya sbb spe, ko dpt berkat dri spe"

    ok BK tetap akan ingt

    ReplyDelete
  8. insya Allah kak, terima kasih atas peringatan.. :)

    ReplyDelete
  9. betul tu kak mia...Farah setuju...thanks for the reminder...great piece of entry kak...

    ReplyDelete
  10. Bagus sama2 ingat memperingati. Terima kasih. Hamba Allah yang baik adalah yang saling memperingati tatkala ada yang alfa

    ReplyDelete
  11. Betul kalau diuji dgn susah ok lagi biasa org mudah utk mohon pertolongan dan mendekatkan diri pada Allah tapi kalau diuji dgn kemewahan itu yg selalu lupa tu Mia... moga tidak pada kita semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah setuju dgn pendapat kakzakie ni...biasa bila diuji dgn "semua dapat" tu lebih mencabar....kdg2 kita lupa dalam kemewahan dan kekayaan tu ada hak org lain...

      Delete
  12. terima kasih atas peringatan untuk manfaat bersama... :')

    ReplyDelete
  13. Peringatan yang baik Mia..semoga kita semua dijauhi sifat ni ya...

    ReplyDelete
  14. Salam akak. Suka baca entri macam ni.memberi peringatan kepada diri yang mudah lupa. Yup, ujian kesenangan amat sukar ditandingi, ujian kepayahan terus kita ingat pada Ilahi. Studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kerana mengingatkan pengikut setia blog Mia semua, insyaallah sama2 kita ingat mengingati kearah kebaikan.

    ReplyDelete
  16. thank k.mia...

    p/s : mcmana dgn ptd?

    ReplyDelete
  17. good sharing...dalam surah al-imran ada banyak ayat untuk pelengkap rumahtangga...amalkan...

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum mia...perkongsian yang baik...;)

    ReplyDelete
  19. jangan pernah lupa diri.. betul, selagi kita berjalan di atas bumi, selagi kita ni hamba, selagi tu kita kena ingat kita ni khalifah berjihad di jalan Allah.

    ReplyDelete
  20. Moga kita sentiasa dalam golongan orang yg bersyukur!

    ReplyDelete
  21. Nice sharing Mia.
    Buat peringatan bersama..

    ReplyDelete